Thursday, March 24, 2011

Tazkirah Sempena Maulid Nabi

MENUJU SYURGA BERSAMA RASULULLAH S
Oleh: Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani

Ketahuilah, bahawa kedudukan yang paling tinggi di dalam syurga ialah dapat bersama dan menjadi pengiring Nabi J . Di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah , dia berkata:

جاء رجل إلى رسول الله J فقال : يا رسول الله ، إنك لأحب إلي من أهلي ومن نفسي ومن ولدي، وإني لأكون في البيت فأذكرك وما أصبر حتى آتيك فأنظر إليك، فإذا ذكرت موتي وموتك، عرفت إذا أنك دخلت الجنة رفعت مع النبيين، وإني إذا دخلت الجنة خشيت أن لا أراك

“Pernah seorang lelaki menemui Rasulullah J , lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kamu lebih aku kasihi daripada keluargaku, diriku sendiri dan anak-anakku. Apabila aku berada di rumah, aku selalu mengingatimu dan tidak sabar untuk menemuimu supaya aku dapat melihatmu. Apabila aku teringat akan kematianku dan kewafatanmu maka aku mengetahui, apabila kamu masuk ke dalam syurga, kedudukanmu akan diangkat bersama para nabi yang lain. Sedangkan aku, apabila telah masuk syurga, aku takut sekiranya tidak berpeluang melihatmu lagi.”


Belum pun sempat Rasulullah J membalas apa-apa, Jibril u turun dengan membawa ayat ini:

`tBur ÆìÏÜム©!$# tAqߧ9$#ur y7Í´¯»s9'ré'sù yìtB tûïÏ%©!$# zNyè÷Rr& ª!$# NÍköŽn=tã z`ÏiB z`¿ÍhŠÎ;¨Y9$# tûüÉ)ƒÏdÅ_Á9$#ur Ïä!#ypk9$#ur tûüÅsÎ=»¢Á9$#ur 4 z`Ý¡ymur y7Í´¯»s9'ré& $Z)ŠÏùu ÇÏÒÈ  

“Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat).”

Hadith ini mengandungi berita gembira yang amat besar dan balasan yang amat hebat bagi orang yang telah menyempurnakan cintanya terhadap Nabi J . Begitu juga orang yang mencintai para nabi yang lain dan orang-orang yang soleh kerana ia merupakan bukti kecintaannya terhadap Allah. Apabila telah kuat kecintaan seseorang hamba terhadap Allah, maka kuatlah juga kecintaannya terhadap para kekasih Allah dan hamba-hambanya yang soleh.

Rasulullah J pernah ditanya oleh seorang lelaki:

كيف ترى في رجل أحب قوما ولم يلحق بهم؟، قال: المرء مع من أحب

“Bagaimana pendapat kamu tentang seorang lelaki yang mengasihi sesuatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan mereka? ” Rasulullah J bersabda, “Seseorang itu akan bersama orang yang dikasihinya.”

Kemudian sahabat yang lain bertanya kepada Baginda J tentang hari Kiamat. Rasulullah J bersabda:

وما أعددت لها؟ قال: لا شيء غير أني أحب الله ورسوله، قال: أنت مع من أحببت

“Apakah yang telah kamu siapkan untuk menghadapinya?” Sahabat tersebut menjawab, “Tiada apa-apa yang aku sediakan untuknya, cuma aku mengasihi Allah dan RasulNya.” Rasulullah J bersabda, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi.”

Anas t berkata, “Kami tidak pernah merasa gembira dengan sesuatu perkara seperti kegembiraan kami dengan sabda Rasulullah J : ”Kamu akan bersama orang yang kamu kasihi.”

Anas t juga berkata:

فأنا أحب النبي ، وأبا بكر وعمر وأرجو أن أكون معهم بحبي إياهم

“Aku mengasihi Nabi J, Abu Bakar dan Umar. Aku berharap akan bersama mereka kelak disebabkan kecintaanku terhadap mereka.”

Kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah J sampai ke tahap kecintaan yang paling tinggi dan klimaksnya.

