Monday, June 23, 2014

Galatin Babi dan istihalah



           Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Tergerak juga saya pada kali ini untuk membuat sedikit coretan setelah kian lama bermalasan untuk meng"update" blog ini. Hal ini disebabkan telah timbul isu mengenai jalatin babi yang terdapat dalam beberapa coklat di malaysia. Ketika isu  ini   hangat diperkatakan, saya tidak sempat untuk membuat kajian dan rujukan kerana sibuk menghadapi musim imtihan. Semangat untuk menulis mengenai perkara ini bertambah apabila ade kawan-kawan yang bertanya kepada saya mengenai hal ini. Jadi atas rasa tanggungjawab sebagai pelajar jurusan agama maka saya akan cuba untuk memberi sedikit penjelasan mengikut apa yang saya faham dari pembacaan dan pertanyaan daripada orang2 yang sepatutnya.

Permulaan isu ini apabila tersebarnya di Facebook mengenai artikel terdapatnya galatin babi di dalam beberapa produk coklat keluaran syarikat Cadbury. Selepas itu, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan mengenai pengharaman coklat tersebut. kemudian JAKIM dikata membuat "U-Turn" dengan mengeluarkan kenyataan baru bahawa coklat2 tersebut tidak terdapat jalatin babi setelah membuat siasatan terperinci. dengan itu coklat tersebut halal dimakan. Namun begitu, masih ada suara2 yg tidak enak mengatakan pusingan "u-turn" JAKIM itu terdapat kepentingan pihak2 tertentu. Wallahhu a'lam.



Kemudian, tersebar di media sosial mengenai fatwa Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi yang membolehkan memakan jalatin babi setelah melalui kaedah "Istihalah". Setelah tersebarnya kenyataan Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi ini, maka ramai cerdik pandai bidang agama di negara kita mengeluarkan pendapat mereka masing2. Ada yang menyokong fatwa Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ada juga yang menolak fatwa tersebut. Bagi saya, hal ini perlu dilihat dan dikaji sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan pendapat supaya tidak berlaku kesilapan dan kesalahan yang tidak sepatutnya.

Mula-mula sekali kita berkenalan dahalu dengan qaedah "Istihalah" ini. Wahbah al-Zuhayli dalam karya agungnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh ketika menghuraikan kaedah penyucian najis menyebut bahawa istihalah adalah “proses perubahan sesuatu benda yang najis (`ayn najasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabie (semula jadi) atau melalui perantaraan.” Beliau membawa contoh seperti“perubahan darah kijang menjadi kasturi, arak yang berubah menjadi cuka dengan secara tabie atau perantaraan sesuatu (yang mempercepatkan proses pemeraman),bangkai binatang atau anjing yang menjadi garam kerana jatuh dalam garam, atau tahi yang menjadi abu kerana dibakar, lelemak najis yang dijadikan sabun, tanah parit (yang mengalirkan benda najis) yang telah kering dan hilang kesan najisnya, atau najis yang ditanam di dalam tanah dan telah hilang kesan najisnya setelah beberapa lama. Sekiranya mahu mengetahui secara lebih mendalam mengenai qaedah istihalah ini, anda boleh la merjuk sendiri dalam kitab2 atau kepada orang2 alim. 

Secara umumnya, qaedah istihalah ini disepakati (ittifa') oleh para ulama' silam pada beberapa perkara sahaja. Qaedah istihalah ini diterima oleh kebanyakan Mazhab Hanafi dan Maliki secara meluas. Tetapi berbeza dengan kebanyakan Mazhab Syafie dan Hambali yang lebih syadid mengenai hal ini. Dalam Mazhab Syafie, qaedah istihalah diterima dalam 3 perkara sahaja, iaitu: 1) arak yg menjadi cuka secara semula jadi, 2) kulit binatang yg mati selain anjing dan babi selepas di samak, 3) sesuatu yg berubah menjadi binatang, seperti bangkai yg berubah menajadi ulat kerana wujudnya kehidupan. (Mausu'ah Fiqh Islami-vvvjilid 12, m/s 834). 



Selain dari itu, dalam kitab Manhaj darul Ifta' (kitab yg menghimpunkan beberapa fatwa yg pernah dikeluarkan Darul Ifta' Mesir bermula zaman Sheik Jaddul Haq hingga zaman Dr. Ali JUmaah) ada mebentangkan permasalhan qaedah istihalah ini. Dalam kitab tersebut telah mengeluarkan 2 pendapat, iaitu pendapat pertama Harus dan pendapat yg ke-2 Tidak Harus (haram).

Apa yg saya baca, pendpat yg membenarkan qaedah istihalah ini kebanyakan kpd najis2 yg digunakan untuk luaran seperti penggunaan tahi untuk baje tanaman, penggunaan najis pada sabun dan kalau ada pun pada makanan hanya pada masakan yg telah dicampur dgn sedikit arak. Namun tidak pula disebut mengenai boleh makan makanan yg dicampur dengan juzuk2 babi. Manakala pendapat yg mengharamkan qaedah Istihalah kepada perkara yg asalnya memang telah pasti keharamannya seperti arak, babi, mayat dan lain2. Tidak boleh mengambil manfaatnya berdasarkan dalil dari surah al-Baqaroh, ayat 173 yg bermaksud "sesungguhnya Allah mengharamkan kpd kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang2 yg disembelih tidak kerana Allah....".

Berdasarkan hukum syarie dan perbincangan dari dalil2 yg terdapat dalam kitab Manhaj Darul Ifta', sesungguhnya telah berkumpul ahli2 fiqh di Ikatan Islam seDunia  bahawa harus menggunakan perkara2 haram tersebut dalam perubatan berdasrkan qaedah syariah untuk membuang kesakitan dan kemudaratan. Penggunaan tersebut hanya sekadar mengikut keperluan. 

