Kongres Amerika pada hari Rabu(13 april 2011) lalu membincangkan kedudukan jamaah Ikhwanul Muslimin di dalam politik Mesir pada masa hadapan.
Robert Satloff dari Institut Washington untuk Polisi Timur Dekat memberi amaran bahawa Ikhwan Muslimin boleh mencapai satu kuasa besar di Mesir. Dia mengatakan bahawa Ikhwan hanya berpura-pura menjadi gerakan damai, moden dan demokratik, sedangkan pada hakikatnya bertujuan untuk "mengislamkan" masyarakat Mesir.
Dia juga memberi amaran bahawa Ikhwan akan membatalkan perjanjian Camp David dan perjanjian zon industri Berkualiti jika berjaya merampas kuasa, dan keganasan setempat kemungkinan akan timbul akibat kumpulan ini bermusuh dengan kubu Islam moderat.
Satloff meminta Washington untuk menyediakan angkatan bersenjata Mesir dengan maklumat tentang sumber kewangan Ikhwan sehingga boleh menghalang tujuan Islamisasi Ikhwan dan membantu membina sebuah negara demokrasi di Mesir.
Dari sudut lain, Lorenzo Vidino dari Rand Corporation di Washington berpendapat Ikhwanul Muslim adalah kelompok "pragmatik".
Namun demikian, dia mengatakan bahawa mustahil bagiWashington untuk berfikir Ikhwan sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Ahmad Mansur, pimpinan kumpulan Quraniyun, mengatakan bahawa bahaya terbesar sebenarnya datang dari Salafi, yang ingin membahagi dunia ke pada Timur bagi penganut Islam dan Barat bagi penganut Kristian.
No comments:
Post a Comment