Friday, April 13, 2012

Istidraj


           Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Apa ada pada Istidraj

Rasullulah SAW bersabda, ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT..” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Adakah itu kita?


Adakah di saat kita bermaksiat dan durhaka kepada Allah terus-terusan, Allah tetap menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah dengan tanpa batasan buat kita? Adakah kita rasa dan mencongak-congak dengan rezeki yang kita dapat, bermakna Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat yang kita lakukan?



Nauzubillah minzalik.. Cuba tengok dan hayati dalam-dalam Firman Allah ini:
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.." (Surah Al-A'raaf : ayat 182)

Allah! tak gerunkah kita?? Jangan kita lupa daratan.. Jangan kita lupa daratan..  Jangan kita pekakkan telinga dan butakan mata atas setiap pengajaran yang Allah telah turunkan..  Lihat Firaun.. Lihat Namrud, Qarun:
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)..." (Surah al-An’aam : 44)



Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong! Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong! Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah..  Kita? Bila lagi? Tunggu sampai malaikat meragut nyawa? Kembalilah pada hakikat diri.. Carilah redha Allah SWT, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat..

-permata-
 

No comments:

Post a Comment