Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas
nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2
keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Alhamdulillah kita bertemu lagi di ruang
ini sekali lagi. Kali ini saya mahu berkongsi satu artikel mengenai bola sepak.
Rasanya sebelum ni belum pernah saya coretkan atau siarkan carita-cerita
mengenai bola sepak.
Buat pengetahuan
semua, saya ni peminat pasukan bola sepak Liverpool dulu kini dan selamanya.
Saya berminat dengan pasukan Liverpool kerana sejak kecil lagi saya telah
dimomok kan mengenai kegemilangan Liverpool yang menjadi kuasa besar bola sepak
Eropah. Sehinggakan kedai gunting rambut yang selalu saya kunjung ketika kecik
dulu dihiasi frame2 kejayaan pasukan Liverpool bersama piala-piala yang dimenanginya.
Ditambah lagi makcik saya telah menhadiahkan saya bag duit yang terdapat logo
Liverpool. Sejak itu lah pasukan Liverpool ini bertahta di dalam hati saya.
Dengan itu ingin
saya kongsikan satu artikel dari web bola sepak tempatan mengenai sejarah
permushan uatama pasukan Liverpool di liga Inggeris iaitu pasukan Manchester
United.
Nota editor: Artikel ini merupakan
sumbangan Malaysia Reds. Like fanpage Malaysian Reds di Facebook untuk
mendapatkan info terkini mengenai pasukan Liverpool.
Muka Alex Ferguson menjadi merah padam. Warna merah di
hidungnya nampak lebih ketara berbanding bahagian muka yang lain. Mengikut
kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jabatan Psikologi di Universiti St.
Andrews, Scotland; wanita lebih mudah tertarik dan jatuh cinta dengan lelaki
yang mempunyai wajah kemerah-merahan.Tapi lain pula ceritanya bagi Alex
Ferguson.Mukanya jadi merah padam kerana pasukan Aberdeen kendaliannya telah
dibelasah, dimalukan oleh pasukan Liverpool.
Pasukan Liverpool yang dibintangi Kenny Dalglish, Alan Hansen
dan Grame Souness ketika itu merupakan antara pasukan terbaik yang pernah wujud
dalam sejarah bola sepak Liverpool.Mereka meratah pasukan Aberdeen kendalian
Alex Ferguson tanpa belas kasihan. Aberdeen dihina dan diaibkan 4-0 di Anfield.
Peristiwa ngeri yang berlaku pada tahun 1980 tersebut adalah
titik mula kepada kebencian Alex Ferguson pada Liverpool.Sejak itu, Alex
Ferguson berikrar untuk menghancurkan dan membinasakan empayar Liverpool.
Empayar yang telah mendominasi bola sepak Eropah berdekad-dekad lamanya.
Dendam Alex Ferguson kepada pemain Scotland di
Liverpool
Apabila Alex Ferguson menjadi pengurus pasukan kebangsaan Scotland
ketika Piala Dunia 1986 di Mexico, beliau secara kontroversi telah
menyingkirkan pemain Soctland yang bermain di Liverpool. Kenny Dalglish dan
Alan Hansen tidak mendapat tempat dalam senarai akhir pemain yang dibawa ke
Mexico. Graeme Souness pula disingkirkan ketika perlawanan akhir di peringkat
kumpulan.
Misi
menjatuhkan Liverpool bermula
Pada 6 November 1986, Manchester
United telah melantik Ferguson sebagai pengurus. Apabila ditanya mengenai apa
yang difikirkan ketika dilantik menjadi pengurus Manchester United, beliau
memberitahu:
“My greatest
challenge is not what’s happening at the moment, my greatest challenge was
knocking Liverpool right off their f***ing perch. And you can print that.”
Terjemahan:
“Cabaran terbesar saya bukannya mengurus Manchester United, tetapi menjatuhkan
Liverpool dari kedudukan mereka sekarang. Ya, anda (wartawan) boleh cetak apa
yang saya cakap tadi.”
Ferguson begitu obses dan berdendam dengan pasukan Liverpool.
Beliau mungkin dianggap tidak profesional oleh pemerhati neutral. Tetapi bagi
penyokong Manchester United, nama Ferguson sudah bermain di bibir mereka.
Sejarah
permusuhan Manchester United dengan Liverpool
Lebih kurang seabad sebelum itu,
pada tahun 1894, sebuah laluan kapal sepanjang 58km yang dipanggil Manchester
Ship Canal sedang dibina. Laluan kapal itu menghubungkan bandar Manchester
dengan Lautan Irish. Pembinaan laluan baru itu membawa impak kepada ekonomi
bandar Liverpool. Pelayar tidak perlu lagi berlabuh di perlabuhan Liverpool.
