PENDAHULUAN
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Baru-baru ini saya dapat satu maklumat dari seseorang. Dia menyatakan bahawa nombor yang ada pada label buah-buahan yang diimpot itu ada maknanya. Menurutnya lagi, jika penghujung nombor itu angka ganjil, maka buah itu manis rasanya. Saya pun melakukan kajian lanjut dan kongsikan di sini apa yang saya temui. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.
RAHSIA NOMBOR KOD PADA LABEL BUAH-BUAHAN
Sama ada anda membeli buah-buahan impot di pasaraya atau di gerai tepi jalan, anda mungkin sudah nampak bahawa pada buah tersebut ada dilekatkan sekeping label yang mempunyai nombor kod sama ada
empat digit atau
lima digit. Berikut adalah contoh kod dan maknanya:
3017 = Pear, konvensional, tidak organik
4454 = Jeruk, konvensional, tidak organik
84032 = Semangka: konvensional, tidak organik, dan modifikasi genetik
84011 = Pisang, konvensional, tidak organik, dan modifikasi genetik
94011 = Pisang, organik
93308 = Semangka, organik
Sebenarnya label kecil yang dilekatkan pada buah-buahan memberikan maklumat yang berguna kepada kesihatan. Dengan mengetahui maknanya, maka kita dapat mengenalpasti sama ada buah itu penuh racun serangga dan ditanam menggunakan baja berasas petroleum atau baja organik, hatta sama ada buah itu telah dimodifikasi secara genetik.
SISTEM PELABELAN
Kod-kod ini digunakan bukan hanya kepada buah-buahan tapi juga sayur-sayuran, herba dan kekacang, walaupun kebiasaannya label dilekatkan hanya pada buah-buahan. Ianya mengandungi nombor
empat digit atau
lima digit. Sistemnya mudah saja. Buah-buahan terbahagi kepada 3 kelas: (1) konvensional (2) organik (3) ubahsuai genetik.
Semua buah-buahan
empat digit adalah konvensional. Maknanya, jika anda tidak nampak digitnya yang kelima, maka bolehlah diandaikan bahawa buah itu telah dicemari oleh racun serangga dan baja berasaskan petroleum, dan pokoknya ditanam di atas tanah yang tidak subur.
Kod
lima digit adalah kod
empat digit yang ditambah dipermulaannya dengan angka 8 atau 9. Sekiranya angka pertama dari
lima digit itu ialah 9, maknanya pokok buah-buahan itu telah ditanam dengan piawaian yang ditentukan oleh Lembaga Piawaian Organik Kebangsaan (National Organic Standards Board). Ini adalah ciri yang lebih selamat untuk buah-buahan yang ditanam secara konvensional.
Sekiranya angka pertama dari
lima digit itu adalah angka 8, maknanya buah itu adalah dari jenis yang telah diubahsuai secara genetik. Jelasnya, pokok buah itu telah ditanam secara konvensional dengan racun di tanah yang tidak subur, menggunakan benih yang telah diubahsuai genetiknya.
Untuk lebih faham, kita ambil contoh sebiji oren Valencia. Kodnya ialah 4014. Sekiranya kodnya ialah 84014 maka ia adalah oren Valencia yang telah diubahsuai genetiknya. Jika kodnya 94014 maka ia adalah oren Valencia yang ditanam secara organik.
Secara umumnya,
empat digit maksudnya buah-buahan itu dicemari oleh berbagai jenis racun dan ditanam di atas tanah yang tidak subur.
Lima digit,
angka pertama ialah 8, maksudnya buah itu telah diubahsuai genetiknya, atau dalam ertikata lain, ia mengandungi gen (genes) yang tidak asli.
Lima digit, diawali angka 9, maknanya buah itu ditanam mengikut piawaian organik, dan inilah jenis buah yang lebih selamat untuk dimakan berbanding buah yang ditanam secara konvensional, atau yang telah diubahsuai genetiknya.
Peringatan: Jika kod pada buah-buahan itu adalah
lima digit, maka perhatikan dengan teliti angka awalnya. Jika angkanya 8, maka jangan dibeli. Lebih baik buat bantahan kepada pasaraya kerana menjual buah-buahan yang bahaya kepada kesihatan.
Rencana asal oleh Heidi Stevenson, BSc, DIHom, FBIH, Fellow, British Institute of Homeopathy
KESIMPULAN
Maklumat yang menyatakan bahawa jika digit terakhir adalah ganjil maka buah itu manis sementara jika digit terakhirnya genap maka ia kurang manis, adalah maklumat yang tidak benar. Manis atau tidaknya buah-buahan itu tiada kaitan dengan nombor kod pada labelnya. Tapi jika nombornya
lima digit dan
angka pertamanya adalah ganjil (9), maka itulah buah-buahan yang paling selamat untuk dimakan. Anda juga tentu faham bahawa buah-buahan yang punya nombor kod
lima digit dan angka pertamanya ganjil (9) sepatutnya merupakan buah yang paling mahal harganya jika dibandingkan dengan buah yang punya nombor kod
empat digit, atau kod
lima digit tapi bermula dengan angka 8.
sumber asal
salam...
ReplyDeleteoh... begitu... syukran atas information n perkongsiannya...
afwan.... ilmu perlu di kongsi.... jgn risau.. sbb ia tidak akn berkurang....
ReplyDelete