Baca-baca. Yang haram tetap haram!
Ikhlas Dari Ana Untuk Sahabat Semua Bacalah , insyaALLAH ada manfaat darinya .
Kisahnya mengenai 3 org . Syafiq , Safura dan Muhammad . Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh . Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura . Matanya mengalahkan Zinnirah . Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan . Pergh ! Cantik sangatlah jika nak diceritakan . Tetapi , Syafiq cuba tahan . Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah .
Beberapa tahun berlalu . Akhirnya , apabila Syafiq berada di Tingkatan 5 , dia sudah tidak mampu bertahan . Dia mengatur langkah dan akhirnya , Safura tewas pada pujuk rayunya . Walaubagaimanapun , mereka ini sedar yang mereka orang Islam . Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’ . Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple . "COUPLE ISLAMIC" . Asal keluar , pergi tempat terbuka .Tak mainlah tempat gelap-gelap ni . Bukan itu sahaja , Safura kena pakai tudung labuh .Syafiq pula pakai serban dan jubah . Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa , keluar bawa Al-Quran . Berhenti di kedai makan , tadarrus lagi . Jalan pula , mana ada pegang-pegang tangan , mereka ikut cara Nabi Musa . Lelaki di depan , perempuan di belakang . Bila balik rumah , missed call pagi-pagi . Suruh qiamullail . Hah! kan Islamic punya couple tu .
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian , Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad . Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC . Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk . Bila duduk , Muhammad bertanya , "Have you married ?" . "No ." , jawab Safura ."So , why you sit together with this ajnabi alone here" , tanya Muhammad . "Kami couple , tapi Islamic way" jawab Syafiq .Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu .
Muhammad pun memulakan ceritanya . "Aku ni muallaf . Asal dulu aku kristian . Tinggal kat Singapore . Dulu , aku suka sangat makan babi . Kalau sehari tak makan , pengsan aku . Pernah sekali mak aku terlupa beli babi , aku masuk wad malam tu . Tetapi , Alhamdulillah , Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya . Bila aku masuk Islam , aku dapat tahu , dalam Islam tak boleh makan babi . Aduh , pening kepala aku . Macam mana aku nak buat ni ? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam . Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat- peringkat dia . Tapi aku . mana ada . Jadi , time kat hospital tu aku fikir .
Akhirnya , aku jumpa satu jalan keluar . Aku nak Islamkan babi tu . Aku beli seekor anak babi . Dari kecik aku jaga dia . Seekor lalat pun aku tak bagi dekat . Setiap jam aku mandikan dia . Lepas 3 hari , aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah . Lepas tu , tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu . Asal dia berak aku vacuum terus . Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun .
Lepas dua tahun , masa yang
ditunggu-tunggu tiba . Masa untuk sembelih babi ni . Tengok-tengok babi ni
takde leher . Tapi,lantaklah . Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni
. Lepas tu , aku pun masak la bakut teh .Tengah-tengah makan , nampak seorang
ustaz tengah jalan-jalan . Muka macam lapar je . Aku pun ajak la dia makan .
" Ustaz ! jom makan . Babi Islam nih .”
Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar . Esoknya aku berjumpa
Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama . Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku .
yang haram tetap haram dan tiada
pemudahcara bagi menghalalkan yang haram .
Bila terdengar kisah
itu , Syafiq dan Safura pun sedar . Kalau benda itu haram , ia tetap haram .
Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas .Terasa! Maknanya masih ada
kesedaran dalam diri kita. . Bukan nak menghina sesiapa . Tapi , sedarlah akan hakikat
sebenar . Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya .
#deep
#same2 brubah,,
#same2 brubah,,
No comments:
Post a Comment