Friday, July 1, 2011

Fatrah Imtihan: Berjalan Tanpa Henti

        Assalammualaikum kepada semua pengunjung laman ini. Semoga semuanya sihat sejahtera di dalam menempuh kehidupan ini. Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu lagi di ruang maya ini. Alhamdulillah sekali lagi dan saya bersyukur kepada Allah kerana hanya  tinggal  satu madah (Tasawuf) sahaja imtihan fatrah ke-2 ini. Semoga dimudahkan saya serta sahabat2 lain untuk terus berjalan tanpa henti hingga ke penghujungnya. Dengan itu saya ingin berkongsi kepada anda serta sahabat2  seperjuangan satu lagu baru dari kumpulan Devotees. Terimalah dari saya "Berjalan Tanpa Henti"....




Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmatNya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahNya dunia 
 
              Sekian dari saya.... Teruskan "Berjalan Tanpa Henti" hingga ke penghujung hayat... Salam Imtihan.... Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh....

No comments:

Post a Comment