Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Setelah
selesai solat zohor, aku bergegas terus ke dewan kuliah takut terlambat masuk
plak. Segan klw masuk bile doktor sedang mengajar sebab aku sorg je pelajar
Malaysia dalam kelas tu. Nnti semua tengok aku masuk. Mcm artis la plak Hehehehe…
Nasib baik doctor tak sampai lagi. Aku pun skodeng2 la dlm kelas tu tuk melihat
sape yg ade. Nampaknya sudah ramai yg balik. Yang tinggal hanya ketua
kelas sebilangan kecil pelajar sahaja yg rata-rata
boleh diketogerikan sebagai pelajar yg rajin2. Maklum la masa ke-3 ni dah
petang. Ramai la yg lari balik sbb tak tahan duduk lame2 dalam kelas tu.
Sedang
asyik aku mengintai dalam kelas tiba2 kawan arab panggil masuk. Aku pun masuk
la ke dewan kuliah. Lepas tu ade sorg pelajar berdiri dihadapan dengan lagak
seorg M.C mepersilakan salah seorang pelajar untuk berkhutbah dihadapan.
Pelajar pertama berkhutbah mengenai bulan2 haram dalm Islam. Dengan penuh semangat
berkhutbah bagaikan seorang doktor yg sedang menagajar pelajar2nya. Sebab
dinamakan, kelebihan dan dalil dalam quran dan hadis mengenai bulan2 haram
tersebut. Bagus huraiannya. Kadang2 ade
yg mengacau dgn bertanya soalan2 dan tidak kurang yg gelak2.
Selepas
habis nya pelajar pertama berkhutbah, M.C mempersilakan pengkhutbah ke-2 ke
hadapan. Pelajar kali ini berkhutbah mengenai Taubat. Muqadimah khutbah yg
sungguh sedap didengar dan jelas sebutan kalimah menjadikan semua kusyuk
mendengarnya termasuk aku. Antara nasihat yg diberi dalam muqadimah ialah “pilih
la kawan sebagai sahabat kita yg boleh membawa kita keluar dari kegelapan
(maksiat)”. Apa yg saya ingat dalam khutbahnya menyuruh kita untuk sentiasa
bertaubat kerana kita seringkali melaukan dosa. Jgn sesekali menangguh taubat
sbb mati dtg tidak kira tua muda.
Dalam khutbanya, dia ada menyebut satu hadis
yg bermaksud “akan datang waktunya umatku mencintai 5 perkara dan melupakan 5
perkara yg lain iaitu: cintakan dunia lupakan akhirat, cintakan harta lupakan
hisab (perkiraan dosa pahala), cinta makhluk lupa Allah, cinta dosa lupa
taubat, cinta gedung2 mewah lupa kubur.” Permula khutbahnya sehingga
pertengahan khutbahnya cantik sbb die berkhutbah dlam bhs arab fushah (baku)
tapi pada akhir khutbah telah bertukar ke bhs arab ammiah (pasar). Hilang sudah
kekunsyukan ku mendengarnya.
Selesai
pengkhutbah ke-2 memberi khutbah, M.C mempersilakan pengkhutbah ke-3 ke
hadapan. Tapi tiada yg tampil ke hadapan tuk berkhutbah. Maka berlaku adegan
pujuk memujuk tuk memberi khutbah. Merek berpakat dgn mengelilingi tuk memujuk
seorg pelajar yg duduk disebelah aku tuk berkhutbah. “ya Abdul rahman, fa
tuqoddam lil khutbah.” Abdul Rahman yg berkopiah serta berjubah kelabu menolak pelwaan tersebut. Mungkin malu kot. Tetibo plak ado yg jual namo den. “ya Qusyairi
fa taqoddam lil khutbah. Nahnu nurid an nasma’ khutbah min malizi”. Aku dongan
tersenyum lebar menolat pelwaan tersebut “la.. la…”, sambil menekup muka di
atas meja. Hati kecil ku berkate, “tak dapek do den nak khutbah kat dopan tu.
apo den nak cegabih nnti”.
Tibe-tibe
salah seorang dari kami ke hadapan dengan membawa senaskah quran. Rupanya dia
hendak bertilawah. Maka bermula la bacaannya dgn kalimah “a’uzubillahhi
minassyaitonnir rojim..” dengan begitu kuat seperti seorang qari sedang
mepersembahkan bacaan quraanya di
hadapan jutaan pendengar yg hadir pada
pertandingan tilawah al-quran peringkat
antarabangsa. Sedang kusyuk si “ qori” melagukan bacaan qurannya, tetiba ada
seroang “pendengar” yg membuat kacau sehingga lari bacaan “qori” tersebut. Maka
tertawa la semua “pendengar” apabila mendengar bacaan yg sumbang tersebut. Hahaha….
Macam2 la diorg ni.. Lepas tu doktor pun sampai. Bermula la pembelajaran Mukhtalif
Hadis.
ni rakaman pengkhutbah pertama:
No comments:
Post a Comment