Alhamdulillah syukur
kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat
dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta
ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Gerhana matahari
terjadi ketika posisi bulan terletak di antara Bumi dan Matahari, sehingga
menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil,
bayangan Bulan mampu melindungi cahaya Matahari sepenuhnya karena Bulan yang
berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan
Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.
Dalam
satu hadis sohih telah diriwayatkan oleh Abu Musa ra., ia berkata: “Tatkala terjadi
gerhana matahari di masa Nabi saw., beliau bangkit terkejut, takut terjadi
kiamat sampai beliau menuju mesjid. Beliau melakukan salat dengan rukuk dan
sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan salat seperti
itu. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran
yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan karena kematian atau kelahiran
seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti
hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah
ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya”. (HR Muslim, no: 1518)
Sukacita dimaklumkan
bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu
bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah
yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu
tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid di
Negeri Sembilan Darul Khusus untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari.
Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :
KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana
Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan
4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ
رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat
gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara
perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara
perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7.Sujud dan seterusnya seperti solat
biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara
perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara
perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir
Sunat membaca 2 khutbah selepas solat
sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan
syarat-syaratnya.
No comments:
Post a Comment