Friday, June 10, 2011

Fatrah Imtihan: Ahlan Ya Ustazuna



          Assalammualaikum kepada semua pembaca serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu lagi dalam ruangan yang tak seberapa ini. Apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka. Pelajar-pelajar di Malaysia sekarang ni tengah “honey Moon” nampaknya semoga kalian semua menggunakan masa cuti dengan sebaiknya. Kepada sahabat-sahabat seprerjuangan pula diucapkan selamat menghadapi imtihan bagi sesiapa yang sudah mula imtihannya. Semoga Allah permudahkan untuk kita semua menghadapinya. Amin.


            Buat pengatahuan semua, semenjak 2 menjak ni saya berasa sungguh gembira tau. Tau tak sebab apa? Sebabnya marin yang bertarikh 8 Jun 2011 ada satu rombongan jauh datang ke rumah saya ni. Nak tau tak rombongan ape? Bukan rombongan meminang tau, tapi rombongan sekumpulan ustaz-ustaz bersama mudir madrosah  sekolah lama saya dari Malaysia. Mereka telah tiba di “ardul kinanah” semenjak 5 Jun lalu. Tujuan kedatanagnm mereka ke Mesir adalah untuk membeli kitab-kitab rujukan untuk sekolah saya (dulu la, skg ni jadi bekas pelajar).

             Pada tarikh 8 Jun, aktiviti mereka adalah melawat Syeikh Ibrahim (orang arab tau) iaitu bekas pengajar di sekolah saya dulu.  Dia sempat lah mengajar saya ketika edadi1 dulu. Selepas itu dia kembali ke mesir kerana kontraknya mengajar telah tamat.  Rumah Sheikh Ibrahim terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari rumah saya. Rombongan ustaz saya ingin melawat Sheikh Ibrahim kerana dikabarkan bahawa sheikh dalam keaadan yang kurarng sihat. Atas kesmpatan itu, saya pun turut serta ingin melawat Shiek Ibrahim yang sekian lama tidak saya ketemui itu.

            Saya kerumah Sheikh Ibrahim bersendirian dengan meredah laluan ke rumah sheikh yang tidak pernah saya sampai tu. Rombonga ustaz pula bertolak dari Kahearh terus ke rumah sheikh. Saya bersyukur sangat kerana perjalanan saya dipermudahkan. Mungkin keranan berkat perjalanan saya serta niat untuk zaiarah sheihk. Kira-kira 1 jam perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam, saya sampai juga di rumah sheikh. Masuk je ke rumah sheikh saya di sambut oleh usatz-ustaz yang baru juga tiba di situ. Kembang hidung saya ni bila di peluk oleh usatz-usatz saya terutama apabila dipeluk mudir madrosah. Hhahaha… satu kegembiraan yang terpancar di wajah saya. Maklum la lame tak jumpa. Lepas tu saya di sapa oleh shiek Ibrahim(dalam bahasa arab, sheikh dah tak berape ingat nak cakap dalam bahasa melayu). 

            Setelah berada di rumah sheikh Ibrahim kira-kira hampir 2 jam setengah baru la kami di”benar”kan pulang. Sebenarnya kami semua ingin beredar awal, tetapi sheikh Ibrahim tidak membenarkan kami beredar sebelum diberi santapan makanan arab. Memang sedap makanan arab apabila mendapat ayam sorang seketul. Kenyang la jugak. Lepas selesai makan kami semua pun berangkat menuju ke masjid Sheikh Ahmad Badawi(salah seorang wali kutub) dengan menaiki avanza yang disewa oleh ustaz-usatz ni. 


Gambar ketika di rumah Sheikh Ibrahim:



            Selepas melawat makam Sheikh Ahmad Badawi di masjid Sheikh Ahmad Badawi, kami semua bergerak ke ruamh saya yang terletak kira-kira 15 minit perjalan dari masjid tersebut. Setibanya dirumah. Haousemate saya telah mennyambut kedatangan kami. Kami menghidangkan ustaz-ustaz masakan Malaysia pula. Masak biasa je, Maaf ye ustaz-usatz kalau tak sedap. Maklum la orang bujang yang masak. Lepas makan kami berborak sehingga la masuk waktu mahgrib. Macam-macam kami berborak. Pasal sekolah, pasal diri masing-masing, dan macam-macam lagi. Tapi muhadasah dalam bahasa arab memang tidak boleh dielakkan bila bercakap dengan Uztaz Zulkarnain (pengasas KEMBAQ). Rindunyer zaman jadi fasilitaor KEMBAQ dulu.

Gamabr di rumah saya:







            Setelah selesai solat mhgrib, kami pun bergambar sebagi kenangan dan bukti bahawa ustaz-ustaz pernah sampai ke rumah saya ni. Saje nak eksion skit kat kawan-kawan satu sekolah dulu yang belajar kat Mesir ni. Sebab rasanyer ni rumah sewa pertama yang ustaz-ustaz ni datang. Hahaha.... jangan cemburu tau. Selepas bersalam-salam mereka pun berangkat pulang ke Kaherah semula. Mereka akan pulan ke Malaysia semula pada 16 Jun ni. Insaya’allah kami akan berjumpa denga ustaz lagi sebelum ustaz-ustaz semua berangkat pulang. Sampai sini sahaja posting saya kali ini, semoga dapat berjumpa lagi di posting yang akan datang. Assalammualaikum.

2 comments:

  1. seronoknye ustaz2 datang sane.... :-)

    ReplyDelete
  2. hahaha... mestilah seronok.... rase bertuah plak.... maklum la jarang ustaz2 dari malaysia datang rumah2 pelajar ni....

    ReplyDelete