Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan
BERSIH.
Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak
pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang
hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya
setelah membaca dan menonton pelbagai sources.
Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat
secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan
makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti
kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan
bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada
pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.
Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor
berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama
dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba
bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada
peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat
kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi
itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta
duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.
Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH
3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu
adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun
lepas."
Maka
tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.
Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten.
Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa
BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media
nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.
Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah
bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa
ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran.
Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit
meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang
gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan,
ini adalah titik permulaan kekecohan.
Oleh kerana saya tiada di sana untuk
betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak
boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan
kekecohan yang berlaku:
1 - Saya
amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang,
mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH
terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir.
Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita
orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam
dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke
dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB
dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.
2 - Yang
menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat
saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan,
mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh
benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang
angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan
saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap
mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin
majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.
3 -
Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat
betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan
keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai
bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata.
Maka huru-hara pun bermulalah.
4 - Kita
perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu
pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak
berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang
berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis
hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada
semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak
siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat.
Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini
ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar
peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang
dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan
bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.
5 - Kes
kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya,
nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta
polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku.
Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang
kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu,
terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat
jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang
berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta
diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan
saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari
pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja
langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.
6 - Jadi,
apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku
setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya.
Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya.
Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan
sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan,
saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan
laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan
sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.
7 -
Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang
mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam
yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka
sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya,
bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas
itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan
perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih
mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect,
provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti
BERSIH.
8 -
Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur
air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta
BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada
perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik?
Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH
yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang
menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.
Ini,
mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata.
Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada
peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan,
ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada
wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.
Lebih
menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah
memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.",
"Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia."
Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi
pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la
tu."?
Dan yang
menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa
- "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh
polis, dan kemudian hilang."
9 - Media-media
utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik
gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan
sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video,
disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan
media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka
yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta
berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan,
dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!
Konklusi
akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:
Peristiwa
BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita
nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta
BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang
kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala
apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.
Saya
lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle,
kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.
Dan
huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak
Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta
BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong,
seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju
kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga
menyebabkan perlanggaran.
Sekian.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.
---------------------------------------------
Sekadar pandangan saya,
orang yang berada di luar negara,
yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.
via Hilal
Asyraf
No comments:
Post a Comment