Saturday, July 23, 2011

REVOLUSI MESIR 1952




Revolusi Mesir 1952
(Sumber :Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Arab: ثورة 23 يوليو 1952) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.

PUNCA
Pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan rasuah ,pro-British dan gaya hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan.Mereka dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah parti politik dilihat rasuah.


Kehilangan 78 % tanah Palestin dalam Perang Arab-Israel 1948 menyebabkan rasa tertekan di kalangan pegawai tentera dan rakyat Mesir. Pergerakan ini dipimpin oleh Gamal Abdel Nasser. Mereka menggunakan nama jeneral tentera, Muhammad Naguib kerana mempunyai pengaruh besar di kalangan tentera. Pada 26 Julai 1952, Mohamed Naguib telah menemui Raja Farouk I meminta raja turun tahkta. Pelbagai alasan diberikan . Antaranya kehidupan raja mewah amat bertentangan kehidupan rakyat jelata miskin. Rasuah berlaku di mana-mana terutama di kalangan polis , tentera, pegawai dan parti politik. Malahan Perang Palestin 1948 menerima kekalahan tidak sepatutnya kerana berlaku kebocoran maklumat dan rasuah.



PERLAKSANAAN REVOLUSI
Pada 25 Januari 1952 tentera British menyerang berek polis Mesir di Ismailia selepas polis itu enggan menyerah. 50 pegawai polis Mesir terbunuh dan 100 tercedera. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan rakyat Mesir. Rusuhan- rusuhan berlaku di Kaherah dilihat permulaan berakhir pemerintahan beraja. Keesokan harinya, 26 Januari 1952 ("Sabtu Hitam"), rakyat Mesir melihat berlakunya revolusi kedua selepas Revolusi Mesir 1919. Perusuh di Kaherah menyerang kepentingan dan syarikat asing. Perusuh mensasarkan kepentingan British, pejabat syarikat penerbangan, hotel-hotel, filem-filem, tiang- tiang ,Hotel Shepheard, pejabat-pejabat BOAC, dan Kelab Kuda British khususnya. Pemerhati melihat rusuhan ini telah dirancang dengan teliti.

Raja Farouk disingkirkan dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mesir Mustafa el-Nahhas. Kerajaan selepas itu ialah Ali Maher (27 Januari – 1 Mac), Ahmed Naguib El-Hilali (2 Mac – 29 Jun, dan 22–23 Julai) dan Hussein Sirri (2–20 Julai). 3 kerajaan ini gagal mengekang rasuah berleluasa. Pada 16 Julai Raja Farouk I membatalkan pilihan raya dan melantik dirinya dan cuba mengawal semula angkatan tentera.Rancangan kudeta diadakan pada 5 Ogos.Tetapi apabila Jeneral Muhammad Naguib pada 19 Julai menyatakan mempunyai senarai pegawai tentera terlibat, maka pemimpin rampasan kuasa bertindak pada malam 22 Julai.

REVOLUSI
Pada pagi Rabu, 23 Julai 1952, rampasan kuasa tentera terjadi di Mesir, dilakukan oleh Pegawai Pembebasan diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib, tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser.

Pada 7:30 am, siaran stesen televisyen memberitahu tentang revolusi pimpinan Jeneral Naguib .Berita revolusi itu dibacakan oleh Anwar Sadat yang kemudian menjadi Presiden Mesir.

Revolusi ini dilakukan kerana banyaknya sogokan, kerosakan, dan ketidakstabilan kerajaan. Kesemua ini adalah faktor-faktor itu mempengaruhi pihak tentera Mesir. Amalan rasuah menyebabkan kita kalah dalam Perang Palestin [1948]. Para pembelot wujud di kalangan pegawai tertinggi tentera. Kini tentera tidak lagi dapat diharapkan untuk mempertahankan Mesir.Rakyat Mesir jangan membenarkan pembelot ini memerintah negara Mesir.

Raja Farouk cuba mendapatkan bantuan dari Amerika Syarikat tetapi gagal. Batalion tentera ke-25 menduduki Alexandria, di mana raja berada di Istana Montaza. Raja Farouk pindah ke Istana Ras Al-Teen di pantai. Naguib mengarahkan kapten perahu layar "al-Mahrusa" milik Raja Farouk supaya tidak belayar atas perintah tentera. Anternatif ialah Raj Ahmed Fouad dilantik dan Raja Farouk dibuang negeri pada hari Sabtu, 26 Julai 1952 . Pada 6 jam petang, Raja Farouk belayar ke utara menuju pantai Itali dengan iringan tentera Mesir. Pada 28 Julai 1952, Muhammad Naguib menjadi Presiden Mesir pertama menandakan sejarah pentadbiran moden Mesir.

Sumber:hepselangormesir.blogspot.com

No comments:

Post a Comment