Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Telah termaktub
dalam kitab suci al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang paling
utama. Episod permusuhan antara syaitan dan manusia bermula ketika mana Allah
memerintahkan seluruh malaikat dan jin untuk sujud kepada makhluk yang baru
dicipta dari bebrapa jenis tanah. Kesemuanya taat menurut perintah Allah
kecuali Iblis yang angkuh telah mengingkari perintah tersebut. Iblis telah
mempersoalkan perintah sujud kepada manusia yang dicipta dari tanah sedangkan
dirinya yang diciptakan dari api lebih mulia dari tanah. Keangkuhannya makin
menebal dengan jawatan yang dipikulnya sebagai penghulu para malaikat.
Disebabkan keingkaran iblis terhadap perintah tersebut, maka Allah telah murka
terhadapnya dan telah melucutkan jawatannya
kemudian telah menghalaunya dari kerajaan langit.
Sebelum Iblis dihalau turun ke bumi, Iblis
telah membuat permintaan supaya usianya dipanjangkan hingga ke hari kiamat
supaya dia dapat menghasut dan menggoda umat manusia turut sama tergelincir
sepertinya. Maka Allah memperkenankan permintaan Iblis tersebut. Pada saat itu
lah bermulanya permusuhan antara manusia dan syaitan yang telah diketuai oleh
Iblis. Dendam kesumat mereka tidak berakhir melainkan datangnya kiamat.
Berhati-hatilah manusia.
Begitulah
mendalam dendam si Iblis terhadap umat manusia, maka dikerahkannya
tentera-tentera bawahannya dari kalangan syaitan-syaitan untuk menghasut dan
menggoda manusia. Terpisahnya Adam dan Hawa ke bumi berpunca dari bisikan
syaitan. Berlakunya pertelingikahan pertama manusia antara Habil dan Qabil
berpunca dari hasutan syaitan juga. Pantang Iblis melihat umat manusia ini
hidup aman damai akan dikerahnya syaitan-syaitan untuk merosakkan keharmonian
dan kedamaian tersebut.
Apabila
bertemu 2 hati yang ikhlas untuk mendirikan bahtera rumahtangga dengan ikatan
yang sah, Iblis akan resah gelisah. Akan dikerahkan syaitan-syaitan untuk
merosakkan niat suci tersebut. Sebab apa si Iblis dan kuncu-kuncunya resah
gelisah? Kerana apabila bersatunye 2 jiwa terutamanya remaja melalui ikatan
yang sah iaitu ikatan pernikahan, maka tertutup la separuh pintu-pintu
kemaksiatan dan terpeliharalan kehormatan antara mereka berdua. Berbeza sekali
dengan hubungan 2 jiwa yang tidak sah (couple) akan dibantu syaitan-syaitan
supaya mereka terus hanyut dalam melakukan dosa-dosa tersebut. Ketika itu si
Iblis dan kuncu-kuncunya berparti meraikan kejayaan mereka itu.
Allah
telah berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud “dan janganlah
kamu menghammpiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (membawa
kerosakan). Melalui perkahwinan maka terhindar la 2 insan yang berkasih dari
menghampiri perbuatan zina. Iblis dan syaitan tidak mahu ini berlaku maka
dihasut, digoda dan mendatangkan keraguan terhadap pasangan masing-masing Iblis
dan Syaitan akan berusaha sebaik mungkin 24 jam non stop untuk
merosakkan ikatan suci yang bakal terbina.
Namun
begitu, ada ikatan suci tersebut berjaya dipertahankan sehingga ke hari 2 jiwa
disatukan dengan ikatan akad nikah yang sah. Maka bersedih dan berduka la Iblis
dan syaitan-syaitan kerana gagal menghalang hubungan suci tersebut dari
berlaku. Manakala ada juga ikatan suci yang bakal terbina terputus
dipertengahan jalan disebabkan berjayanya si iblis dan kuncu-kuncunya menghasut
dan mendatangkan keraguan terhadap pasangan masaing-masing.
