Friday, January 23, 2015

Bunuh 100 Tapi diMaafkan!!


Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Alhamdulillah sekali lagi setelah sekian lama menyepi dek sibuk mengharungi  bulan exam akhirnya dapat jugak meluangkan masa tuk mencurahkan sedikit ilmu atau pengetahuan yang diperolehi. Nak bagi harta saya tak kaya jadi setakat berkongsi ilmu je la mampu. Bak kate pujangga “harta kalau diberi akan berkurang tetapi ilmu kalau diberi tidak berkurang malahan akan bertambah”. Jadi coretan kali ini saja ingin berkongsi sedikit cerita yang saya pernah dengar zaman sekolah dulu. Dulu saya ingat cerita ini adalah cerita rakyat atau sekadar sejarah sahaja rupa-rupanya dalah cerita dari sebuah hadis yg telah diceritakan oleh nabi kita Nabi Muhammad sallahhu alaihi wassalam.


Dari Abi Said al-Khudri radiallahhu anhu telah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi Allah salallahu alaihi wasallam terlah bersabda: “terdapat umat sebelum kamu seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Maka dia bertanya kepada penduduk bumi siapa yang paling berilmu dalam kalangan mereka. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang pendeta. Maka  dia mendatangi pendeta tersebut lalu memberi tahu bahawa dia telah membunuh 99 orang, adakah baginya taubat (adakah taubatnya diterima?). maka berkata pendeta tersebut: tidak! Lalu dibunuhnya pendeta  tersebut. Maka lengkaplah bilangan 100 orang yang dibunuhnya.

Kemudian, lelaki tersebut bertanya lagi siapa yang lebih berilmu dari kalangan penduduk bumi lalu ditunjukkan kepada seorang alim. Terus dibertemu dengan orang alim tersebut dan memberitahu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Adakah taubat baginya? Maka berkata orang alim tersebut: ya, tiada siapa yang boleh menghalang taubat seseorang. Pergilah ke negeri ini dan ini kerana di sana terdapat manusia yang sentiasa beribadah kepada Allah. Beribadah la dengan mereka dan jangan kembali ke negeri kamu kerana ia adalah sebuah negeri yang penuh kejahatan.

Maka berangkat lah lelaki tersebut ke negeri yang ditujunya itu. Ketika dipertengahan jalan, datangnya maut menjemputnya. Maka berlaku la pertikaian antara malaikat Rahmat dan malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata: dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadap sepenuh hati kepada Allah. Berkata pula Malaikat Azab: dia tidak melakukan perkara baik pun. Maka datang kepada meraka satu malaikat yang menyerupai manusia lalu menjadi pendamai antara mereka lalu berkata: ukurlah jarak antara 2 negeri itu, dan lelaki ini milik kepada negeri yang paling dia hampir. Lalu mereka pun mengukurnya dan mendapati lelaki tersebut lebih dekat kepada negeri yang dituju. Maka lelaki tersebut telah diambil oleh malaikat Rahmat”.


Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya “sohih Muslim” dalam kitab taubat (bab taubat). Telah berkata Imam Nawawi dalam kitabnya “Syarah Sohih Imam Muslim”, ini mazhab ahli ilmu dan disepakati bahawa diterima taubat bagi pembunuhan dengan sengaja. Tiada siapa yang berbeza pendapat tentang ini berdasarkan ayat quran pada surah al-Furqan, ayat 68-70 yang bermaksud:

“dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, dan barangsiapa yang melakukan demikian nescaya dia mendapat hukuman yang berat{68}. (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina {69}. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah maha Pengampung lagi maha Penyayang {70}.”

Begitulah sedikit kupasan dari Imam Nawawi dalam kitab syarahnya mengenai hadis tersebut. Dalam hadis dan ayat quran tersebut dapat kita simpulkan bahawa seseorang yang melakukan dosa besar sehingga dimasukkan dalam neraka dan akan kekal di dalamnya sekali pun Allah terima taubat mereka bagi yang betul-betul bertaubat. Orang kata “Taubatan Nasuha” seperti cerita lelaki yang membunuh 100 orang dalam hadis di atas. Bayangkan sudah bunuh 100 orang tapi Allah terima taubat lelaki tersebut. Kalau ikut undang-undang rekaan manusia pasti dah kene hukuamn mati. Ini lah bukti bahawa Allah Maha penyayang lagi Pemurah kepada hamba-hambanya.


     Maka sentiasa la bertaubat selagi kita diberi kesempatan untuk bertaubat sebab kita sebagai manusia tidak lekang dari melakukan dosa. Jangan ditangguh-tangguh taubat sebab merasa diri masih mude. Ketahuilah bahawa mati tidak datang pada usia tua saja kerana tiada dalil dari quran dan hadis yang menyatakan seperti itu. Tapi Allah telah berfirman dalam quran: “maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta dilewatkan walau sesaat atau mintak dipercepatkannya”, surah an-Nahl, ayat 61. Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini, insya’allah jika berkesempatan saya akan berkogsi ilmu2 lain plak.. ilal liqo’ wassalam.. J

No comments:

Post a Comment