Tuesday, July 5, 2011

Ayam KFC perisa TAPAK KASUT (New)

          

        Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Diharap semuanya dalam sihat sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana kita dapat bertemu lagi di ruang maya ini... Dunia sekarang ni makin menakutkan. Macam-macam perangai manusia yang teruk kita lihat. Contohnya minggu lepas heboh dengan satu video yang menunjukkan cara-cara membuat ayam KFC perisa TAPAK KASUT.. Video ini menunjukkan seorang pekerja dapur restoran KFC mencuber resepi ciptaan sendirinya ia itu perisa TAPAK KASUT. Biadap sungguh perlakuan pekerje ni. Tiada rasa hormat lansung kepada pelanggan yang akan memakan ayam tersebut. 

          Di sini saya sertakan video perlakuan tidak bermoral pekerja tersebut:

   
                 Pergh... jelas dan nyata perlakuan biadap pekerje tersebut.  Selamba jer die gesek ayam tu kat tapak kasut dier.Geram pula rasenyer.  Nasib baik saya jarang sangat makan KFC ni.. Kalau anda dapat orang nia ape la agak eh anda semua nak buat kat pekerje ni..?

             Dengan itu, pihak KFC Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung kes ini:
.Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.


 Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.





 KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.



 Pengarah Urusan



 KFC Holdings (Malaysia) Bhd

             Kesimpulannyer, Saya sarankan untuk keselamatan dan kesihatan baik masak ayam sendiri. Bukan susahpun nak wat ayam mcm KFC ni. Ayam tu celup dalam telur lepas tu salutkan dengan tepung yang di campur kunyit degan sdikit garam. Lagi senang gi beli tepung kentucky kat kedai runcit. Walaupun tak sesedap ayam KFC tapi kita tak perlu risau dengan kebersihan makanan masakan sendiri. Wallahu a'lam...


No comments:

Post a Comment