Wednesday, May 2, 2012

Rusuhan di Abbasiyah, Mesir


         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Kronologi Rusuhan di Abbasiah

Baru2 ni di Abbasiayah, salah satu kawasan yg terletak di Kaherah, mesir telah berlaku pertumpahan darah atau lebih tepat lagi adalah rusuhan yg dilakukan oleh rakyat atas sebab2 tertentu. Kepada mereka yg baru mengikuti "Peristiwa berdarah Abbasiyah", berikut saya ringkaskan kronologi peristiwa semoga dpt difahami:

Ia bermula selepas himpunan jutaan Jumaat 27 April lalu. Sehari sebelum itu, pihak SPR menolak 5 rayuan bg calon Presiden Mesir termasuk Khairat Shatir dan calon Salafi, Syeikh Hazim Abu Ismail. Parti2 politik menyeru semua rakyat di Tahrir agar kembali ke rumah masing2 dan himpunan telah tamat menjelang petang Jumaat tersebut.


Terdapat sekumpulan penyokong Syeikh Hazim yg masih tidak berpuashati dgn tindakan SPR menyingkirkan calon mereka dilihat berarak menuju ke Kementerian Pertahanan (Pejabat Majlis Tentera) yg terletak di jalan menghala ke Ruksi,hanya beberapa kilometer dari dataran Abbasiyah dan akan berkampung di hadapan pejabat tersebut.Beberapa buah khemah mula didirikan.

28 April: Para pelajar di Universiti Ain Syam yg terletak berhampiran dataran Abbaisyah dan penyokong Abu Ismail menutup jalan dgn penghadang besi jalan menuju ke Kementerian Pertahanan.
-Jumlah mereka yg berkampung semakin meningkat dgn pengumuman gerakan Pemuda 6 April menyertai mereka.

-Mereka melaungkan slogan bg menjatuhkan kerajaan tentera dan ketuanya, Musyir Tantawi.

29 April: Pertempuran kecil mula tercetus antara penunjuk perasaan dgn segolongan "kumpulan misteri". Kumpulan rakyat menuduh ia adalah kumpulan samseng upahan sementara bila ditanya, mereka menafikan dan mengaku mereka penduduk tempatan di Abbasiyah.
-Kumpulan rakyat berjaya menangkap 6 orang dari "kumpulan misteri" tersebut dan mereka mengaku menerima upah sekitar LE200 seorang spt yg disiarkan stesen televisyen Misr25.
-Kementerian Kesihatan melaporkan 119 orang cedera dlm pertempuran tersebut.
-Pihak tentera dan pasukan polis terus mendiamkan diri sekalipun mampu bertindak mencegah lebih awal dan hanya membiarkan rakyat bertempur dgn kumpulan samseng.

30 April: Kumpulan rakyat berjaya mencekup 2 lagi "kumpulan misteri" dan mengesahkan mereka adalah samseng upahan.
-Calon Presiden Mesir, Abul Futuh meminta Majlis Tentera bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat yang berkampung kerana ia sah di sisi undang-undang dan dijamin oleh perlembagaan.

1 Mei: Cuti umum Hari Buruh. Kumpulan rakyat masih terus berusaha mematahkan serangan samseng upahan dan berjaya menghalau mereka keluar dari kawasan Abbasiyah.
-Malamnya, dilaporkan satu kumpulan rakyat dari Tahrir bergabung dgn kumpulan rakyat yg sedia ada di Abbasiyah.

2 Mei: Menjelang fajar, kumpulan samseng menyerang dgn kekerasan dan 6 kematian dilaporkan.Mereka saling membaling batu,botol dan molotov hingga terdapat kebakaran di beberapa tempat.
-Keadaan makin huru-hara,baru kelihatan kenderaan perisai tentera dan trak polis kononnya mengawal keadaan walaupun sebenarnya sudah terlambat.



Sumber: Ustaz Abd. Malik

No comments:

Post a Comment