Ia dikuatkan oleh riwayat yang menyebut:

“Bahawa seorang wanita Ansar telah terbunuh saudara dan suaminya dalam peperangan Uhud bersama Rasulullah J. Wanita itu berkata, ”Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah J?” Mereka menjawab, “Baginda J dalam keadaan yang baik dan sebagaimana yang kamu sukai.” Wanita itu berkata lagi, “Tunjukkan Baginda J kepadaku hingga aku dapat melihatnya (dengan mata kepalaku sendiri).” Setelah melihat Baginda J, wanita itu berkata, “Semua musibah yang terjadi selepas mendengar tentangmu adalah kecil bagiku.”

Amru ibn al ‘As t berkata:

ما كان أحد أحب إلي من رسول الله

“Tiada seorang pun yang lebih aku cintai daripada Rasulullah J.”

Sayyiduna Ali t berkata:

كان رسول الله أحب إلينا من أموالنا وأولادنا وأمهاتنا ومن الماء البارد على الظمأ

“Rasulullah J lebih kami cintai daripada harta benda, anak pinak dan ibu-ibu kami, bahkan daripada air yang dingin ketika sangat dahaga.”

Justeru, sewajarnya seseorang insan itu mengetahui tanda-tanda kecintaan ini supaya dia dapat berusaha bagi merealisasikan kasih sayangnya dan mengamalkannya. Di antara tanda-tanda kecintaan terhadap Rasulullah J:

Membentangkan ke atas dirinya antara kehilangan harta dunia dengan kehilangan melihat NabiJ sekiranya diberi pilihan. Sekiranya kehilangan Rasulullah J lebih perit dan berat dirasai ke atas dirinya daripada kehilangan harta dunia, maka dia bersifat dengan kecintaan yang telah disebutkan bagi Rasulullah J. Sekiranya tidak, maka dia tidak termasuk orang-orang yang mencintai Rasulullah J.

Di antara tanda terbesar kecintaan terhadap Rasulullah J juga ialah mengikut dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda J, menjalani jalannya,mengambil petunjuknya dan meniru akhlaknya serta tidak melampaui batas-batas syariat yang telah dibawanya.

Hal ini dijelaskan oleh sebuah hadith marfu’ yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Anas t :

من أحيا سنتي فقد أحبني، ومن أحبني كان معي في الجنة

“Sesiapa menghidupkan Sunnahku, maka dia telahmencintaiku, kelak dia akan bersamaku di dalam syurga.”

Di antara tanda kecintaan terhadap Nabi J yang lain ialah orang yang mendakwa dirinya mencintai Nabi J redha dengan syariat yang dibawanya sehingga dia tidak mendapati di dalam dirinya rasa sempit dengan apa yang telah ditentukan untuknya, membantu agamanya dengan perkataan, perbuatan dan membela syariatnya, berakhlak dengan akhlak Baginda seperti sifat dermawan, mengutamakan orang lain, bersopan santun, bersabar, tawadhu’ dan akhlak-akhlak agung yang lain.

Tanda-tandanya yang lain ialah banyak mengingati Baginda J dan menyebut namanya, mencintai Sunnahnya membaca hadithnya, merasa lazat dengan menyebut namanya yang mulia dan bergetar hatinya ketika mendengar namanya yang agung disebut.

Tanda-tandanya yang lain ialah memuliakan dan membesarkan Baginda J ketika menyebut namanya. Melahirkan rasa rendah diri ketika  mendengar namanya. Semua manusia akan merasa rendah diri terhadap orang yang dicintainya.

Sebagaimana kebanyakan para sahabat, apabila menyebut nama Rasulullah J, mereka merasa rendah diri, kulit mereka menggeletar dan mereka menangis.

Begitu jugalah dengan kebanyakan tabi’en dan golongan selepas mereka.

Ayyub al Sakhtiyani t , apabila menyebut nama Nabi J, dia akan menangis sehingga orang-orang yang duduk di dalam majlisnya merasa kasihan terhadapnya.

Ja’far ibn Muhammad t merupakan orang yang banyak bergurau senda dan tersenyum. Apabila disebut nama Rasulullah J di hadapannya, kelihatan kulitnya seperti orang yang kekeringan darah dan lidahnya menjadi kering kerana terlalu gerun dengan Rasulullah J.

