Friday, March 20, 2015

Khutbah: Keluarga Islam Asas Kepada Masyarakat Islam

       Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Sudah lama saya tidak menconteng di ruangan blog ni kerana sibuk dengan komitmen lain. Hanya sempat meconteng di ruang moment wechat je. Insya’allah kali ini saya cube luangkan masa tuk berkongsi sedikit ilmu atau nasihat yang saya dapat ketika mendengar khtubah Jumaat di Masjid Khotab di Cayber Bay, Tanta. Tajuk nye tak pasti tapi ia berkaitan kekeluargaan.


            Khatib memulakan khutbah dengan memberitahu bahawa khutbah yang lepas menceritakan kepentingan kata-kata yang baik dalam membina sebuah masyarakat Islam. Manakala pada khutbah kali ini khatib akan menceritakan mengenai Kepentingan Sesebuah Keluarga Dalam Membina  Masyarakat Islam. Masyarakat Islam yang baik terbina dari kelompok-kelompok kecil iaitu keluarga (usrah dalam bahasa arabnya). Sekiranya setiap keluarga dalam masayrakat Islam itu baik maka masyarakat dalam negara tersebut akan menjadi baik.


            Khatib menyambung lagi, untuk membina sebuah keluarga yang baik berlandaskan syariah memerlukan kepada ketua keluarga yang baik bukan dari segi akhlaknya tapi dari segi agamanya juga. Dalam satu hadis Rasulallah salallahhu alaihi wassalam bersbda: “apabila datang sesorang lelaki melamar (anak perempuan kamu) dan kamu menyukai agama dan akhlaknya, maka nikahkahi lelaki tersebut (dengan anak perempuan kamu). Jika kamu tidak nikahkannya, maka akan berlaku fitnh dan kerosakan di muka bumi ini”(hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah). Khatib berpesan sekiranya si ayah terjumpa lelaki yang baik agama dan akhlahnya maka kawinkan nya dengan anak perempuan kamu. “fatazawwaj bintuk alatul” bak kate khatib tadi yg bermaksud kawinkan anak perempuan kamu terus”. Sekiranya kamu tak nikahkan mereka maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini. Pentingnya mencari ketua keluarga yang beragama kerana dia bakal mencorak dan pemimpin institusi kekluargaan mengikut syariat Allah.



            Khatib menyambung lagi, selain dari itu, dalam membina sebuah keluarga yang baik bukan hanya perlu memilih ketua keluarga sahaja malah kene juga memilih calon isteri yang baik agama dan akhlaknya. Dalam satu hadis dari Abu Hurairah R.A bahawa baginda Rasulallahhu salallahhu alaihi wasalam bersabda: “seseorang perempuan itu dinikahi atas 4 perkara. Kerana hartanya atau kerana keturunannya atau kerana kecantikannya atau kerana agamanya. Pilih kerana agamanya. Maka beruntunglah kedua-dua tangan kamu”(riwayat muntafqun alaih). Hadis ni saya tak pasti khatib ade sebut atau tidak. Kalau tak ada kira penambahan dari saya la ye. Pentingnya mencari calon isteri yang beragama kerana meraka adalah golongan yang akan mendidik anak-anak dalam sesebuah keluarga. Suami tidak mampu untuk memerhati dan mendidik anak-anak sepenuh masa kerana komitmen suami lebih kepada mencari nafkah untuk keluarga. Maka di situ lah peranan si isteri membantu menguruskan rumahtangga serta memberi didikan yang baik kepada anak-anak.

            Kemudian, khatib meneruskan kan khutbah dengan memceritkan mengenai nabi-nabi yang terdahulu berdoa kepada Allah untuk mendapatkan zuriat yang soleh solehah. Contoh telah dirakamkan dalam al-Quran Nabi Zakaria berdoa kpd Allah dalam surah al-Imran ayat 38 yang bermaksud {ketika itu nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dan berkata “wahai tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi kamu zuriat yang baik. Sesungguhnya engkau sentiasa mendengar doa”}. Terdapat juga contoh lain yang diceritkan khatib tapi saya lupa ayat qurannya. Khatib menyeru supaya sentiasa berdoa kepad Allah untuk mendapatkan zuriat keturunan yang soleh solehah.


            Khatib mneruskan lagi khutbah dengan menceritkan bagaimana mendidik anak-anak menurut Islam. Khatib mengambil contoh bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anak-anaknya melalui pesanan dan nasihat yang telah dirakamkan di dalam quran surah Luqman bermula ayat ke-13 sehingga ayat ke-19. Pertama Luqman menasihati anakya mengenai aqidah supaya tidak mensyirikkan Allah seperti termaktub pada ayat ke-13. Kemudian pada ayat yang ke-14 Luqman menasihati anak-anaknya untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Manakala pada ayat ke-15, Luqman menasihati bahawa tidak menuruti kemahuan mereka yang menyuruh mempersekutukan Allah. Pada ayat ke-16, Luqman menasihati anaknya supaya tidak memandang ringan kepada perbuatan yang sekecil biji sawi sama ada baik atau buruk kerana ia akan tetap dibalas Allah. Luqman menasihati anaknya lagi pada ayat ke-17 supaya mendirikan solat, amar ma’ruf nahi munkar, dan bersabar apabila ditimpa ujian. Dalam ayat seterusnya iaitu ayat yang ke-18, Luqman menasihati anaknya supaya tidak sombong dan angkuh. Kemudian pada ayat ke-19, Luqman berpesan supaya tidak meninggikan suara ketika berkata.

            Ini lah sedikit perkongsian yang saya dapat dari khutbah jumaat tgh hari tadi. Semoga ia bermanfaat buat kita semua terutama dalam menghadapi hidup berumahtangga. Kepada yang belum berkahwin boleh la merancang dari sekarang untuk membina sebuah keluarga yang terbaik menurut syariah Islam dengan menambah ilmu yang spatutnya dan kepada yang sudah berkahwin masih belum terlambat untuk permbaiki diri dan rumahtangga yang ada. Semoga segalanya dimudahkan Allah. Perbanyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang islam. Apabila berdirinya sesebuah keluarga yang baik mengikut acuan islam, maka secara automatik akan lahirnya sebuah masyarakat Islam yang akan dipandnag hebat oleh masyarakat agama lain. Secara tidak lansung ia dapat meanarik penganut agama lain untuk mendekati Islam. Sampai di sini sahaja contengan saya kali ini. Apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk dtg dari diri saya sendiri. Semoga berjumpa lagi. Wassalam…



No comments:

Post a Comment