Monday, April 7, 2014

Luahan Si Perantau

   
          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Pada kepekatan malam yang menjelma, setelah membelek-belek kitab kuliah untuk persediaan kuliah esok tiba-tiba rasa hati ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati ini. Jadi aku pun cuba kembali untuk menggerakkan jari-jemari yang agak lama tidak menaip (dekat setahun blog ni bersawang) di ruangan blog ku ini.

Sebenarnya aku tak tau nak mulakan dari mana untuk meluahkan rasa hati yang tidak berapa tenteram. Tidak tenteram memikirkan setiap detik dan peristiwa yang berlaku di muka bumi ini sehinggakan aku hanya sekadar membelek kitab kuliah kerana tidak dapat fokus untuk membacanya.


       Di dalam pemikiran ku ini berputar ligat setiap peristiwa yang aku saksikan, yang aku dengar dan yang aku baca mengenai kerosakan dan kehancuran dunia yang menuju ke penghujungnya. Tidak cukup dengan itu manusia juga memainkan peranan yang cukup besar dalam memberi sumbangan kerosakan dan kehancuran ini.

Bermula dari peristiwa "Arab Spring" sehingga kini, aku lihat dunia semakin tidak aman. Peperangan yang wujud sejak dulu lagi belum selesai ditambah pula dengan peperangan baru yang melibatkan negara-nagra arab yang inginkan revolusi setelah sekian lama ditukul besikan oleh pemerintah. Aku merasai dan menyaksikan sendiri bagaimana "arab Spring" ini berlaku terutama di bumi Mesir ini. Bermula pada tahun 2011 sehingga kini keadaan bumi Mesir tetap tidak stabil walaupun rutin harian kehidupan di sini berjalan seperti biasa. Kadang-kadang terdengar perkabaran letupan di sana, demo di sini, road block sinun. Nikmat keamanan hanya dapat dirasai selama setahun ketika pemerintan Mursi. Gara-gara sifat orang arab mesir yang tidak tahu bersabar, yang mahukan perubahan segera seperti mana dijanjikan Mursi maka pemerintah Islam yang baru hendak bertapak digulingkan. Sebab apa berlaku begini? Sebab minda mereka sudah lali dengan kehidupan zaman tukul besi tersebut. Jadi bagaimana mahu hidup dalam undang-undang islam?

                                             Demotrasi di kawasan kampus


Demotrasi, fenomena baru yang melanda seluruh dunia termasuk bumi Mesir ini.  Setiap hari Jumaat pasti ada yang melakukan demotrasi untuk menyatakan ketidak puasan hati. Di kampus tempat aku belajar pula hampir setiap hari berlaku demotrasi tetapi dalam keadaan aman. Tidak berlaku pergaduhan dan sebagainya cuma keadaan itu membuat P&P di dalam bilik kuliah terganggu kerana jeritan-jeritan dari peserta demotrasi sehingga doktor yang mengajar  tidak selesa untuk mneruskan pembelajaran tersebut. Baru-baru ini kita dikabarkan akan berlaku hukuman gantung terhadap peserta demotrasi Robaah seramai 529 orang. Sekiranya hukuman itu terlaksana, aku pasti demotrasi besar-besaran akan berlaku di Mesir ini. Aku dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain pasti akan gusar dan risau sekiranya keadaan ini berlaku kerana pasti akan berlaku OPS PYRAMID lagi. Selepas itu adakah aku dan yang lain-lain dapat kembali ke sini untuk meneruskan pembelajaran? Itu yang merisaukan aku dan kawan-kawan yang lain. Aku berharap dapat menhabiskan pembelajaran disi secepat mungkin. Jika bukan kerana terdapat banyaknya mutiara-mutiara ilmu di sini yang tidak ada di Malaysia, pasti aku menyambung pelajaran di tanah air ku sendiri.  Doakan aku dan kawan-kawan yang lain ye.

Ini baru sebahagian dari luahan rasa hati aku. Hendak diikutkan masih ada yang ingin ku luahkan namun jam di labtop ku ini hampir menunjukkan 12 malam. Spatutnya aku sudah ketiduran waktu begini. Takut lambat bangun esoknya. Tambahan lagi subuh  makin awal (waktu subuh 4.07 a.m). Semoga luahan ini dapat melegakan sedikit keserabutan dan kerisauan di dalam diri ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. Ilal Liqa'... ku Akhir posting kali ini dengan serangkap lirik lagu. Wassalam..

Perantau musafir perjuangan,
Tabahkan hatimu,
Berjuang dirantau orang,
Sedih pilu hanya Engkau yang tahu.


No comments:

Post a Comment