Sunday, March 1, 2015

Pentingnya mencari Imam yang Berilmu

            Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.



“Bang! saya kluar darah balik la. saya dah siap mandi solat, ingatkan dah habis tapi tadi berdarah balik. Macam mane ye bang? Kira saya ni ABC balik ke bang?” “Mungkin kot” si suami menjawab dengan jawapan yang tidak pasti. Kemuadian si suami menyambung, “awak tanye mr.google tu. Mesti die tau nye”. Si isteri membalas kembali, “saya dah test tanye mr. google tu tapi saya tak paham la ape die terangkan”. “awak cube search ceramah UAI kat youtube tu, mesti UIA ade terangkan pasal ni” si suami mencadangkan kepada si isteri. Situasi begini mungkin berlaku pada sesetengah rumahtangga. Ini disebabkan si suami tidak mengambil peduli tetang ilmu fiqh wanita kerana menganggap lelaki tidak perlu mempelajarinya . Tanggapan ini sama sekali SALAH.


            Kita selalu mendengar analogi “imam dan makmum” apabila menyebut bab kahwin. “aku ingin menjadi makmum mu”, “dimanakah imam ku” (ayat-ayat FB orang tengah kemaruk nak kawin) . Analogi ini memang bersesuaian dengan bab kawin ini kerana suami diumpamakan seperti imam, manakala si isteri diumpamakan seperti makmum yang mengikut perbuatan solat si imam. Apabila imam mengakat takbir maka si makmum pun mengikutnya. Apabila si imam rukuk maka si makmum pun mengikutnya. Sekiranya si makmum mendahului perbuatan imam maka batal la solat si makmum (ade khilaf). Begitu juga keadaanya dalam rumahtangga bahawa isteri yang tidak mengikut suruhan suaminya maka ia dianggap derhaka kerana syurga si isteri di bawah tapak kaki suaminya. Pentingnya imam perlu mengetahui hukum-hakam solat. Sekiranya imam tidak mempunyai ilmu untuk menjadi imam maka bagaimana mahu menjadi imam? Kemungkinan tidak sah solatnya bah kan tidak sah solat makmum-makmumnya. Berat tugas seorang imam ini. Begitu juga beratnya tugas seorang suami. Kalau tiada ilmu agama, macam mana hendak mebimbing keluarga?



            “Aku terima nikah si fulanah dengan mas kawin RM……”. Maka termatri la satu perjanjian antara si teruna dan si dara bukan untuk sehari dua tetapi perjanjian sehidup semati sehingga akhir hayat. Maka denga itu juga si teruna telah bersedia memikul dosa si dara sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan. Jadi jangan seronok sangat la wahai kaum adam setelah akad nikah kerana dihadapanmu terbentang tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Kebanyakan pasangan begitu seronok setelah berkahwin sehingga upload berkeping-keping gambar berdua tuk dikhabarkan kegembiraan dan kabahgiaan  ke seluruh pelusuk dunia melalui media sosial sedangkan bab-bab toharoh (bersuci), haid, nifas dan seumpamanya tidak diambil peduli. Apabila si isteri timbul kemusykilan mengenai haid maka ditanya kepada si suami. Suami yang tidak bertanggungjawab akan mengherdik kembali isteri kerana ia menganggap hal tersebut adalah “masalah perempuan” dan tiada kaitan denganya. “awak ingat saya ade darah haid jgak ke? Dah bertahun-tahun hidup tak kan tak tau kot?”. Sekiranya si isteri jahil tentang darah haid, nifas dan istihadah maka si suami la yang sepatutnya menerangkan kepada si isteri kerana dosa-dosa si isteri adalah tanggungjawab si suami. Jika si suami pun jahil bab ini maka satu kewajipan kepada si suami  untuk menghantar isterinya ke kelas-kelas agama untuk belajar perkara-perkara tersebut. 

Rasulallah Salalhhu Alaihi wassalam bersabda: “apabila ada lelaki datang melamar (anak perempuanmu) dan kamu menyukai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengan lelaki tersebut. Jika kau tidak nikahkannya, maka akan terjadi fitnah dan keroskan di muka bumi ini” (hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah). Berdasarkan hadis yang disebutkan sebentar tadi, kita dapat simpulkan zahir hadis ini menekankan bahawa penolakan lelaki yang mempunyai agama dan akhlak yang baik adalah satu kesilapan yang sangat besar. Ini membawa maksud lelaki yang diredhoi agamanya sangat-sangat bersesuaian untuk dijadikan calon suami.

Ramai yang masih tertanya-tanya bagai mana hendak mengetahui calon suami yang baik untuk si wanita? Adakah yang di maksudkan “mempunyai agama” seperti berkelulusan agama? Atau lelaki yang rajin ke masjid? Atau pandai memberi tazkirah atau ceramah? Atau pun lelaki yang memasuki program realiti tv yang berbentuk agama seperi Da’ie Melanium, Imam Muda, Pencetus Ummah dan sebagai nya? Tidak di nafikan semua ciri-ciri tersebut adalah tanda-tanda luaran yang boleh kita lihat dan nampak tetapi ia masih lagi tidak megambarkan 100% diri si lelaki yang sebenar. Bagaimana ciri-ciri dalamnya pula? Maklum la sebagai manusia biasa kita tidak mampu untuk menilai dalaman seseorang tersebut tanpa kita mengenalinya. Jadi bagaimanakah untuk mengenali dalam seseorang tersebut?




