Alhamdulillah syukur kita di atas
kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga
buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga
baginda dan para sahabat kesemuanya.
“Bang! saya kluar
darah balik la. saya dah siap mandi solat, ingatkan dah habis tapi tadi
berdarah balik. Macam mane ye bang? Kira saya ni ABC balik ke bang?” “Mungkin
kot” si suami menjawab dengan jawapan yang tidak pasti. Kemuadian si suami
menyambung, “awak tanye mr.google tu. Mesti die tau nye”. Si isteri membalas
kembali, “saya dah test tanye mr. google tu tapi saya tak paham la ape die
terangkan”. “awak cube search ceramah UAI kat youtube tu, mesti UIA ade
terangkan pasal ni” si suami mencadangkan kepada si isteri. Situasi begini
mungkin berlaku pada sesetengah rumahtangga. Ini disebabkan si suami tidak
mengambil peduli tetang ilmu fiqh wanita kerana menganggap lelaki tidak perlu
mempelajarinya . Tanggapan ini sama sekali SALAH.
Kita
selalu mendengar analogi “imam dan makmum” apabila menyebut bab kahwin. “aku
ingin menjadi makmum mu”, “dimanakah imam ku” (ayat-ayat FB orang tengah
kemaruk nak kawin) . Analogi ini memang bersesuaian dengan bab kawin ini kerana
suami diumpamakan seperti imam, manakala si isteri diumpamakan seperti makmum
yang mengikut perbuatan solat si imam. Apabila imam mengakat takbir maka si
makmum pun mengikutnya. Apabila si imam rukuk maka si makmum pun mengikutnya.
Sekiranya si makmum mendahului perbuatan imam maka batal la solat si makmum (ade
khilaf). Begitu juga keadaanya dalam rumahtangga bahawa isteri yang tidak
mengikut suruhan suaminya maka ia dianggap derhaka kerana syurga si isteri di
bawah tapak kaki suaminya. Pentingnya imam perlu mengetahui hukum-hakam solat.
Sekiranya imam tidak mempunyai ilmu untuk menjadi imam maka bagaimana mahu
menjadi imam? Kemungkinan tidak sah solatnya bah kan tidak sah solat
makmum-makmumnya. Berat tugas seorang imam ini. Begitu juga beratnya tugas
seorang suami. Kalau tiada ilmu agama, macam mana hendak mebimbing keluarga?
“Aku
terima nikah si fulanah dengan mas kawin RM……”. Maka termatri la satu
perjanjian antara si teruna dan si dara bukan untuk sehari dua tetapi perjanjian
sehidup semati sehingga akhir hayat. Maka denga itu juga si teruna telah
bersedia memikul dosa si dara sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan. Jadi jangan
seronok sangat la wahai kaum adam setelah akad nikah kerana dihadapanmu
terbentang tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Kebanyakan pasangan
begitu seronok setelah berkahwin sehingga upload berkeping-keping gambar berdua
tuk dikhabarkan kegembiraan dan kabahgiaan
ke seluruh pelusuk dunia melalui media sosial sedangkan bab-bab toharoh
(bersuci), haid, nifas dan seumpamanya tidak diambil peduli. Apabila si isteri
timbul kemusykilan mengenai haid maka ditanya kepada si suami. Suami yang tidak
bertanggungjawab akan mengherdik kembali isteri kerana ia menganggap hal
tersebut adalah “masalah perempuan” dan tiada kaitan denganya. “awak ingat saya
ade darah haid jgak ke? Dah bertahun-tahun hidup tak kan tak tau kot?”.
Sekiranya si isteri jahil tentang darah haid, nifas dan istihadah maka si suami
la yang sepatutnya menerangkan kepada si isteri kerana dosa-dosa si isteri
adalah tanggungjawab si suami. Jika si suami pun jahil bab ini maka satu
kewajipan kepada si suami untuk
menghantar isterinya ke kelas-kelas agama untuk belajar perkara-perkara
tersebut.
Rasulallah Salalhhu Alaihi wassalam bersabda:
“apabila ada lelaki datang melamar (anak perempuanmu) dan kamu menyukai
agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengan lelaki
tersebut. Jika kau tidak nikahkannya, maka akan terjadi fitnah dan keroskan di
muka bumi ini” (hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah). Berdasarkan hadis
yang disebutkan sebentar tadi, kita dapat simpulkan zahir hadis ini menekankan
bahawa penolakan lelaki yang mempunyai agama dan akhlak yang baik adalah satu
kesilapan yang sangat besar. Ini membawa maksud lelaki yang diredhoi agamanya
sangat-sangat bersesuaian untuk dijadikan calon suami.
Ramai yang masih
tertanya-tanya bagai mana hendak mengetahui calon suami yang baik untuk si
wanita? Adakah yang di maksudkan “mempunyai agama” seperti berkelulusan agama?
Atau lelaki yang rajin ke masjid? Atau pandai memberi tazkirah atau ceramah?
Atau pun lelaki yang memasuki program realiti tv yang berbentuk agama seperi
Da’ie Melanium, Imam Muda, Pencetus Ummah dan sebagai nya? Tidak di nafikan
semua ciri-ciri tersebut adalah tanda-tanda luaran yang boleh kita lihat dan
nampak tetapi ia masih lagi tidak megambarkan 100% diri si lelaki yang sebenar.
Bagaimana ciri-ciri dalamnya pula? Maklum la sebagai manusia biasa kita tidak
mampu untuk menilai dalaman seseorang tersebut tanpa kita mengenalinya. Jadi
bagaimanakah untuk mengenali dalam seseorang tersebut?
