Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 SATU DUNIA

                


                Assalammulaikum waraohmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca ruangan ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Telah terukir dalam ruang masa dunia, bahawa negaraku Malaysia telah mula menarik perhatian dunia. Bukan maknanya sebelum ini Malaysia tidak terkenal, tetapi Malaysia telah memberitahu kepada dunia akan kegoyahan serta kerapuhan kerajaan Malaysia sekarang ini. Secara tidak lansung membuka ruang kepada musuh  Malaysia yang di luar sana untuk menyerang Negara. Itu hanya andaian saya berpandukan sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan penjajah.

           Pada 9 Julai yang lepas, negara kita telah mengalami satu peristiwa kebangkitan rakyat yang benaung di  bawah sebuah organisasi yang diberi nama “BERSIH 2.0”. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah di pengerusikan oleh Ambiga telah berkumpul di beberapa kawasan di Kuala Lumpur untuk  menyerahkan memorendum  beberapa Tuntutan BERSIH 2.0 kepada Yang Di-Pertuan Agung yang sekarang ini. Mereka semua telah berhimpun pada pukul 2 petang dengan berpakaian bertemakan warana KUNING. Perhimpunan BERSIH 2.0 ini telah mendapat liputan dari seluruh dunia.

                                     Laporan Perhimpunan BERSIH 2.0 di Akhbar Mesir



                   Ketika perhimpunan itu berjalan di sekitar Kula Lumpur, pihak kerajaan telah menempatkan skuad khas polis yang di panggil FRU(nama panjangnyer tak tau la) untuk berkawal di tempat-tempat tertentu bagi menghalang perhimpunan tersebut. Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman di sesetengah kawasan namun ada sesetengah kawasan telah tercemar dengan beberapa inseden keganasan telah berlaku antara pihak berkuasa dengan peserta perhimpunan tersebut. Insiden ini boleh diibaratkan seperti yang pernah berlaku di Mesir dan beberapa Negara arab yang lain. Sehingga dikhabarkan bahawa ada seorng lelaki 50an yang mati dalam perhimpunan tersebut. Tetapi insiden ini tidak la seteruk yang terjadi seperti di Mesir ini kerana perhimpunan ini bukanlah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan cuma untuk menyerahkan memorendum kepada Yang Di-Pertuan Agung sahaja.

                Inilah suasana perhimpunan BERSIH 2.0 di Malaysia:

                                    Suasana BERSIH 2.0 di KLCC

                     Aksi Pemuda Menyipak Gas Pemedih Mata

                                                     Skuad Khas Polis

                    Bukan setakat di Malaysia je, tidak ketinggalan pada 2 Julai  di tempat saya belajar, Mesir, hebat dengan gelombang KUNING yang bersemangat berkumpul di dataran Hayyu Asyir, Kaherah untuk menyatakan sokongan terhadap BERSIH 2.0 di Malaysia. Kami berkumpul selepas solat asar berdekatan dengan berpakaian BERSIH 2.0. Baju tersebut telah di bawa dari Malaysia dan dijualkan kepada pelajar-pelajar di sini.  Pelajar-pelajar disini berkumpul untuk mengumpulkan tandatangan sokongan terhadap BERSIH 2.0 yang dilakukan di Malaysia. Syukur Alhamdulillah perhimpunan di sini berlaku dengan terlalu aman dan damai disebabkan tiada polis Malaysia atau FRU di Mesir ini. Kalau pihak polis atau FRU tidak masuk campur ketika perhimpunan BERSIH 2.0 di Malaysia, insya’allah tidak akan berlaku insiden yang tidak diingini.  

                   Inilah suasana perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir:

                             Perhimpunan Pelajar Mesir


                                   Semuanya Bepakaian KUNING


                  Pelajar-pelajar Sedang Mengutip Tanda Tangan Sebagai Sokongan BERSIH 2.0


                Tambahan lagi, kelihatan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di luar negara kelihatan lebih aman berbanding perhimpunan BERSIH 2.0. Kenapa yer..? Rasanya anda semua tahu sebabnya kan. Di sini saya sertakan beberapa gambar suasana perhimpunan BERSIH 2.0 di luar Negara:

                                 BERSIH 2.0 di KOREA

                                     BERSIH 2.0 di Paris

                                  BERSIH 2.0 di Qatar

                         BERSIH 2.0 di Singapore

                                                BERSIH 2.0 di Taipie

                                  BERSIH 2.0 di Australia

                                   BERSIH 2.0 di Hong Kong

                                      BERSIH 2.0 di London
                                                 BERSIH 2.0 di New York City

                Wah… BERSIH 2.0 SATU DUNIA….. tak sangka la… Ingatkan BERSIH 2.0 ada di Malaysia dan Mesir jer, rupa-rupanya hampir satu dunia sambut yer. Itu tandanya rakyat mula sedar dan cuba untuk bangkit untuk menegur cara pentadbiran kerajaan. Semoga perhimpunan BERSIH 2.0 mendapatkan hasilnya ketika PRU yang akan datang. Marilah kita berdoa semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk Negara kita ini. Sebelum saya menamatkan coretan saya kali ini, di sini saya sertakan video suasana perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir kepada anda semua. Ilal liqa'.Assalammualaikum warahmatullahhi Wabarakatuh.



1 comment: