Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur
kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat
dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta
ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Tanggal 23 Mei 2012,
rakyat mesir telah keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggung jawab mereka
sebagai rakyat Mesir. Pada hari ini mereka akan menetapkan sapa yang bakal
dilantik sebagai presiden Mesir yang baru dan yang paling bersejarah. Ini
adalah kerana, proses pembentukan Republik BARU setelah jatuhnya Republik Lama
yang berumur 60 tahun pada bulan februari 2011 bermula dengan kejayaan
pilihanraya presiden Mesir.
Pentingnya Presiden
baru Mesir kerana ia bakal mencorakkan suasana baru politik bukan saja di Mesir
bahkan di tanah Arab terutama isu Palestin. Rakyat Palestin cukup kecewa
setelah lebih 30 tahun mereka berjiran dgn sebuah negara umat Islam yg gagal
membantu mereka. Oleh kerana itu, kemarin ribuan rakyat Gaza menunaikan solat
hajat bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan kpd Mesir seorang Presiden yg
dapat menjaga mereka dan Al-Quds. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah
sendiri mengimami solat hajat di salah sebuah masjid di Gaza dan pihak Hamas
menyeru penduduk Gaza melakukan solat hajat serentak selepas Isyak semalam.
Seawal 8.00 pagi,
rakyat Mesir telah mula beratur untuk membuang undi di kawasan masing-masing.
Pada hari ni kelihatan rakyat Mesir sabar beratur tuk menunggu giliran membuang
undi. Dihrapkan mendung hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari. Ketika
pilihan raya ini terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku. Antaranya:
KES PENIPUAN DAN SALAHLAKU:
Kejadian di saluran nombor 15 di Sekolah Khulafa' Ar-Rasyidin di Mesir Jadidah: Kekacauan tercetus apabila seorang pegawai SPR bertugas membenarkan 50 pengundi wanita mengundi sebanyak 10 kali setiap seorang tanpa menandatangani senarai kehadiran. Wakil calon Dr.Muhammad Mursi di tempat tersebut, Marwah Abdul Latif membuat bantahan terhadap hakim yg mengendalikan saluran tersebut tetapi malangnya Marwah ditengking oleh hakim itu dan dia menolak permintaan Marwah supaya pengundi2 tersebut menunjukkan kad pengenalan masing-masing.
Berikut saya paparkan beberapa kes dari puluhan kes yg sempat saya catat sepanjang seharian hari ini, 23 Mei dlm tempoh pengundian di seluruh Mesir:
1) Wilayah Gharbiyah: Seorang penduduk, Yusuf Ahmed En-Nehrawi terkejut mendapati namanya tercatat dalam buku daftar pemilih berulang sebanyak 50 kali bermula dari no. 5751 hingga 5801. Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Tahrir, bandar Basiyun.
2) Jawatankuasa Kempen Dr.Mursi di wilayah Asyut menerima maklumat beberapa anggota parti NDP merasuah penduduk dgn bayaran LE100 setiap seorang supaya mengundi Ahmed Syafiq. Sementara di Benha, wilayah Qalyubiyah, penyokong Amru Musa membayar penduduk LE50 seorang dan mereka diangkut dgn bas ke tempat mengundi.
3) Di wilayah Bani Suwef, seorang bekas wakil rakyat NDP, Asyraf Abdul Hakim Maula membawa penyokongnya melepaskan tembakan ke udara bertujuan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang keluar mengundi.
4) Seorang mahasiswi, Syandi Khalil 'Iwadh terkejut apabila mendapatinya terdapat seorang wanita telah mengundi untuknya akan tetapi nombor kad pengenalan wanita tersebut berbeza dengan nombor miliknya. Kejadian berlaku di Sekolah Ummul Mukminin, Giza. Setelah bertekak dengan hakim dan petugas SPR, ketua tempat mengundi menjawab kepada Syandi "Apa nak risau, satu undi kamu bukan bawa kesan besar pada calon yg kamu nak!!"

Selain itu, ada
dakwaan mengatakan SPR sekali lagi gagal melaksanakan arahan mahkamah supaya
menghalang 57 nama pimpinan utama Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) daripada
mengundi kerana terikat dgn Undang-Undang Pengasingan Politik yg diluluskan
Parlimen.
Pagi tadi, calon Presiden Mesir, Ahmed Syafiq membuang undi di Tajammuk Khamis, Kaherah Jadidah. Kasihan beliau, pergi ke Aswan, Qina dan Kaherah, rakyat tidak menerima kehadiran beliau. Mengikut siaran tv "Al-Hayat", rakyat yg menantikan kehadiran beliau telah membaling dgn botol air minuman dan kasut ke arah Syafiq dan beliau bergegas meninggalkan kawasan pusat mengundi. Bukan kurang ajar, tetapi mereka terkenangkan darah para syuhada' yg mengalir di Tahrir dan seluruh medan di Mesir. Antaranya angkara Syafiq.

Di samping itu, orang-orang “kuat” tidak terlepas juga dari fitnah dan
penipuan. Anatranya, mengenai Persoalan bahawa bekas Mursyidul 'Am Ikhwan,
Ustaz Mahdi Akif menyokong Abul Futuh atau calon selain Ikhwan menggambarkan
bahawa beliau seakan2 tidak setia kpd perjuangan Ikhwan sedgkan ia adalah
maklumat yg tidak tepat.
Untuk itu, Walid Syalabi, Penyelaras Media bg Mursyidul Am, Dr.Mohammad Badie menghubungi sendiri Ustaz Akif bg mendapatkan penjelasan tentang tuduhan yg dilemparkan kononnya beliau mengundi calon selain Dr.Muhammad Mursi. Ustaz Akif menafikan bahkan menjelaskan Dr.Mursi yg paling utama terutama dlm keadaan beliau tidak mencalonkan diri sendiri akan tetapi dicalonkan.

Selain
itu, gambar Dr. Muhammad Mursi telah diedit oleh seseorg yang tidak dikenali
(mungkin pihak musuh parti) bahawa Mursi sedang memegang pisau sebagi tanda
ancaman kepada yang tidak mengundinya.
Bagi memudah dan melancarkan gerakan
pengundian, Perdana Menteri Mesir, Dr.Kamal Ganzuri (gambar) petang tadi
mengumumkan cuti bagi semua kakitangan kerajaan esok, Khamis 24 Mei bagi
memberikan peluang kepada semua rakyat dan pegawai kerajaan untuk memudahkan
mereka menunaikan tanggungjawab memilih Presiden Mesir.Esok juga, seruan kpd sesiapa yang berpuasa sunat untuk tidak melupakan berdoa untuk kemenangan Dr.Muhammad Mursi. Juga kpd yang tidak berpuasa pun boleh dan mampu berdoa untuk hari terakhir pengundian esok. Atau inisiatif sendiri melakukan ziarah maqam dan bertawasul untuk kemenangan calon Islam di Mesir. Atau apa-apa usaha terakhir esok.
Kita doakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW. ilal liqa'.... wassalam...
No comments:
Post a Comment