Selalunya hati-hati
wanita yang mudah terhasut dengan keraguan yang iblis dan syaitan datangkan
terhadap pasangannya. Mereka suka berfikir kemungkinan yang berlaku pada masa
hadapan. Namun cara berfikir masa hadapan mereka kebiasaannya negative (pikir
perkara yang buruk). Berbeza cara berfikir kaum lelaki yang lebih positif untuk
masa hadapan. Apabila kaum wanita tidak dapat melihat masa depan yang pasti
terhadap hubungan mereka, ketika itu iblis dan syaitan membisik dan mendatangkan keraguan terhadap hubungan
mereka.
“Dia ni baru habis
belajar. Tengah cari keje. Boleh ke die nak tanggung aku?”, “die ade moto je.
Kewangan die pun tak stabil. Boleh ke die nak sara aku?”, “sara hidup sekarang
makin tinggi. Gaji die kecik. Boleh ke kitorang hidup bahgia ni?”.
Hasutan-hasutan seperti ini akhirnya telah menutup dan membutakan pandangan si
wanita terhadap ciri beragama yang ada pada lelaki tersebut. Ciri utama yang
menjadi penyebab si wanita memilih lelaki tersebut sebagai bakal imam terhadap
bahtera rumahtangga yang bakal dibina. Akhirnya si wanita membuat keputusan
memutuskan hubungan dengan si lelaki dan kemudian mencari pasangan yang lebih cerah
masa depannya (orang yang berhata). Maka terputus la hubungan suci yang bakal
terbina.
Tidak dinafikan juga
bahwa terputus sebuah hubungan suci yang
bakal terbina berpunca dari si lelaki. Kita lihat perempuan mudah tergoda
dengan harta benda manakal lelaki mudah tergoda dengan wanita. Seperti mana
baginda Rasulallah salallahhu alaihi wasalam telah bersabda yang bermaksud,
“aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih bahaya ke atas lelaki selain
fitnah wanita” (HR Bukhori no. 9056).
Godaan wanita
terhadap seorang lelaki yang sudah bertunang adalah mereka terlihat ada wanita
yang lebih baik dari tunangnya. Tidak kira kelebihan tersebut dari segi apa,
sama ada dari segi kecantikannya atau peribadinya. Peluang itu tidak akan
dipersiakan oleh iblis dan syaitan untuk menghasut dan menggoda lelaki tersebut
sehingga la lelaki tersebut membuat keputusan untuk memutuskan tunang dan
memilih wanita yang disangka lebih baik dari tunangnya. Ini juga berlaku
terhadap lelaki yang sudah berkahwin.
Maka timbul la kes kahwin satu lagi tanpa pengetahuan bini pertama atau jadikan
wanita tersebut perempuan simpanan.
Perkara ini akan
berulang dan terus berulang sehingga terhasilnya satu kesan buruk terhadap
sebahagian dari kita. Mungkin ada yang tidak percaya kepada orang lain atau mungkin
ada antara kita menyimpan dendam, kebencian sehingga boleh membawa kepada
pergaduhan dan permusuhan. Tidak kurang juga ada yang tertekan malu sehingga
mengambil tindakan bunuh diri. Ini reality yang berlaku dalam masyarakat kita.
Keadaan seperti ini lah yang sangat digemari oleh iblis dan syaitan. Melihat
manusia berkelahi dan bermusuh adalah salah satu kejayaan buat mereka. Akhirnya
iblis dan syaitan tidak bersendirian ke neraka kerana mereka ditemani manusia
yang tewas dengan hasutan dan goadaan mereka.
Coretan di atas ini adalah salah satu sudut di mana
syaitan dan iblis cuba untuk merosakkan keharmonian manusia di muka bumi ini
sehingga menimbulkan kemurkaan Allah. Terdapat banyak sudut lain lagi yang
menjadi lubang dan punca kemurkaan Allah. Maka berhati-hati lah dalam setiap
perlakuan dan keputusan kita supaya tidak termakan dengan hasutan iblis dan
syitan. Selalu la berdoa kepada Allah agar dilindungi dari godaan dan hasutan
iblis syaitan yang durjana seperti mana berdoanya isteri Imran kepada Allah
terhadap anaknya, Mariyam dan keturunanya tidak diganggu iblis syaitan.
No comments:
Post a Comment