Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Bersyukur kepada Allah keranaNya kita merasai nikmat Iman dan Islam seterusnya diberi peluang untuk meneruskan hidup di bumiNya ini. Allhamdulillah sekali lagi kepada Allah kerana saya berjaya melansaikan imtihan saya disini untuk tahun ini. Segala usaha telah saya kerahkan. Semoga Allah memberi natijah setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Tetapi di sesetengah muhafazah lain masih belum habis fatrah imtihannyer. Semoga kalian semuer masih bersemangat untuk meneruskan imtihan yer. Bitaufiq wanajah.
Terasa beban dan tekanan yang dirasai sebelum ini telah pergi dan menghilang. Termasuk la ahli bait (housemate) saya semuanya kegembiraan kerana telah melepasi fatrah imtihan ini; Namun
KHOUF dan ROJA' masih berterusan dalam diri kami semua kerana risau natijah yang bakal keluar tidak seperti yang diharapkan. Namun itu semua ketentuan Allah dan dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya sebagai hambanya akan redho dengan segala ketentuanNya.
Fatrah imtihan sudah berlalu tidak bermaksud boleh bersuka ria, tangggung jawab serta amanah kepada yang Esa perlu dijanga dan dilakukan. Berakhirnya fatrah imtihan bukan tiket untuk melepaskan diri dari semua tanggujawab itu. INGAT yer.... Tetapi selepas berakhir fatrah imtihan ini
sepatutnya ibadah kita serta amalan kita perlu lagi ditingkatkan kerana sekarang ini hanya tinggal bertawaqal kepada Allah setelah kita berusaha. Firman Allah di dalam al-Quran:
فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين . surah al-Imran ayat 159 yang bermaksud
Apabila kamu telah berazam(berusaha) maka bertawakal lah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal.Maka bertawakal la dengan memperbanyak serta meningkatkan amalan kita yer kerana Allah menyukai orang-orang yang bertwakal kepada Nyer
. Sekarang ni masa banyak free, jadi masa yang lapang ni perlu lah di isi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Saya belum lagi ade perancangan untuk aktiviti cuti musim panas ni. Tapi aktiviti yang paling saya suka lakukan tapi tawakuf sebentar sebab imtihan ialah bermain bola sepak. Tak sabar rasenyer kaki ni nak menyepak. o.k la semua dah tiber maser untuk diri ini beraksi kembali di padang. Semoga dapat berjumpa lagi di waktu yang lain. Ilal liqa'. Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. :)
No comments:
Post a Comment