Sunday, December 12, 2010

Musim Sejuk Kembali

            Assalammualaikum kepada semua pembaca. Disini saya  ingin berkongsi sedikit suasana musim sejuk yang tidak berlaku di Malaysia. Walaupun tidak bersalji seperti di Jordan dan Morocco namun suasana musim sejuk di sini tetap seronok.  Yang kat Malaysia tu jangan cemburu pula, kalau nak rasa sendiri mari lah datang….

Dugaan ke kuliah

Musim sejuk memang sejuk, dah nama pun musim sejuk. Musim sejuk disini bermula sekitar bulan Oktober hingga lah bulan Febuari  tahun depannya tu.  Kemuncaknya musim sejuk pada bulan 12. Fuh mase ni memang menggigil la. bila nak ke kuliah tu, mesti pakai 3-4 lapis baju dengan baju sejuk sekali. Itu pun masih terasa sejuk lagi, dan suhu pada masa ni sekitar 16-13 darjah(sejuk tu..). Bukan itu saja, dengan tiupan angin kencang yang boleh menyebabkan pasir-pasir berterbangan seperti ribut pasir. Mase tu mata ni kecik je buka, dan memang mencabar iman utuk ke kuliah. Kalau hendak ikut kan hati duduk rumah lagi best, tapi tanggungjawab sebagai pelajar mesti la ke kuliah. Yang seronoknya, waktu hendak ke kuliah pada awal pagi tebal dengan kabus. Bila bercakap keluar asap(orang Malaysia jangan jeles) macam dekat Eropah pula. Kadang-kadang sampai tengah hari masih berkabus.

Aktiviti musim sejuk
Suasana musim sejuk sungguh berbeza  dengan musim panas sama ada dari segi masa dan aktivitinya. Musim panas waktu siangnya lebih lama dari waktu malamnya sementara waktu malam pada musim sejuk lebih panjang dari waktu siang(subuh sekitar jam 5.00pagi, mahgrib jam 5.00malam, isya’ pula jam 6.30malam). Musim sejuk la dapat tidur lama kerana dengan waktu malamnya yang panjang dan ditambah lagi dengan kesejukan yang menyelubungi, memang nyenyak, sambil ditemani “kawan rapat”masing-masing. Nak tau tak ape..? semestinya “saratoga” atau selimut tebal. Bak kata orang sini la, bila berselubung dengan “saratoga” baru terasa nikamt dan kepuasan tidur yang sebenar. Selain itu, saya dan kawan-kawan  suka bermain bola selepas subuh. Seronok main waktu musim sejuk, terasa macam bermain di Eropah pula dengan mulut berasap serta bebaju sejuk. Selain dapat memanaskan badan, ia dapat mengeluarkan peluh serta menyihatkan badan. Bila malam berselubung dengan “saratoga”  pagi riadah la pula, baru sihat tubuh badan. Selalu riadah pagi jumaat sebab hari jumaat Mesir cuti. Tapi tak semua pergi riadah, ada juga yang tetap dengan “saratoga” mereka (hobi sejak dari Malaysia kot..).  




Aktiviti musim sejuk berbeza mengikut tempat. Tadi saya menceritakan aktiviti di Kaherah (ibu nagare Mesir). Sekarang saya cerita sedikit la aktiviti musim sejuk di muhafazah(negeri) lain. Aktiviti bersama “saratoga” serta beriadah tetap ade di muhafazah lain, cume ade sedikit tambahan aktiviti. Contohnya di Dumyat, musim sejuk di sana seronok bagi yang suka makanan sea food sebab waktu ini terdapat lambakan kerang di kawasan pantai sana. Sape yang “gila” makan kerang tu memang seronokla. walaupun kesejukan,  disebabkan kerang diredah jugak pantai yang sejuk itu. Aktiviti di Tanta pula, di sana pula terkenal dengan aktiviti pertanian. Jadi banyak la ladang-ladang yang cantik pemandangannya. Dengan diselubungi kabus serta keadaan pemandangan yang cantik memang seronok jalan-jalan pada waktu pagi. Kadang-kadang ada yang berjoging keliling ladang sambil menghirup udara segar serta melihat kindahan alam. Agak sukar untuk merasai suasana seperti ini di Malaysia. Apa pun Malaysia yang terbaik. 