Ekonomi penduduk Liverpool yang rata-ratanya bergantung
kepada keaktifan pelabuhan Liverpool semakin terjejas. Ramai yang hilang
pekerjaan.
Sebelum itu, Liverpool masyhur dengan kehebatan pelabuhannya
yang menjadi laluan utama pedagang dari timur dan barat. Kapal Titanic yang
menjadi simbol kisah cinta Jack dan Rose juga mempunyai kaitan dengan
Liverpool.
Masih ingat 8 orang pemuzik (gambar di bawah) di dalam filem
Titanic, yang tetap memainkan muzik ketika kapal Titanic sedang tenggelam?
Kisah itu memang benar-benar berlaku dan 8 pemuzik tersebut berasal dari
Liverpool.
Latar
belakang bandar Liverpool dan Manchester
Ketika Revolusi Industri Eropah sedang memuncak, begitu juga
dengan permusuhan antara penduduk bandar Liverpool dan Manchester. Permusuhan
Manchester-Liverpool sedang memuncak.
Ketika Revolusi Industri Eropah, bandar Manchester terkenal
dengan industri pembuatan (manufacturing). Bandar Liverpool pula masyhur dengan
industri pelabuhan kapal mereka. Semua produk-produk yang dihasilkan oleh
kilang-kilang di bandar Manchester akan dihantar ke bandar Liverpool untuk
diedarkan.
Tetapi sejak pembinaan Manchester Ship Canal, produk-produk
kilang di bandar Manchester boleh terus diedarkan di pelabuhan baru di
Manchester Ship Canal.Kos pengedaran berjaya dikurangkan. Kebergantungan
industri pembuatan di Manchester kepada industri perkapalan di Liverpool turut
dikurangkan.
Tembok
pemisah dua Bandar
Sejak lebih 100 tahun lepas,
bagaikan ada satu tembok besar di antara pasukan Liverpool dengan Manchester
United. Tiada siapa berani merentas tembok besar tersebut.Dalam sejarah
kedua-dua kelab, hanya seorang pemain bernama Phil Chisnall pernah merentasi
tembok tersebut. Chisnall berhijrah dari Old Trafford terus ke Anfield pada
1964. Itulah kali terakhir tembok besar tersebut berjaya direntasi.
Hari Bryan
Robson hilang seorang peminat
Di satu tempat bernama Huyton,
kawasan yang terletak lebih kurang 20km dari bandar Liverpool, seorang
kanak-kanak yang memakai jersi Manchester United sedang seronok bermain bola
sepak. Dia membuat terjahan keras, membuat hantaran-hantaran yang mengelirukan,
kanak-kanak ini juga mampu membuat sepakan deras di sebalik fizikalnya yang
kecil.
Dia ingin menjadi seperti idolanya; Bryan Robson yang
merupakan pemain Manchester United. Kanak-kanak itu merasa bangga memakai jersi
Manchester United yang tertulis nama Bryan Robson.
Entah dari mana, muncul kelibat lelaki 30-an dari satu arah.Lelaki
tersebut merupakan ayah kepada kanak-kanak tersebut. Ayahnya begitu marah
sekali dan berkata kepada anaknya dengan nada yang keras: “Kamu jangan memakai
jersi Manchester United. Jangan sesekali berani memakai jersi Bryan Robson,”
ujar lelaki tersebut kepada anaknya; Steven Gerrard.
Kanak-kanak bernama Steven Gerrard tersebut mendapat satu
pelajaran penting; pertembungan antara Liverpool dan Manchester United bukan
satu pertembungan yang biasa-biasa. Pertembungan ini adalah
gabungan 3 perkara; permusuhan, dendam kesumat dan maruah. Sejak itu, Gerrard
tidak lagi menyimpan jersi Manchester United.
Kesimpulan
Liverpool dan Manchester United
adalah dua kelab yang paling berjaya dalam bola sepak Inggeris. Antara
kedua-dua kelab ini, mereka mengumpul 121 trofi berprestij.
Liverpool mendominasi pentas bolas
sepak Inggeris dan Eropah daripada tahun 1975 hingga 1990, memenangi 11
kejuaraan liga dan 4 piala Eropah dalam tempoh tersebut.
Kemudian Manchester United pula yang
mengambil alih daripada tahun 1993 hingga 2013. Memenangi 13 kejuaraan liga dan
2 piala Eropah.Alex Ferguson benar-benar serius dengan impiannya untuk
menjatuhkan Liverpool daripada kedudukan gemilang mereka. Dan beliau berjaya.
Sumber: SEMUANYA BOLA
No comments:
Post a Comment