Assalammualaikum
warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian
tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam
juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2
keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Sambungan dri laporan lepas (Rusuhan di Abbasiyah, Mesir)
1.Beberapa
pimpinan politik dgn diketuai oleh Ahli Parlimen Parti Kebebasan dan Keadilan
(FJP) dilihat menyertai perarakan dari Masjid Nur,Abbasiyah menuju ke dataran
Abbasiyah dalam usaha menghentikan pertumpahan darah dan menyokong hak
berhimpun spt yg dijamin dalam perlembagaan. Antara mereka ialah Dr.Muhammad
El-Baltaji, Adil Hamid dan Ir.'Amru Zaki. Pemuda Ikhwan Muslimin juga turut
mendirikan khemah sbg klinik utk merawat kumpulan rakyat yg cedera sejak
bermula demonstrasi Sabtu lalu yg dikendalikan oleh MP FJP, Dr.Khalid Hanaafi
yg juga pernah menyelia klinik awam di Tahrir sepanjang 18 hari kebangkitan
rakyat tahun lalu.
2.SITUASI
terkini di Abbasiyah: Kembali aman dan lalulintas dibuka semula kpd semua
kenderaan termasuk Jambatan Abbasiyah dan 6 Oktober. Mereka yg nak ke Ramsis
atau dari Ramsis, keadaan kembali aman. Cuma, jalan menghala ke Roksi, khemah
semakin banyak didirikan di hadapan Kementerian Pertahanan. Walau bagaimanapun,
jangan cuba2 utk meninjau kawasan kejadian.
3. SAMSENG
DARI KAWASAN SAYYIDAH ZAINAB
Puluhan
samseng2 sedang berkumpul di kedai kopi "Qadri" dlm kawasan Sayyidah
Zainab selepas Zohor tadi sbg persiapan bagi menyerang kumpulan rakyat yg
berkampung di Abbasiyah pd waktu ini. Menurut sumber, kumpulan samseng ini
diupah oleh salah seorg calon Hizbul Watoni (NDP) dlm Pilihanraya Parlimen 2010
dgn bayaran LE50 seorang. Semoga saudara2 kita di Abbasiyah selamat dari
kejahatan mereka ini.
4. Jutaan
"Jumaat Terakhir" (Jum'ah An-Nihayah) hari ini di Tahrir dan seluruh
medan di Mesir bg isyarat kpd Majlis Tentera supaya tempoh penguasaan mereka
terhadap Mesir sudah berakhir dan rakyat menggesa tentera menyerahkan mandat
kuasa kpd rakyat semula.
Laporan
dari Abbasiyah: Para pemuda meneruskan demonstrasi dan berkampung di hadapan
Kementerian Pertahanan. Pasukan komando dan tentera dilaporkan sdg mengepung
kawasan perkhemahan dan wujud ura2 pihak tentera mahu meleraikan demontrasi
mereka hari ini walau dgn apa cara sekalipun. Semalam, Anggota Majlis Tentera,
Jeneral Mukhtar Mula mengugut supaya rakyat menjauhi Kementerian Pertahanan.
Kata Mula dlm sidang media smalam, "jika sesiapa mendekati salah satu
'sarang' Majlis Tentera, maka dia akan menanggung akibatnya nanti!"
Semoga ALLAH menyelamatkan Mesir dan revolusinya
dari kejahatan musuh
No comments:
Post a Comment