Dalam satu hadis,
dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah Salalhhu Alaihi wassalam telah bersabda: “Apabila salah seorang dari
kamu bertunang, maka sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa
kepada kehendak atau keinginan untuk bernikah, maka lakukan!!”. Dalam hadis
di atas telah memberi tahu bahawa kita dibenarkan untuk melihat tunang kita.
Bukan sekadar melihat sahaja tetapi jadikan ikatan pertunang itu sebagai medium
untuk bertaaruf budi baik masing-masing. Elakkan dari termakan dengan godaan
syaitan dengan menjadikan pertunangan sebagai lesen berkelakuan seperti suami
isteri. Berkepit ke hulu-hilir, Itu adalah maksiat.. Kelihatan ramai pasangan
zaman sekarang ini masih tidak faham batas larangan ketika bertunang. Jagalah batas-batas pergaulan ketika
bertunang sekiranya mahu hubungan selepas kawin kekal bahagia dan diredhoi
Allah.
Banyak cara-cara
untuk mengenali tunang masing-masing. Antaranya melalui risikan ahli keluarga
pasangan seperti adik beradiknya atau ibu ayahnya. Atau melalui orang yang
rapat dengan nya seperti kawan-kawan atau sedara-maranya. Kalau nak lebih puas
hati adakan perbincangan 2 penjuru. Maksudnya berbincang dengan pasangan tunang
masing-masing untuk mengenali lebih mendalam lagi (ketika berjumpa pastikan ada ahli keluarga yang memantau dan elak kan dari fitnah orrang lain). Ketika itu Tanyalah pasangan
masing-masing apa yang hendak diketahui seperti perangai, tabiat baik dan
buruk, apa perancangan sebelum dan selepas kahwin dan soalan yang bersesuaian
untuk meyakin kan diri bahawa dia telah menepati ciri-ciri seorang imam yang di
cari-cari. Sekiranya ketika pertunangan tersebut si wanita mendapati dia tidak
menepati ciri-ciri imam yang dicari maka si wanita boleh memutuskan pertunangan
tersebut. Sekiranya si wanita meneruskan juga untuk berkahwin (sbb takut malu
bile putus tunang) maka ditakuti kemudaratan yang lebih besar akan berlaku
dalam perkahwinan tersebut. Dan bagi saya penceraian adalah hal yang lebih malu
dari putus tunang bah ia adalah perkara yang dibenci Allah. Jadi kenapa perlu
teruskan perkahwinan sekiranya anda tidak berkenan?
Saya tahu setiap
wanita mahu yang terbaik buat diri masing-masing tetapi jangan lah sampai
meletakkan piawai calon suami yang terlalu tinggi hingga memustahilkan untuk
anda mejumpainya. Jangan terpengaruh dengan cerita “suamiku encik perfect”
kerana tiada siapa pun layak berkata demikian melainakan isteri-isteri
Rasulallah sallahhu alaihi wasalam. Maka pilih la bakal imam yang anda yakin
mampu memandu anda ke arah solat yang sah dan diterima Allah. Setiap imam ada
kekurangan dan salahnya maka anda sebagai makmum la perlu menegurnya.
Carilah calon suami yang baik budi
pekerti, bertanggungjawab dan penyayang terhadap ahli keluarganya kerana
insaya’allah ciri tersebut anda akan rasainya apabila anda melayari bahtera
rumahtangga bersamanya nanti.
Segala kekurangan yang tidak memudaratkan
perjalanan bahtera rumahtangga anda yang ada padanya perlulah diterima dengan
berlapang dada kerana anda pun bukannya “isteriku cik perfect”. Sebahagian besar
yang menyumbang kepada kerapuhan rumahtangga adalah kerana masig-masing tidak
mahu menerima kekurangan pasangan masing-masing. Dalam satu syair yang telah
dinukilkan oleh Ustaz Jeffry al-Bukhori kepada si isteri:“mintalah Allah
mengajar kepada kita bagaimana kita bisa mencintai kekurangan satu sama lain,
bukan mencintai kelebihan satu sama lain, kerana ternyata kita rasakan bahwa
yang sering menjadi maslah adalah kekurangan bukan kelebihan”.
Selain itu juga,
cari lah calon suami yang tergas dalam hal-hal agama tetapi berlembut dalam
hal-hal keduniaan kerana perkara agama adalah kewajipan bagi kita sebagai ummat
Islam dan ketegasan dalam beragama perlu supaya bahtera rumahtangga tersebut
sentiasa berada di laluan yang betul untuk menuju redho Allah. Mankala
berlembut dalam perkara dunia perlu kerana kehidupan di dunia ini juga perlukan
juga secebis kebahagiaan sebagai penyeri dalam ruamhtangga. Sentiasa la berdoa
dan lakukan solat istikarah semoga Allah hadirkan kepada anda dan juga saya
calon yang bersesuaian pada waktu dan keadaan yang tepat. Segala kekurnagan
datangya dari saya dan segala kekurangan dalam coretan ini dapat ditegur.
Semoga coretan kali ini banyak memberi manfaat kepada kaum hawa yang masih
tercari-cari imamnya dan juga bermanfaat kepada kaum adam supaya persiapkan
diri (dengan ilmu agama dan juga fiqh wanita) untuk memikul tugasan berat
sebagai imam yang bakal memimpin makmumnya ke jalan syurga. Assalammualaikum
dan semoga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment