KAHERAH, 1 Julai - Untuk makluman, peperiksaan kelayakan Universiti Al-Azhar,Mesir untuk sesi akan datang telah dibatalkan perlaksanaannya di Malaysia .
Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar melalui Dr.Zakaria Abdul Majid yang merupakan Dekan Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar kepada Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan semalam.
Sebelum ini, syarat kelayakan bagi permohonan menyambung pengajian Islam di Universiti Al-Azhar untuk sesi akan datang adalah dengan mengambil peperiksaan kelayakan sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.
Walau bagaimnapun, perancangan awal peperiksaan kelayakan tersebut akan dijalankan di Malaysia sebelum pelajar berangkat ke Mesir, namun peperiksaan tersebut telah ditukarkan lokasinya yang akan dijalankan di Universiti Al-Azhar Mesir di atas faktor kos untuk membiayai pengurusan peperiksaan tersebut.
" Antara langkah yang PMRAM telah lakukan dalam membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan itu adalah dengan mengedarkan beberapa contoh soalan kepada setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) melalui Exco Pendidikan agar dihantar ke setiap negeri masing-masing supaya pelajar dapat bersedia dan mendapat gambaran awal sebelum menghadapi peperiksaan tersebut setiap negeri" ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011.
" Pihak PMRAM sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan kelayakan di Universiti Al-Azhar, selain itu PMRAM mengingatkan agar pelajar-pelajarlebih bersedia dengan baki masa yang ada walaupun peperiksaan tersebut tidak dijalankan di Malaysia" ujar Presiden PMRAM ketika ditemui selepas Majlis Penutup LIMA'11 semalam di Shoubra. Sumber:
Persekutuan Ripublik Arab Mesir
Pesanan buat adik2 yang bakal ke Mesir:
"
Tabah kan hati.. kuatkan semangat.... jadikan lah perkabaran itu satu kegembiraan kpd hati2 yg ingin ke ardul kinanah... kerana anda tidak perlu takut kerana tidak sampai ke sini di sebabkan gagal dalam imtihan qabul.. inilah peluang kepada anda semua untuk mejejak kaki ke bumi anbiya'.. Inilah peluang untuk anda semua untuk menyelusuri jalan2 auliya' yg pernah menuntut di sini..Terimalah dengan hati terbuka. Jangan risau, kami disini sedia membantu anda semua. Teruskan persiapan anda untuk menghadapi imtihan qabul di sini. Teruslah Berjalan Tanpa Henti dan janganlah menoleh kembali. Semoga semua urusan anda dipermudahkan. Tidak sabar kami menunggu kedatanagn anda semua ke sini. Semoa dapat berjumpa anda semua di lapangan ilmu ini.... ilal liqa'....." Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.... :)
terharu dengan nasihat diatas.....
ReplyDeletesyukran :) terharu atas kata2 semangat tu... Rabbuna yusahhil lana.. insya Allah.. abg2 dan kakak2 sana ma'a taufiq wannajah :)
ReplyDeletekuatkan semangat.... jgn takut dan bersedih yer.... wat persedian yg cukup... kami menanti kedatangan anda semua...
ReplyDeleteSyukran:) doakan kami shabat yang akan ke mesir 2012,agar dipemudahkan atas segala urusan dengan baik..
ReplyDelete