Friday, July 8, 2011

Fikrah ku: BERSIH 2.0 di Mesir

        
         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Bersyukur kehadrat Allah kerana kita dapat menyedut udara untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini. Tarikh 9 Julai 2011 digembar gemburkan perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tahukan anda pakah BERSIH 2.0 itu ?
        BERSIH adalah gabungan NGO yang menuntut pilihan raya yang akan datang dilakukan secara bersih. BERSIH 2.0 ini telah diketuai oleh Ambiga. Tujuan perhimpunan ini dilakukan adalah untuk menyerahkan memorendum mengenai tuntutan BERSIH 2.0 kepada Yang Dipertua Agong Malaysia. Antara 8 tuntutan BERSIH adalah:
 
1. Bersihkan senarai undi
  • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
  • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
  • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundilebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
  • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. 
  • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
  • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
  • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
  • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
  • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
  • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
  • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam  
  •     Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
          Contohnya :
§  Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
§  Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
§  Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
§  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
§  Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
  • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin
  • Pembelian undi harus dihentikan!
  •   Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

 8. Hentikan politik kotor 
  • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

      Bukan setakat di Malayisa sahaja “aura” BERSIH 2.0 ini sahaja dapat di rasa, bahkan “aura” tersebut dapat dirasa juga di negara lain yang terdapat  rakyat Malaysia terutamanya di Mesir ini. Semangat tersebut dapat dilihat di Facebook kawan-kawan yang belajar di Mesir ini apabila ada yang menukar “picture profile” gambar poster BERSIH 2.0, menyebar-nyebarkan maklumat tentang BERSIH 2.0 , penjualan baju BERSIH 2.0 dan sebagainya. Begitu bersemangat mereka menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 tersebut Sehinggakan mereka semua bercadang untuk melakukan perhimpunan BERSIH 2.0 di sini seperti di Malaysia. 

        Pada pengamatan saya, perhimpunan BERSIH 2.0 yang di anjurkan oleh SUARA RAKYAT  ini tidak la perlu dibuat tetapi bukan bermaksud saya tidak menyokong BERSIH 2.0 ini cuma membuat perhimpunan di negara yang bergolak ini tidak bersesuaian. Saya rasa cukup la sekadar kita membuat penerangan atau ceramah mengenai BERSIH 2.0 dan ketika itu boleh la mengutip tandatangan sebagai sokongan kita terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Malaysia. 


           Suasana dan waki’ di Mesir tidak bersesuaian untuk kita melakukan perhimpunan seperti di Malaysia kerana keadaan negara Mesir dalam keadaan darurat.  Keselamatan pelajar-pelajar di sini perlu diutamakan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini, ini boleh mendatangkan masalah kepada persatuan tunggal di Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terutamnya apabila ia melibatkan pihak keselamatn Mesir. Secara tidak lansung hubungan antara pihak Keselamatan Mesir dengan PMRAM sedikit terganggu.  Saya rasa pihak PMRAM pun tidak bewrsetuju dengan perhimpunan walaupun pihak PMRAM tidak mengeluarkan sebrang kenyataan mengenai perhimpunan  ini(tiada apa2 kenyataan melalui web dan Fb PMRAM). 

        Jjika berdasarkan tujuan asas penubuhan PMRAM iaitu untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Ardul Kinanah ini dan tidak ada sebarang kaitan dengan isu politik,saya rasa anda semua faham akan maksud saya ini. Saya masih ingat lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PMRAM yang mengatakan bahawa “kami pihak PMRAM tiada kaitan dengan aktiviti seperti ceramah dan lain2 yang berkaitan dengan politik dan Suara Rakyat tiada kaitan dengan PMRAM”. 

      Mungkin ada sesetengah pelajar di sini tidak sependapat dengan kenyataan saya ini dan mungkin ada yang marah apabila membaca kenyataan saya ini. Maaf jika ia boleh membuat anda semua marah tetapi ini pandangan saya terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah, Mesir. Masing-masing ada pendapat masing-masing dan tidak selalunya semua pendapat kita sama. Tetapi perhimpunan BERSIH 2.0 di Malaysia saya sokong 100% supaya PRU yang akan datang berlaku dengan BERSIH sekali. Marilah kita sama-sama berdoa semoga perhimpunan BERSIH 2.0 di Malaysia berjalan dengan aman dan makmur. Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini, semoga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu. Maaf di atas salah dan silap di atas coretan saya ini. Ialal liqa’ Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh.

(takut sebenarnyer nak tulis artikel ni. takut nnti kene hack plak. harap2 tak der la...)

No comments:

Post a Comment