Alhamdulillah
syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam ,
selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad
S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Sudah lama saya
tidak menconteng di ruangan blog ni kerana sibuk dengan komitmen lain. Hanya sempat
meconteng di ruang moment wechat je. Insya’allah kali ini saya cube luangkan
masa tuk berkongsi sedikit ilmu atau nasihat yang saya dapat ketika mendengar
khtubah Jumaat di Masjid Khotab di Cayber Bay, Tanta. Tajuk nye tak pasti tapi
ia berkaitan kekeluargaan.
Khatib
memulakan khutbah dengan memberitahu bahawa khutbah yang lepas menceritakan
kepentingan kata-kata yang baik dalam membina sebuah masyarakat Islam. Manakala
pada khutbah kali ini khatib akan menceritakan mengenai Kepentingan Sesebuah
Keluarga Dalam Membina Masyarakat Islam.
Masyarakat Islam yang baik terbina dari kelompok-kelompok kecil iaitu keluarga
(usrah dalam bahasa arabnya). Sekiranya setiap keluarga dalam masayrakat Islam
itu baik maka masyarakat dalam negara tersebut akan menjadi baik.
Khatib
menyambung lagi, untuk membina sebuah keluarga yang baik berlandaskan syariah
memerlukan kepada ketua keluarga yang baik bukan dari segi akhlaknya tapi dari
segi agamanya juga. Dalam satu hadis Rasulallah salallahhu alaihi wassalam
bersbda: “apabila datang sesorang lelaki melamar (anak perempuan kamu)
dan kamu menyukai agama dan akhlaknya, maka nikahkahi lelaki tersebut (dengan
anak perempuan kamu). Jika kamu tidak nikahkannya, maka akan berlaku fitnh dan
kerosakan di muka bumi ini”(hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Khatib berpesan sekiranya si ayah terjumpa lelaki yang baik agama dan akhlahnya
maka kawinkan nya dengan anak perempuan kamu. “fatazawwaj bintuk alatul” bak
kate khatib tadi yg bermaksud kawinkan anak perempuan kamu terus”. Sekiranya kamu
tak nikahkan mereka maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini. Pentingnya
mencari ketua keluarga yang beragama kerana dia bakal mencorak dan pemimpin
institusi kekluargaan mengikut syariat Allah.
Khatib
menyambung lagi, selain dari itu, dalam membina sebuah keluarga yang baik bukan
hanya perlu memilih ketua keluarga sahaja malah kene juga memilih calon isteri
yang baik agama dan akhlaknya. Dalam satu hadis dari Abu Hurairah R.A bahawa
baginda Rasulallahhu salallahhu alaihi wasalam bersabda: “seseorang perempuan
itu dinikahi atas 4 perkara. Kerana hartanya atau kerana keturunannya atau
kerana kecantikannya atau kerana agamanya. Pilih kerana agamanya. Maka beruntunglah
kedua-dua tangan kamu”(riwayat muntafqun alaih). Hadis ni saya tak
pasti khatib ade sebut atau tidak. Kalau tak ada kira penambahan dari saya la
ye. Pentingnya mencari calon isteri yang beragama kerana meraka adalah golongan
yang akan mendidik anak-anak dalam sesebuah keluarga. Suami tidak mampu untuk
memerhati dan mendidik anak-anak sepenuh masa kerana komitmen suami lebih
kepada mencari nafkah untuk keluarga. Maka di situ lah peranan si isteri
membantu menguruskan rumahtangga serta memberi didikan yang baik kepada
anak-anak.
Kemudian,
khatib meneruskan kan khutbah dengan memceritkan mengenai nabi-nabi yang
terdahulu berdoa kepada Allah untuk mendapatkan zuriat yang soleh solehah. Contoh
telah dirakamkan dalam al-Quran Nabi Zakaria berdoa kpd Allah dalam surah
al-Imran ayat 38 yang bermaksud {ketika itu nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya
dan berkata “wahai tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi kamu zuriat yang
baik. Sesungguhnya engkau sentiasa mendengar doa”}. Terdapat juga
contoh lain yang diceritkan khatib tapi saya lupa ayat qurannya. Khatib menyeru
supaya sentiasa berdoa kepad Allah untuk mendapatkan zuriat keturunan yang
soleh solehah.
Khatib
mneruskan lagi khutbah dengan menceritkan bagaimana mendidik anak-anak menurut
Islam. Khatib mengambil contoh bagaimana Luqman al-Hakim mendidik
anak-anaknya melalui pesanan dan nasihat yang telah dirakamkan di dalam quran
surah Luqman bermula ayat ke-13 sehingga ayat ke-19. Pertama Luqman
menasihati anakya mengenai aqidah supaya tidak mensyirikkan Allah seperti
termaktub pada ayat ke-13. Kemudian pada ayat yang ke-14 Luqman menasihati
anak-anaknya untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Manakala pada ayat ke-15,
Luqman menasihati bahawa tidak menuruti kemahuan mereka yang menyuruh
mempersekutukan Allah. Pada ayat ke-16, Luqman menasihati anaknya supaya tidak
memandang ringan kepada perbuatan yang sekecil biji sawi sama ada baik atau
buruk kerana ia akan tetap dibalas Allah. Luqman menasihati anaknya lagi pada
ayat ke-17 supaya mendirikan solat, amar ma’ruf nahi munkar, dan bersabar
apabila ditimpa ujian. Dalam ayat seterusnya iaitu ayat yang ke-18, Luqman
menasihati anaknya supaya tidak sombong dan angkuh. Kemudian pada ayat ke-19,
Luqman berpesan supaya tidak meninggikan suara ketika berkata.
No comments:
Post a Comment