Qatadah t apabila mendengar satu hadith, dia akan meratap dan berduka serta menjadi takut.

Tanda-tanda yang lain ialah mencintai al Quran yang dibawa oleh Rasulullah J, mengambil dan mengikut petunjuknya dan berakhlak dengan akhlaknya. Apabila kamu ingin mengetahui sedalam mana kecintaan kamu dan orang lain terhadap Allah dan RasulNya, maka lihatlah kecintaan diri kamu terhadap al Quran dan kelazatan kamu mendengarnya melebihi kelazatan kamu mendengar nyanyian dan muzik yang mendayu-dayu. Sebagaimana yang telah kita maklumi, orang yang mengasihi kekasihnya akan lebih suka dan senang mendengar kalam dan hadith kekasihnya.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Uthman ibn Affan t berkata:

“Seandainya hati kita telah suci dan bersih, kita tidak akan pernah merasa kenyang mendengar Kalam Allah.”

Bagaimana orang yang mencintai kekasihnya akan merasa kenyang mendengar perkataan kekasihnya, sedangkan ia adalah puncak matlamat dan keinginannya.

Para sahabat apabila berkumpul bersama Abu Musa t , mereka berkata kepadanya, “Wahai Abu Musa! Ingatkanlah kami kepada Tuhan kami.” Maka dia pun membaca al Quran dan mereka mendengarnya.

Tanda-tanda yang lain ialah mempunyai kerinduan yang mendalam untuk bertemu dengan Rasulullah J kerana setiap kekasih pasti suka dan ingin selalu menemui kekasihnya.

Sebahagian ulama’ berkata:

المحبة الشوق إلى المحبوب

“Kecintaan itu ialah kerinduan kepada orang yang dicintai.”

Oleh kerana itulah, apabila para sahabat merasa sangat rindu terhadap Rasulullah J, mereka akan mendapatkan Rasulullah dan mengubati kerinduan mereka dengan melihatnya. Mereka juga merasakan kenikmatan dan keseronokan duduk bersama Rasulullah J, memandang wajah Baginda J dan mengambil berkat dengan Baginda J.

Diriwayatkan daripada ‘Abdah binti Khalid ibn Ma’dan y , berkata:
“Tidaklah Khalid berbaring di atas tempat tidurnya, melainkan dia akan menyebut-nyebut tentang kerinduannya terhadap Rasulullah dan para sahabat Baginda dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar dengan menyebut nama mereka satu persatu. Dia berkata:

هم أصلي وفصلي، وإليهم يحن قلبي، طال شوقي إليهم، فعجل رب قبضي إليك

“Mereka adalah sandaranku di dalam perkara asas (aqidah) dan cabang agama (feqah). Kepada mereka hatiku merindu. Telah lama kerinduan hatiku terhadap mereka terpendam. Maka cepatkanlah wahai Tuhanku! Engkau kembalikan rohku  kepada rahmatMu (supaya dapat bertemu dengan mereka).”

Dia mengulang-ulang sehingga terlena.

Tatkala Sayyiduna Bilal t hampir wafat, isterinya merintih, “Alangkah sedihnya!” Lalu Bilal t berkata:

واطرباه! غدا ألقى الأحبة محمدا وحزبه

“Alangkah gembiranya aku! Esok aku akan bertemu dengan insan yang paling aku kasihi, Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”

Ya Allah! Kurniakanlah taufiq kepada kami agar kami terpelihara daripada terjerumus ke dalam lembah maksiat, dan mendorong kami untuk mengerjakan amal yang membuatkan Engkau redha. Kurniakanlah kepada kami persiapan untuk menghadapi segala yang telah engkau janjikan. Kekalkanlah kebaikanMu terhadap kami sepertimana yang telah engkau kurniakan kepada kami.sempurnakanlah ke atas kami sesuatu yang menyebabkan Engkau memuliakan kami. Ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum Muslimin dengan rahmatMU, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani!

No comments:

Post a Comment