Friday, December 10, 2010

Al-Fatihah

Assalammualikum warahmatullah hiwabarakatuh. Pertama sekali marilah kita menyedekahka al-fatihah kepada arwah adik Sofiyatul Ulya yang selamat di kebumikan pada 10 Disember 2010 diperkuburan Malaysia,Hayyu Asyir, Kaherah.
Pada awal pagi Jumaat yang bertarikh 10 Disember 2010 saya dan beberapa sahabat yang lain menunggu ketibaan  jenazah adik Sofiyatul Ulya dari Tanta. Tepat jam 8.30 pagi waktu Mesir, jenazah pun sampai  dengan menaiki sebuah kereta. Saya pun pergi mendekati kereta tersebut kerana ingin melihat jenazah tersebut dari dekat. Saya melihat sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak diangkat oleh ayahnya Ustaz Mohd Faizol Bin Endut ke dataran untuk disolatkan. Saya dan beberapa sahabat yang lain pun turut mengiringi Ustaz Faizol ke dataran.

Setelah Ustaz Faizol meletakkan jenazah anaknya ke lantai dataran, die meminta hadirin yang mejoritinya pelajar-pelajar perlembahan Nil terdiri dari pelajar pengajian Islam dan Perubatan untuk membacakan sedikit tahlil untuk jenazah anaknya. Tidak ketinggalan juga pelajar-palajar akhawat juga turut menyertai solat jenazah. Bacaan tahlil telah dibacakan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Saudara Mohd Shahrizan Bin Mohd Hazimie.

                                              solat jenazah di dataran asyir


Ketika bacaan tahlil berjalan, saya melihat jenazah adik Sofiyatul Ulya yang bertubuh kecil itu dengan penuh kesian dan sedih sehingga mengalirkan sedikit air mata. Maklumla saya ni suka kepada kanak-kanak tambahan lagi saya mengenalinya. Itu yang membuatkan saya berasa sedih. Namun saya rasa Ayahnya serta Ibunya mesti lebih sedih  atas pemergian anak mereka yang tercinta itu. Selepas tamat bacaan tahlil tersebut, solat jenazah pun dilakukan yang diketuai presiden PMRAM


                                      Usatz Faizol bersama jenazah anaknya

Selesainya solat jenazah, Ustaz Faizol mengangkat jenazah anaknya yang diiringi oleh sahabat lalu membawa masuk ke dalam kereta yang telah disediakan. Selepas itu, tanpa berlengah mereka pun bertolak ke tanah perkuburan Malaysia di Hayyu Asyir yang terletak agak jauh jugak dari dataran asyir tersebut. Ramai yang turut ke tanak perkubran tersebut. Ade yang menaiki kereta masing-masing, ade yang menunggang motosikal. Rasa hati ingin mengikut sekali ke tanah perkuburan tersebut, tetapi tiada kenderaan untuk saya naiki. Namun begitu, saya harap jenazah adik Sufiyatul Ulya selamat dikebumikan. Semoge jenazah adik Sufiyatul Ulya dicucuri rahmat. Al-Fatihah....
                                di perkuburan Malaysia Hayyu Asyir, Kaherah


                                    

No comments:

Post a Comment