Monday, February 2, 2015

Tawasul: Terlepas Dari Perangkap Gua



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yg sudi singgah di blog yang tak seberape ni. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dari sebuah hadis yang saya jumpe ketika sibuk mengulangkaji pelajaran. Hadis mengenai 3 orang yang terperangkap di dalam sebuah gua. Kemudian mereka bertawasul dengan amalan masing-masing supaya Allah menolong mereka untuk melepaskan diri terus terperangkap dalam gua tersebut.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radiallahhu anhu, die berkata: aku telah mendengar dari Rasulallah salallahhu Aalaihi Wassalam telah bersabda:”telah keluar 3 orang dari kaum terdahulu sebelum kamu sehingga terpaksa berteduh di dalam sebuah gua. Mereka pun memasukinya kemudian telah jatuh sebuah batu yang besar dari gunung lalu menutup gua itu. Mereka pun berkata “sesungguhnya tidak akan selamat mereka dari batu itu melainkan dengan berdoa kepada Allah dengan menyebut amalan soleh kamu semua.”



Maka telah berkata salah seorang pemuda dari mereka, “Ya Allah, aku mempunyai 2 orang tua dan aku tidak memberi minum kepada sesiapa pun sama ada keluarga atau hamba sebelum mereka berdua. Pada suatu hari aku telah pergi jauh untuk mencari sesuatu. Sesungguhnya aku belum pulang kepada kedua orang tua sehingga mereka tidur. Kemudian aku memerah susu untuk mereka berdua minum tetapi aku dapati mereka masih tidur. Aku tidak suka memberi minum kepada ahli kluarga atau hamba sebelum kedua orang tua tersebut. Kemudian aku tetap menunggu mereka bangun sambil cawan di dalam genggaman tanganku sehingga terbit fajar. Kemudian mereka bangun dan minum minuman tersebut. Ya Allah sekiranya aku melakukan itu semata-mata mengharap redho Mu maka lapangkan lah dari kami batu besar ini. Batu besar tersebut terbuka sedikit tetapi masih tidak boleh keluar melaluinya.

Kemudian Nabi Muhammad Salallahhu Alaihi Wasalam menyamabung. Dan telah berkata salah seorang yang lain pula, “Ya Allah aku mempunyai seorang anak perempuan kepunyaan pak cik aku dan dia adalah manusia yang paling aku suka buat diriku. Sesungguhnya aku ingin memilikinya untuk diriku (kahwin)  tetapi dia menolak sehingga pada suatu tahun dia mengalami kesusahan dan telah datang kepada aku. Aku telah berikan kepadanya 120 dinar dan aku syaratkan dia bersendirian dengan aku (berzina). Maka dia melakukannya sehingga aku berjaya menguasainya. Kemudian dia berkata: “tidak halal bagi kamu membuka cincin (meghilangkan dara) melainkan yang berhak”. Maka aku pun bangun dan keluar dari pembaringanku ke atas nya. Sesungguhnya dia adalah manusia yang paling aku cintai buat diri ku dan aku tinggalkan emas yang aku telah berikan kepadanya. Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah untuk mencari redho Mu maka lapangkan kesusahan yang sedang kami hadapi. Maka terbuka la batu besar tetapi masih tidak boleh keluar melaluinya.

Kemudian Nabi Muhammad Salallahhu Aalaihi Wassalam menyambung. Dan telah berkata orang yang ke-3: “Ya Allah aku telah mengupah beberapa buruh dan telah aku bayar upah mereka semua kecuali seorang lelaki yang telah pergi dan meninggalkan upah tersebut. Maka aku kembangkan upahnya sehingga menjadi harta yang banyak. Kemudian dia telah datang kepada ku setelah beberapa ketika dan berkata: “wahai Hamba Allah, bayarlah upahku”. Aku berkata kepada nya: “setiap apa yang engkau lihat dari unta, lembu, kambing dan hamba adalah hasil dari upahmu”. Maka berkata dia: “wahai Hamba Allah jangan permaikan aku!”. Aku berkata: “sesungguhnya aku tidak mempermainkan kamu”. Kemudian itu dia mengambil semuanya sehingga tidak ditinggalkan sesuatu pun. Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah untuk mencari redho Mu maka lapangkan kesusahan yang sedang kami hadapi. Maka terbuka lagi ruang dari batu besar tersebut lalu mereka pun jalan keluar dari situ”.



Hadis  di atas telah diriwayatkan oleh Imam Bukhori dalam kitab sohihnya “Sohih Bukhori”. Dalam hadis ini terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dan diteladani.



Lelaki pertama yang bertawasul dengan amalannya yang terlalu taat kepada kedu-dua ibu bapanya. Segala urusan dia dahulukan ibu bapa melebihi isteri dan anak-anaknya. Itu la sepatutnya yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki kerana ibu bapa adalah tanggungjawab mereka walupun mereka telah berkeluarga. Berbeza dengan wanita yang ketaatannya hanya kepada suami setelah berkahwin bukan kepada ibu bapa. Dewasa ini, kebanyakan anak-anak terutama lelaki lebih senang hati menghantar ibu bapa mereka ke rumah tua dek lantaran sibuk dengan urusan harian sehingga tidak ada masa untuk menjaga ibu bapa mereka. Pasti perbuatan tersebut melukakan hati ibu bapa mereka. Ketahuilah bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Mereka bukan mahu harta kita tetapi hanya inginkan sedikit perhatian dan kasih saying. Maka berbakti lah kepada ibu bapa selagi mereka ada.

Lelaki ke-2 pula mengenai lelaki yang takut kepad Allah. Dalam hadis di atas, lelaki tersebut sudah bersiap sedia untuk melakukan sesuatu yang layak untuk dilakukan oleh seorang suami. Namun begitu apabila prempuan tersebut mengingatkan nya ia satu Allah maka dengan segera lelaki tersbut meninggalkan perempuan yang dia sayangi beserta duit dinar yang diberikan kepada perempuan tersebut. Rasa takutnya kepada Allah membuatkan lelaki tersebut dapat mengelak dirinya jatuh dalam pernagkap syaitan dan hawa nafsu. Maka atas sebab ketakutannya kepada Allah maka Allah perkanankan permintaan lelaki tersebut.



Manakala lelaki yang ke-3 pula mengenai lelaki yang amanah dengan tidak memakan hak orang lain. من اقتطع مال امرئ مسلم بغير حق لقي الله عزوجل وهو عليه غضبان. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud “siapa yang mengambil harta orang muslim yang lain tanpa hak maka dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah marah kepadanya”. Ini bukti bahawa Allah tidak menyukai orang yang memakan hak orang lain tampa sebab yang munasabah. Itu perbuatan orang yang zallim. Maka jaga la hak orang muslim yang lain. Memakan hak orang lain itu haram dan setiap cebisan daging yang haram tersebut lebih layak untuk dibakar dalam api neraka. Na’uzubillah min zalik.


Kesimpulannya taati dan utamakan ibu bapa, takuti lah Allah dan pelihara lah hak-hak orang lain. Semoga perkongsian yang sedikit dapat memberi manfaat kepada anda semua. Maaf atas kesilpan yg saya lakukan. Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment