Sunday, April 24, 2011

Skabies lumrah di asrama

  
           Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. semoga semuanya sihat selalu. Pada hari ini saya terlah terbaca info kesihatan di dada kahbar tempatan. Saya telah membaca satu cerita mengenai penyakit "SKABIES". Saya rasa mungkin ada yang tahu mengenai penyakit ini terutama bagi pelajar berasrama. apabila saya terbaca artikel tersebut, mengingatkan saya kepada peristiwa ketika saya terkene skabies ini ketika di asrama Kejadian ini juga turut berlaku kepada penghuni asrama yang lain.


       Macam mana boleh munculnya penyakit ini? di sini saya ingin kongsikan artikel mengenai penyakit skabies ini. Semoga ia boleh menambah pengetahuan kita dan dapat mengelak dari ditimpa penyaki ini terutama kepada pelajar berasrama

          PERNAHKAH anda berasa gatal pada seluruh badan dan bernanah di anggota tertentu seperti tangan dan kaki? Jika jawapannya ya, anda mungkin terkena skabies, yang lebih dikenali sebagai kerapu atau kudis buta.
Jangan ambil mudah kerana ia boleh menjangkiti sesiapa saja. Skabies ialah jangkitan hama jenis Sarcoptes Scabiei iaitu hidupan sangat kecil dan hanya berukuran 1/3 milimeter panjang dan membenamkan dirinya ke dalam kulit yang boleh menyebabkan gatal semakin teruk.

Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lut sinar mahupun mikroskop.

        Penyakit ini berjangkit apabila duduk berdekatan, berpegangan tangan dan tidur dengan orang lain yang membawa jangkitan. Kebiasaannya ia berlaku di asrama, sekolah, kolej dan boleh jadi di mana-mana disebabkan telur membiak dalam kulit dan menetas menjadi kutu betina dan hidup selama 30 hari.


      Organ utama terbabit ialah kulit disebabkan hama skabies betina masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan buangannya (debris) seperti telur dan najis. Keadaan ini mencetuskan tindak balas alergi selain menyebabkan kesan gatal dan reaksi imunologi pada kulit.



Skabies betina mampu mengeluarkan 90 telur sepanjang hidupnya selama sebulan. Selepas tiga hingga empat hari, telur menetas dan larva bertukar menjadi skabies dewasa dalam tempoh dua minggu dan kitaran ini berulang semula.
Antara tanda awal gejala kudis buta:
·  Gatal kulit terlampau, terutama waktu malam
·  Timbul bintik merah dan bernanah pada kedua- dua tapak tangan dan kaki
·  Timbul keruping berwarna kuning keperangan secara beransur-ansur di kawasan dijangkiti

Nota: Kegatalan disebabkan reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan biasa dijangkiti:
·  Celah jari
·  Tapak tangan
·  Pergelangan tangan
·  Kemaluan
·  Punggung
·  Sekitar pusat
·  Ketiak
·  Siku
·  Kaki dan buku lali

Bagaimana ia merebak?
·  Sentuhan kulit ke kulit
·  Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang) 



Rawatan:
Ubat yang boleh membunuh kutu dinamakan skabicides. Ia berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit seperti:
·  Losyen benzyl benzoate
·  Krim gamma benzene hexachloride
·  Losyen malathion
·  Losyen Scaboma


Cara mencegah kudis buta:
·  Utamakan kebersihan diri. Mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih
·  Barang keperluan seperti tuala dan baju hendaklah dijaga bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain
·  Basuh atau jemur pakaian, cadar, dan sarung di bawah cahaya matahari
·  Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik
·  Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah
·  Tutup kudis dengan kain kapas dan plaster
·  Elak kudis daripada bersentuh dengan orang lain 





Kaedah Tradisional:
·  Bunga Tanjung — Pokok bunga ini yang juga dikenali Spanish Cherry, berasal daripada keluarga Sapotaceae. Ia pokok yang tumbuh hingga setinggi 20 meter dan mengeluarkan bunga kecil berbau harum yang bertindak sebagai perangsang di segi perubatan.

Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya serta digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.

Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.

Di segi saintifik, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri, atau berak berdarah.

·  Peria — Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal serta yang lain, fungus peria boleh mengatasinya dengan mencampurkan segelas jus peria dan satu sudu kecil jus limau.

Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit bagi tempoh empat hingga enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya.

Walaupun peria kurang digemari disebabkan kepahitannya, ia memberi banyak manfaat buat penggemarnya. Rasa pahit akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum dimasak. Di India, biji buah peria yang dimasak ranum dijadikan bahan perisa.

·  Daun Mengkuang — Bakar daun mengkuang dan ambil abunya. Pecahkan kudis yang terlebih dulu dan rendam dalam air garam yang suam. Jika diamalkan petua, dipercayai dapat menghilangkan parut kudis.

·  Daun Jambu Batu — Cari lima atau enam helai daun jambu batu dan giling hingga lumat. Campurkan dengan santan, kemudian bungkus dalam kain jarang dan gosok pada kudis buta berkenaan.

·  Daun gelenggang — Tumbuk daun gelenggang hingga lumat dan tambahkan sedikit minyak tanah. Sapukan daun itu ke bahagian dijangkiti. 



          Semoga artikel kesihatan ini dapat memberi sedikit imput-imput kepada anda semua terutama kepada pelajar asrama. Jaga lah kesihatan anda. Semoga berjumpa lagi diruang yang akan datang. Wassalam.

No comments:

Post a Comment