Alhamdulillah syukur kita di
atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam
juga buat junjungan mulia habibuna
saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat
kesemuanya.
Alhamdulillah sekali lagi
setelah sekian lama menyepi dek sibuk mengharungi bulan exam akhirnya dapat jugak meluangkan
masa tuk mencurahkan sedikit ilmu atau pengetahuan yang diperolehi. Nak bagi
harta saya tak kaya jadi setakat berkongsi ilmu je la mampu. Bak kate pujangga “harta
kalau diberi akan berkurang tetapi ilmu kalau diberi tidak berkurang malahan
akan bertambah”. Jadi coretan kali ini saja ingin berkongsi sedikit cerita yang
saya pernah dengar zaman sekolah dulu. Dulu saya ingat cerita ini adalah cerita
rakyat atau sekadar sejarah sahaja rupa-rupanya dalah cerita dari sebuah hadis
yg telah diceritakan oleh nabi kita Nabi Muhammad sallahhu alaihi wassalam.
Dari Abi Said al-Khudri
radiallahhu anhu telah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi Allah salallahu
alaihi wasallam terlah bersabda: “terdapat umat sebelum kamu seorang lelaki
yang telah membunuh 99 orang. Maka dia bertanya kepada penduduk bumi siapa yang
paling berilmu dalam kalangan mereka. Lalu dia ditunjukkan kepada seorang
pendeta. Maka dia mendatangi pendeta
tersebut lalu memberi tahu bahawa dia telah membunuh 99 orang, adakah baginya
taubat (adakah taubatnya diterima?). maka berkata pendeta tersebut: tidak! Lalu
dibunuhnya pendeta tersebut. Maka lengkaplah
bilangan 100 orang yang dibunuhnya.
Kemudian, lelaki tersebut
bertanya lagi siapa yang lebih berilmu dari kalangan penduduk bumi lalu
ditunjukkan kepada seorang alim. Terus dibertemu dengan orang alim tersebut dan
memberitahu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Adakah taubat baginya? Maka berkata
orang alim tersebut: ya, tiada siapa yang boleh menghalang taubat seseorang. Pergilah
ke negeri ini dan ini kerana di sana terdapat manusia yang sentiasa beribadah
kepada Allah. Beribadah la dengan mereka dan jangan kembali ke negeri kamu kerana
ia adalah sebuah negeri yang penuh kejahatan.
Maka berangkat lah lelaki
tersebut ke negeri yang ditujunya itu. Ketika dipertengahan jalan, datangnya
maut menjemputnya. Maka berlaku la pertikaian antara malaikat Rahmat dan
malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata: dia datang dalam keadaan bertaubat dan
menghadap sepenuh hati kepada Allah. Berkata pula Malaikat Azab: dia tidak
melakukan perkara baik pun. Maka datang kepada meraka satu malaikat yang
menyerupai manusia lalu menjadi pendamai antara mereka lalu berkata: ukurlah
jarak antara 2 negeri itu, dan lelaki ini milik kepada negeri yang paling dia
hampir. Lalu mereka pun mengukurnya dan mendapati lelaki tersebut lebih dekat
kepada negeri yang dituju. Maka lelaki tersebut telah diambil oleh malaikat
Rahmat”.
Hadis ini telah diriwayatkan
oleh Imam Muslim dalam kitabnya “sohih Muslim” dalam kitab taubat (bab taubat).
Telah berkata Imam Nawawi dalam kitabnya “Syarah Sohih Imam Muslim”, ini mazhab
ahli ilmu dan disepakati bahawa diterima taubat bagi pembunuhan dengan sengaja.
Tiada siapa yang berbeza pendapat tentang ini berdasarkan ayat quran pada surah
al-Furqan, ayat 68-70 yang bermaksud:
“dan orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan
sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan)
yang benar, dan tidak berzina, dan barangsiapa yang melakukan demikian nescaya dia
mendapat hukuman yang berat{68}. (yakni) akan digandakan azab untuknya pada
hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina {69}. Kecuali
orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka
kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah maha Pengampung lagi maha
Penyayang {70}.”
Begitulah sedikit kupasan dari
Imam Nawawi dalam kitab syarahnya mengenai hadis tersebut. Dalam hadis dan ayat
quran tersebut dapat kita simpulkan bahawa seseorang yang melakukan dosa besar sehingga
dimasukkan dalam neraka dan akan kekal di dalamnya sekali pun Allah terima
taubat mereka bagi yang betul-betul bertaubat. Orang kata “Taubatan Nasuha”
seperti cerita lelaki yang membunuh 100 orang dalam hadis di atas. Bayangkan sudah
bunuh 100 orang tapi Allah terima taubat lelaki tersebut. Kalau ikut
undang-undang rekaan manusia pasti dah kene hukuamn mati. Ini lah bukti bahawa
Allah Maha penyayang lagi Pemurah kepada hamba-hambanya.
Maka
sentiasa la bertaubat selagi kita diberi kesempatan untuk bertaubat sebab kita
sebagai manusia tidak lekang dari melakukan dosa. Jangan ditangguh-tangguh
taubat sebab merasa diri masih mude. Ketahuilah bahawa mati tidak datang pada
usia tua saja kerana tiada dalil dari quran dan hadis yang menyatakan seperti
itu. Tapi Allah telah berfirman dalam quran: “maka apabila ajal
mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta dilewatkan walau sesaat atau
mintak dipercepatkannya”, surah an-Nahl, ayat 61. Sampai di sini sahaja
coretan saya kali ini, insya’allah jika berkesempatan saya akan berkogsi ilmu2
lain plak.. ilal liqo’ wassalam.. J
No comments:
Post a Comment