Friday, December 3, 2010

Selamatkan Maruah Anda

 A
ssalammulaikum kepada pembaca sekalian, semoga anda semua sentaisa diberkati Allah. Kita lihat kemajuan zaman sekarang ini  semakin hari semakin hebat. Bak kata orang “dunia tanpa sempadan”. Namun berapa ramaikah menggunakannya untuk tujuan kebaikan? Atau mungkin ada yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi dengan menjatuhkan orang lain? Cuba lihat gambar di bawah ini.


      Apa perasaan anda apabila gambar anda diperlakukan seperti ini? Marah? Malu? Ini lah salah satu gambar yang telah diubahsuai menggunakan kecanggihan teknologi sekarang. Ini baru sedikit, kita belum lihat lagi yang lain. Cuba anda bayangkan, buat permulaan mereka mengubah gambar anda seperti ini. Lepas tu, mereka ingin meng”up grade” hasil karya diorang ini. Kata orang prestasi perlu ditingkatkan. Jadi mereka pun mengubah gambar ini menjadi lebih “power yang boleh memalukan anda semua seperti mengubah di tempa-tempat tertentu yang tidah boelh dilihat kepada boleh dilihat dan sebagainya. Dengan ini bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah anda semua, malahan boleh menimbulkan fitnah kepada diri anda.
                Pada suatu hari, tiba-tiba kecoh rakan-rakan anda menceritakan megenai gambar anda yang menimbulkan kontroversi. Apabila anda lihat sendiri mungkin anda tidak percaya bahawa itu diri anda. Gambar yang menunjukkan tubuh badan yang agak menjolok mata atau mungkin lebih truk dari itu. Padahal anda tidak pernah bergambar seperti itu. Adakah anda ingin ini berlaku kepada diri anda? Semestinya tidak mahu ia berlaku kepada diri anda. Jadi sebagai langkah keselamatan serta mahu mengelaknya dari berlaku, langkah yang paling bijak dengan membuang gambar-gambar kalin dari laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dan seumpamanya. Jangan berfikr panjang hendak membuangnya. Fikirkan maruan anda semua.

                Harapan kepada muslimah yang membaca artikel ini supaya cakna atau mengambil berat mengenai perkara ini. Kepada kaum muslimin yang membaca pula, cakna dan ambil berat mengenai perkara di atas dengan menyampaikan atau memberi peringatan kepada kaum kerabat kalian yang bergelar Muslimah. Ingat!!! Jaga la maruah kalian yang bergelar MUSLIMAH…. Kerana apabila maruah kalian tercalar, ia akan meninggalkan parut terhadap diri kalian selamanya… yang akan menghantui sepanjang hidup…

                

No comments:

Post a Comment