Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalammualaikum kepada semua pembaca  yang dihormati sekalian. Syukur Alhmdulillah tahun baru telah menjelama, selamat menyambut tahun 2011. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas. “Tahun 2010 dalam kenangan” itu yang terlintas dalam diri saya  setelah menjelamanya tahun 2011. Tahun 2010 meninggalkan 1001 kenangan pahit manis sebagai seorang pelajar di perantauan.


Menjelmanya tahun baru 2011 ini, saya telah berfikir atau menghitung diri saya apa kemajuan diri yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2010. Adakah tahun lepas saya telah melakukan sebarang kemajuan? Saya rasa tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap diri saya. Namun begitu pengalaman lepas banyak mematangkan diri saya untuk menempuh  dunia yang penuh mencabar ini. Tahun baru ini, saya berazam menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dengan melaksanakan sebaik mungkin kewajipan saya sebagai penuntut ilmu.

Bagai mana dengan anda? Bagaimana diri anda pada 2010? Adakah anda telah mengalami kemajuan diri atau sebaliknya? Mari kita sama-sama menyingkap kembali keadaan diri kita pada tahun lepas. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan pada tahun lepas, mari kita memperbaikinya tahun ini. Kita ubah kenangan pahit tahun lepas menjadi kenagan manis pada tahun ini. Jadikan diri kita lebih baik dari tahun lepas. Jadi mari mari kita berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam, dari minggu lepas dan dari tahun lepas.

Apa bentuk azam yang baik? Azam yang baik mestilah jelas, tidak terlalu kabur seperti “saya ingin menjadi orang yang lebih baik”. Azam yang baik boleh diukur secara kuantitatif. Azam juga mestilah logik dan boleh dicapai. Azam bukan mimpi atau angan-angan. Ia adalah satu bentuk pelan tindakan yang boleh dibuat dan dimulakan dari sekarang. Sebaiknya, azam itu dibuat berdasarkan perkara yang kita sudah mulakan, kerana lebih mudah menyambung benda yang sudah menjadi rutin, berbanding benda yang memerlukan kita membuat sesuatu yang baru. Ini untuk mengelakkan azam kita menjadi hangat-hangat tahi ayam.
Kesimpulannya, ini kriteria-kriteria azam tahun baru: 1) jelas, 2) boleh diukur, 3) logik, 4) boleh dicapai, 5) sudah dimulakan.

o.k la.... jari-jemari saya ini sudah buntu hendak menaip. Apa-apa pun selamat tahun baru kepada pembaca sekalian. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Kepada sesiapa yang sudah membuat azam tu laksanakna apa yang telah di azamkan itu. Dan kepada yang belum membuat azam baru pula copek la buat azam supaya tahun ini tidak la disia-sia kan tanpa ada perubahan dan kemajuan. Semoge berjumpa lagi. Wassalam....

No comments:

Post a Comment