Kesimpulannya, istihalah adalah proses perubahan sesuatu yg najis kpd suci sama ada berubah secara semulajadi atau sebaliknya. Qaedah istihalah ini hanya boleh dilakuakan terhadap sesetengah perkara sahaja. Qaedah istihalah tidak boleh diguna pakai terhadap perkara yg asalnya memang najis secara pasti seperti mana disebut dlm quran kerana najis2 tersebut tetap wujud walaupun telah melalui proses istihalah. Pendapat ini dipegang kebanyakan dari Mazhab Syafie dan Hanbali. Penggunaan najis seperti babi dan lain2 yg asalnya haram dibolehkan ketika darurat terutama dalam bidang perubatan.

Mengenai pendapat Dr. Sheikh  Yusof al-Qardhawi yg membolehkan makan jalatin babi berdasarkan qaedah istihalah  perlu diselidik secara mendalam. Berdasarkan pemerhatian saya pada laman sesawang Qaradawi.net  yg mana terdapat soal jawab mengenai masalah fiqh, dan dari situ juga terdapat pendapat Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi mengenai hukum harus makan jalatin babi melalui qaedah istihalah. 



Apabila melihat dari soal jawab sebelum soalan mengenai jalatin babi, Dr. Yusof al-Qardhawi telah menjelaskan bahawa apa2 bahagian dari babi adalah haram. Kemudian mengenai soalan jalatin babi kelihatan Dr. Yusof al-Qardhawi seperti berlawanan dgn pendapat sebelumnya. Adakah Dr. Yusuf al-Qardhawi berpegang dengan pendapat kebanyakan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yg meperluaskan penggunaan qaedah istihalah terhadap jalatin babi? wallahhu a'alam. Ini perlu mendapatkan penerangan dari beliau secara terperinci. Sekiranya benar, pendapat Dr. Yusof al-Qardhawi tidak sesuai digunakan di negara kita  majoriti bermazhab Syafie yg hanya boleh menggunakan qaedah istihalah terhadap 3 perkara seperti diterangkan di atas.  Ketahuilah bahawa tidak semua fatwa yang dikeluarkan bersesuaian dengan semua negara kerana fatwa sebenarnya dikluarkan mengikut keadaan sesuatu tempat dan kadang2 tidak sesuai digunakan oleh kawasan atau negara lain. saya lihat fatwa ini bersesuaian di kawasan manoriti penduduk Islam di negara barat yg sukar untuk mendapat makanan yg 100% halal.



Hadis di atas bermaksud: Dari Abu abdullah al-Nuqman bin Basyir R.A berkata, "Aku telah mendengar rasulallah Salallahhu Alaihi Wassalam bersabda: Yg Halal itu jelas dan yg haram itu jelas, dan di antara kedua-dua perkara tersebut adalah perkara syubhah (kesamaran sama ada halal atau haram), yg tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Sesungguhnya siapa yg memelihara dirinya dari perkara2 yg syubhah maka dia telah memlihara agama dan kehormtanya, dan siapa jatuh dalam (mengambil) perkara syubhah tersebut maka jatuh la ia ke dalam perkara yg haram tersebut. Seperti seoang pengembala yg mengembala di kawasan larangan, terlalu hampir ternakannya makan di dalamnya. Ketahuilah setiap raja ada kawasan larangan. Dan ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yg haram. Ketahuilah di dalam badan terdapat seketul daging. Jika baik, maka baik la seluruh badan. Dan Jika rosak, maka rosak la seluruh badan. Ketahuilah ia adalah Hati. 



Berdasarkan hadis di atas, boleh kita simpulkan bahawa yg halal dan haram itu jelas. Sekiranya berlaku kekliruan sama ada perkara tersebut halal atau haram maka ia menajadi perkara yg syubhah. Dalam hadis di atas juga menyarankan kita untuk menjauhi perkara yg syubhah kerana perakara syubhah ini lebih mudah untuk jatuh kepada perkara yg haram. Maka siapa yg menjauhi diri dari perkara yg syubhah ini, bermakna die telah memlihara agama dan kehormatan dirinya. Hal ini disebabkan perkara yg haram ini apabila masuk ke dalam badan dan menjadi darah daging kita maka ia akan memberi kesan buruk terhadap diri kita terutama kepada hati. Tetapi sekiranya makanan yg masuk ke dalam badan kita itu halal suci dan bersih maka hati dan jasad kita akan melahirkan budi pekerti yg baik-baik sahaja. Dengan ini, untuk tidak memeningkan kepala kita dan ingin mengambil jalan selamat, sekiranya ada perkara yg syubhah atau keliru status halalnya seolak ditinggalkan. Mudah kan? tak perlu pening2 kepala pikir perkara syubhah ni. 



Kepada pembaca yg dihormati sekalian, coretan saya ini hanya sekadar pandangan dan pendapat saya setelah beberapa rujukan telah saya lakukan dan saya sedar yg saya tidak layak untuk mengulas perkara ini kerana saya hanya la seorg penuntut ilmu yg kekurangan ilmu dan masih perlu banyak belajar. Sekiranya anda masih ragu2 dan keliru, anda boleh bertanya kepada yg lebih faqih dlm ilmu fiqh. Sekiranya ada salah dan silap dalam coretan saya kali ini harap dapat ditegur. Moge berjumpa di ruang yg akan datang (kot rajin nak nulis lagi). Ilal liqo'... Assalammualaikum...


No comments:

Post a Comment