Thursday, April 7, 2011

Maarod ke Muzaharot?



        Assalammualaikum kepada semua peng”explore” blogger yang terbaca dan melawat blog saya ini. Saya harap semuanya sihat-sihat. Pada kali ini saya hendak menceritakan sedikit pengalaman saya ketika berada di Medan Tahrir atau rakyat Mesir panggil Medan Jihad.


       Buat pengetahuan semua pembaca, Medan Tahrir inilah bermulanya Gerakan Revolusi untuk menjatuhkan pemerintah dictator Husni Mubarak dan bermulanya pembinaan Mesir Baru. 





Pada hari Jumaat lepas yang bertarikh 1 April 2011, saya bersama seorang kawan telah pergi ke Medan Tahrir. Tujuan asal kami adalah untuk menghadiri Maarod Kitab atau orang putih selalu panggil Book Fair  yang diadakan di Amarican University berdekatan dengan Medan Tahrir.

 
Setibanya kami di sana, kami melihat terlalu ramai orang berada di Medan Tahrir. Saya sangka kan mereka semua menghadiri maarod kitab. Kami pun pergi la menghampiri kawasan orang ramai tersebut. Tiba-tiba seorang pemuda menahan kami. Dia menanya “roh fien?”. Saya dengan cuaknyer terus memberitahu mahu ke maarod kitab. Lalu pemuda tu meminta passport saya. Selepas dia menyerahkan passport saya semula, lalu dia cakap “maarod kitab roh ila syari’ hina”. Kami pun mengangguk tanda faham. Lalu kami pun terus pergi dari situ.

 
Rupa-rupanya kawasan yang kami pergi tadi adalah kawasan rakyat mesir yang sedang melakukan muzaharot atau nama mudahnya rusuhan. Patut la pemuda tadi menahan kami. Dia tidak membenarkan kami masuk ke kawsan muzaharot tersebut. Kami pun meneruskan langkah untuk mencari kawasan maarod kitab. Tanya punya Tanya kat orang-orang sekeliling, rupanya maarod kitab diadakan di Amarican University yang terletak bersebelahan Medan Tahrir. Maknanya kami kena melintasi lautan rakyat Mesir yang sedang bermuzaharot tersebut untuk ke maarod kitab tersebut.



Tanpa berlengah kami terus menuju kawasan muzaharot tersebut tetapi melalui jalan lain. Kami pun meredah lautan manusia yang sibuk melaungkan slogan-slogan tertentu tanda protes dan benci kepada bekas presiden mereka. Apa yang saya lihat, semua peringkat rakyat mesir menyertai muzaharot tersebut bermula dari kanak-kanak kecil hingga la kepada golongan tua. Tapi yang paling ramai adalah golongan pemuda dan mahasiswa.

Pelbagai ragam manusia saya lihat ketika muzaharot di Medan Tahrir tersebut. Mereka melakukan pelbagai cara untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Ada yang membuat kain rentang, ada yang menjerit-jerit, ada yang melukis bendera Mesir di pipi mereka dan tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk berniaga di situ.



 Ketika meredah lautan manusia tersebut, kami sempat la menagkap sedikit gambar suasana ketika muzaharot. Kebetulan masa itu kawan saya membawa kamera. Tiba-tiba kawan saya yang sorang tu hilang. Puas saya mencari-cari tapi tak jumpa. Mungkin dia merayau untuk menangkap gambar di kawasan lain. Saya pun menghubunginya supaya berjumpa kembali di masjid bersebelahan Dataran Tahrir.


             
Setelah kami selesai solat asar, kami pun menuju ke Amarican University yang berdekatan dangan masjid tempat kami solat tadi. Setibanya kami di pintu pagar universiti, tidak kelihatan seorang pun di situ malahan pintu tidak dibuka. Rupa-rupanya maarod kitab tidak dibuka pada hari itu. “la wat ponek den jo datang”. Kan dah kluar loghat nogogi den ni. Selepas tu, kami pun terpaksa meredah kembali lautan manusia yang ramai itu untuk pulang.


Syukur Alahmdulillah sebab tidak berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini semase di Medan Tahrir. Saya dapat berita bahawa muzaharot seperti ini sering berlaku pada hari jumaat tetapi tidak la seteruk seperti muzaharot yang berlaku ketika awal revolusi. Muzaharot yang berlaku sekarang adalah secara aman dan lebih cenderung kepada kempen-kempen untuk pilihan raya yang bakal berlaku tidak lama lagi.
                                                                     
      
Apabila melihat suasana muzaharot di Medan Tahrir tu, saya bersyukur sangat kerana Malaysia tidak berlaku keadaan seperti itu. Namun tidak mustahil ia boleh berlaku. Semoga Allah pelihara keamanan Malaysia, amin. Semoga dapat berjumpa lagi diruang citer yang lain. Ilal liqa’. Assalammualikum.
                                       
                                        

No comments:

Post a Comment