Kesihatn perlu dijaga
                Musim sejuk memang seronok, tetapi kesihatan perlu dijaga. Waktu ini la penyakit mudah datang. Disebabkan terlalu sejuk penyakit mudah menyerang kepada yang tidak menjaga kesihatan mereka. Kebanyakkan pelajar disini tidak akan terlepas dari selsema serta batuk dan ada sampai demam. Pelajar-pelajar di sini dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan serta sentaisa berpakain tebal untuk mengelak sebarang kemudaratan. Pelajar-pelajar lama memberi tahu bahawa mermbahaya mendedahkan diri dengan cuaca sejuk sebab akan memberi kesan kepada tulang. Selain itu, ia juga boleh mengundang kehadirn sakit dada. Saya pernah juga sakit dada 2-3 hari ketika bangun dari tidur. Bukan itu saja, tekak pun turut terasa sakit. Mungkin silap saya sebab tidak tidur berselubungkan sratoga.  saya pun selalu la tidur berselubungkan saratoga. Insaf dah…. Kami dinasitkan juga supaya jangan terlalu kerap mandi waktu musim sejuk ni kerana ia boleh mengungdang pelbagai penyakit. Selalunya kami mandi 2-3 hari sekali, tapi kami tetap wangi sebab kami jarang berpeluh dan kalau berpeluh pun ia tidak berlekit serta tidak berbau. Tidak sama seperti di Malaysia. Selain tu, ada sesetengah pelajar akan merekah kulit tumit kaki serta bibir seperti pecah. Mungkin disebabkan suasana yang terlalu sejuk serta kering.

Fatrah imtihan




                Seronok memang seronok musim sejuk, tetapi keseronokan itu hanya sebentar sahaja. Sebab akhir bulan 12 atau awal bulan 1  bermulanya fatrah imitihan (peperiksaan). Selalunya bulan 12 pelajar-pelajar di sini sudah mula menumpukan kepada pelajaran masing-masing. Ketika ini dapat lihat la kesibukan pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran. Ada yang ke sana ke sini sibuk dengan “study group” . Ada yang berkurung dalam bilik belajar bersendirian. Tetapi yang paling sibuk bila ada sesetengah pelajar diminta untuk mengajar pelajar lain. Sebelum mengajar orang mesti la membuat persedian ditambah lagi dengan kitab-kitab sendiri yang perlu dibaca. Kadang-kadang ada yang diminta untuk mengajar di tempat yang jauh terutama ke Iskandariah (alexandarian) yang jauhnya dari Kahaerah memakan masa 6jam perjalanan. Tetapi itu bukan alasan untuk menolak permintaan untuk mengajar. Semoga Allah membalas jasa mereka.

Menawan puncak Sinai



            Penutup musim sejuk selalunya pelajar-pelajar di sini akan ke Sinai. Selepas habisnya imtihan, pelajar di sini akan membuat rombongan ke Sinai untuk mendaki bukit Tursina. Jarak Sinai dari Kaherah kira-kira 600km dan mengambil masa satu malam perjalanan dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan ke Sinai kami akan melalui terusan Suez(selama ini baca dalam buku sejarah je,,) serta tempat bersejarah Islam seperti kubu tentera Salahuddin al-Ayubi, bekas kubu tentera Israel,, makam para nabi serta auliya’. Puncak Tursina pula terdapat tempat Nabi Musa berkhlwat atau bertafakur sambil itu melihat matahari terbit dengan bertiupkan angin yang sungguh sejuk. Memang seronok kerana dapat melawat tempat-tempat sejarah Islam yang selama ini hanya diceritakan di dalam al-Quran.

          
        Setakat ini saja coretan saya mengenai suasana musim sejuk di sini. Tetapi kalau nak rasa sendiri suasana musim sejuk kat sini mari la datang sini. Sekian berjumpa lagi. Ilal liqa’.. wassalam..

2 comments:

  1. Teringin sangat nak rasa musim sejuk...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya.. Doakan ana semoga ada rezeki sampai ke Mesir juga

    ReplyDelete