Dalam satu hadis, dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah Salalhhu Alaihi wassalam telah bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau keinginan untuk bernikah, maka lakukan!!”. Dalam hadis di atas telah memberi tahu bahawa kita dibenarkan untuk melihat tunang kita. Bukan sekadar melihat sahaja tetapi jadikan ikatan pertunang itu sebagai medium untuk bertaaruf budi baik masing-masing. Elakkan dari termakan dengan godaan syaitan dengan menjadikan pertunangan sebagai lesen berkelakuan seperti suami isteri. Berkepit ke hulu-hilir, Itu adalah maksiat.. Kelihatan ramai pasangan zaman sekarang ini masih tidak faham batas larangan ketika bertunang.  Jagalah batas-batas pergaulan ketika bertunang sekiranya mahu hubungan selepas kawin kekal bahagia dan diredhoi Allah.

Banyak cara-cara untuk mengenali tunang masing-masing. Antaranya melalui risikan ahli keluarga pasangan seperti adik beradiknya atau ibu ayahnya. Atau melalui orang yang rapat dengan nya seperti kawan-kawan atau sedara-maranya. Kalau nak lebih puas hati adakan perbincangan 2 penjuru. Maksudnya berbincang dengan pasangan tunang masing-masing untuk mengenali lebih mendalam lagi (ketika berjumpa pastikan ada ahli keluarga yang memantau dan elak kan dari fitnah orrang lain). Ketika itu Tanyalah pasangan masing-masing apa yang hendak diketahui seperti perangai, tabiat baik dan buruk, apa perancangan sebelum dan selepas kahwin dan soalan yang bersesuaian untuk meyakin kan diri bahawa dia telah menepati ciri-ciri seorang imam yang di cari-cari. Sekiranya ketika pertunangan tersebut si wanita mendapati dia tidak menepati ciri-ciri imam yang dicari maka si wanita boleh memutuskan pertunangan tersebut. Sekiranya si wanita meneruskan juga untuk berkahwin (sbb takut malu bile putus tunang) maka ditakuti kemudaratan yang lebih besar akan berlaku dalam perkahwinan tersebut. Dan bagi saya penceraian adalah hal yang lebih malu dari putus tunang bah ia adalah perkara yang dibenci Allah. Jadi kenapa perlu teruskan perkahwinan sekiranya anda tidak berkenan?

Saya tahu setiap wanita mahu yang terbaik buat diri masing-masing tetapi jangan lah sampai meletakkan piawai calon suami yang terlalu tinggi hingga memustahilkan untuk anda mejumpainya. Jangan terpengaruh dengan cerita “suamiku encik perfect” kerana tiada siapa pun layak berkata demikian melainakan isteri-isteri Rasulallah sallahhu alaihi wasalam. Maka pilih la bakal imam yang anda yakin mampu memandu anda ke arah solat yang sah dan diterima Allah. Setiap imam ada kekurangan dan salahnya maka anda sebagai makmum la perlu menegurnya. Carilah  calon suami yang baik budi pekerti, bertanggungjawab dan penyayang terhadap ahli keluarganya kerana insaya’allah ciri tersebut anda akan rasainya apabila anda melayari bahtera rumahtangga bersamanya nanti.



 Segala kekurangan yang tidak memudaratkan perjalanan bahtera rumahtangga anda yang ada padanya perlulah diterima dengan berlapang dada kerana anda pun bukannya “isteriku cik perfect”. Sebahagian besar yang menyumbang kepada kerapuhan rumahtangga adalah kerana masig-masing tidak mahu menerima kekurangan pasangan masing-masing. Dalam satu syair yang telah dinukilkan oleh Ustaz Jeffry al-Bukhori kepada si isteri:“mintalah Allah mengajar kepada kita bagaimana kita bisa mencintai kekurangan satu sama lain, bukan mencintai kelebihan satu sama lain, kerana ternyata kita rasakan bahwa yang sering menjadi maslah adalah kekurangan bukan kelebihan”.


Selain itu juga, cari lah calon suami yang tergas dalam hal-hal agama tetapi berlembut dalam hal-hal keduniaan kerana perkara agama adalah kewajipan bagi kita sebagai ummat Islam dan ketegasan dalam beragama perlu supaya bahtera rumahtangga tersebut sentiasa berada di laluan yang betul untuk menuju redho Allah. Mankala berlembut dalam perkara dunia perlu kerana kehidupan di dunia ini juga perlukan juga secebis kebahagiaan sebagai penyeri dalam ruamhtangga. Sentiasa la berdoa dan lakukan solat istikarah semoga Allah hadirkan kepada anda dan juga saya calon yang bersesuaian pada waktu dan keadaan yang tepat. Segala kekurnagan datangya dari saya dan segala kekurangan dalam coretan ini dapat ditegur. Semoga coretan kali ini banyak memberi manfaat kepada kaum hawa yang masih tercari-cari imamnya dan juga bermanfaat kepada kaum adam supaya persiapkan diri (dengan ilmu agama dan juga fiqh wanita) untuk memikul tugasan berat sebagai imam yang bakal memimpin makmumnya ke jalan syurga. Assalammualaikum dan semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment