Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Alhamdulillah selesai sudah solat jumaat
di masjid berdekatan rumah di Cyber Bay, Tanta, Egypt. Selalu kalau saya kongsi isi
khutbah di laman FB je. Tapi kali ni nak coretkan di ruang blog yg bersawang
ni. Perkongsian khutbah kali ni sungguh bermakna buat perantauan mcm saya sbb
tu perkongsian khutbah kali ni special skit. Tajuk khutbah kali ni adalah
bertajuk “Bir Walidain”.
Khutbah
bermula dgn khatib membaca sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Annas Bin
Malik, telah bersabda Rasulallah Sallahhu alaihi wassalam: Sesungguhnya Syurga
itu dibawah tapak kaki seorang ibu. (tetibo teringat kat umi yg jauh di mato
tu) Khatib berpesan kpd semua jamaah
bahawa harus lah seseorang itu mengutamakan ibu bapa nya dari org lain
terutamanya orang lelaki. Orang lelaki mesti mengutamakan ibu bapa nya lebih
dari isterinya kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki. Berbeza dgn
org perempuan yang tanggungjawabnya mentaati suaminya bkn ibu bapa nya selepas
kahwin.
Kemudian,
khatib menceritakan sebuah kisah mengenai mustajabnya doa seorang ibu. Tidak
berapa faham ceritanya secara terperinci tapi saya citer secara umum je la.
Kisahnya ada seorang pemuda yg sudah berkahwin. Dan dia menyihirkan ibunya. Tak pasti atas sebab
apa. Ibu pemuda tersebut mengesyaki anaknya menyihir dia, maka dia berdoa,” Ya
Allah, sekiranya anak ku itu benar menyihirku maka kau haramkan dia masuk ke
dalam rumah ini”. Ketika pemuda tersebut dlm perjalanan pulang ke rumah, pemuda
tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan dan mati. Maka termakbul la doa
ibu pemuda tersebut. Sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab dan cepat
dimakbul Allah seperti mana terdapat dalam sebuah hadis yang diriwaytakan
oleh Abu Hurairah radiallahhu anhu
bahawa Rasulallah Salallahhu Alalihi Wassalam telah bersabda: 3 doa yg mustajab
iaitu doa orang yg dizalimi, doa orang yg sedang bermusafir, dan doa orang tua
kpd anaknya.
Pada
khutbah ke-2 plak, khatib menceritkan sebuah kisah mengenai seorang doctor
kafir di amarika. Doctor kafir tersebut dibesarkan dgn dikhabarkan bahawa Islam
adalah agama yg suka berperang, agama yg suka keganasan dan sebagainya. Doctor
kafir ini hanya mendengar kebeurukan mengenai agama Islam sahaja. Maka pada
suatu hari, doctor tersebut terlihat seorang pemuda bersama isterinya dan
seorang mayat perempuan tua. Pemuda tersebut sedang menangis teresak-esak yg
teramat. Lalu doctor kafir tersebut bertanya kpd pemuda tersebut knp die
menangis sehingga mcm tu sekali? Pemuda itu memberi tahu bahawa ibu kpd
isterinya telah mati. Die dan isterinya dtg dari Negara jauh ke amarika untuk
mengubat ibu isterinya, tapi tidak berjaya. Doctor tu pelik sbb yg mati bukan
ibu pemuda tersebut tapi ibu isterinya. Maka pemuda tersebut mengatakan bahawa
dlm agama yg dia anuti menyuruh untuk mengasihi ibu bapa dan meletakkan meraka
dalam kelompok org yg patut dihormati dan dikasihi. Doctor kafir tersebut
sungguh ta’jub dengan kenytaan pemuda tersebut kerana doctor itu sendiri tidak
menziarahi ibu nya selama 4 bulan dan tidak terniat pun untuk melawat ibunya.
Maka dokotr kafir tersebut bertanya agama apakah yg dianuti pemuda tersebut?
Pemuda tersebut menjawab “ISLAM”. Selepas peristiwa tersebut, doctor kafir
tersebut telah pergi ke markaz/pusat/persatuan orang2 Islam untuk memeluk
Islam. “lihat! Org kafir memeluk Islam kerana agama Islam mengajar penganutnya
berbuat baik dgn ibu bapa. Ini la agama Islam kita. Ini lah kehebatan Islam
kita”. Kata khatib dgn penuh semangat.
Pengakhiran
khutbah, khatib berpesan kpd Jemaah sekalian untuk sentasa berbuat baik kpd ibu
bapa ketika masih hidup. Kpd yg ibu bapa yg sudah mati banyakkan berdoa untuk
mereka. Patuhilah mereka dan jgn sakiti hati mereka. Marilah kita mengubah diri
kita menjadi baik. Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum tersebut
sehingga kaum tersebut mengubahnya sendiri. Pesanan terkahir ni yg saya tak
boleh tahan ni. Khatib bertanya,”adakah kamu sudah mencium kepala ibu kamu pagi
tadi? Adakah kamu sudah mencium kepala ayah kamu pagi tadi? Adakah kamu sudah
menciub tangan ibu kamu? Adakah kamu sudah mencium tangan ayah kamu?”. Sodih
plak bile khatib persoal mcm tu. Macam mano tak sedih, umi jauh di mata
manakala ayah sudah tiada di dunia ni.
(surah al-Isra', ayat: 23)
sodih bile dengar ayat quran ni sebab terasa diri ni masih belum betul2 berbakti kpd ke dua ibu bapa sendiri. Moge mereka diberkati Allah dan sentiasa dibawah jagaan Allah. kepada yg mempunyai ibu bapa berbuat baik la kpd mereka sementara mereka masih ade. walaupun kadang2 mereka menyakitkan hati kita, bersabar la. ingat pengorbanan mereka yg mengandungkan kita selama 9 tahun dan membesarkan kita sehingga dewasa ini. Mari kita bersama doa kan mereka:
ilal liqo'.... wassalam...
No comments:
Post a Comment