Saturday, April 2, 2011

Denyut Kasih Medic

“Kenapa kita guna clexane untuk patient ni? Kenapa tak guna heparin untuk cegah DVT? Tanya Dr. Muslih.
“Sebab apa clexane? Hmm, sebab baguslah”, jawab Dr. Mazlan. Jawapan itu tidak memuaskan Dr. Muslih.
Heparin tak cukup bagus ke nak cegah DVT? Kan heparin halal? Tanya Dr. Muslih, ingin mendapatkan kepastian.



               Dialog di atas adalah petikan dari novel “Denyut Kasih Medik” yang telah dikarang oleh seorang doctor muda bernama DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB dan telah diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Penulis novel ini dilahirkan pada 5 Oktober 1983 di Kuala Krai. Beristerikan seorang novelis islami, Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin. Pernah mendapat didikan dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pernah bertugas sebagai housemanship training di Hospital Selayang dan sekarang sebagai Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bagan Terap Sabak Bernam.

             Novel “Denyut Kasih Medik” merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doctor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doctor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina.


            Saya sarankan novel ini sepatutnyer dibaca oleh golongan remaja terutamanya yang sedang berlajar dalam bidang perubatan. Novel ini boleh memberi kesedaran kepada bakal-bakal doctor supaya menjadi seorang doctor yang berpaksikan syariat Islam. Selain itu ia boleh memberi gambaran kepada orang awam mengenai pengorbanan serta penat letih seorang doctor dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit yang dirawatnya disamping itu kita boleh menambah ilmu tentang penayakit-penyakit serta istilah-istilah dalam perubatan.

           Sungguh mulia kerja seorang doctor ini. Terasa ingin menjadi seorang doctor tetapi ia bukan bidang saya. Semoga  dalam ahli keluarga saya ada yang akan bergelar sebagai seorang doctor Islam. Jangan lupa dapatkan novel ini ya. Wassalam.



No comments:

Post a Comment