Alhamdulillah syukur
kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat
dan salam juga buat junjungan mulia
habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para
sahabat kesemuanya.
Assalammualaikum dan
salam sejahtera kepada anda semua yg sudi singgah di blog yang tak seberape ni.
Kali ini saya ingin berkongsi cerita dari sebuah hadis yang saya jumpe ketika
sibuk mengulangkaji pelajaran. Hadis mengenai 3 orang yang terperangkap di
dalam sebuah gua. Kemudian mereka bertawasul dengan amalan masing-masing supaya
Allah menolong mereka untuk melepaskan diri terus terperangkap dalam gua
tersebut.
Telah diriwayatkan
oleh Abdullah bin Umar Radiallahhu anhu, die berkata: aku telah mendengar dari
Rasulallah salallahhu Aalaihi Wassalam telah bersabda:”telah keluar 3 orang
dari kaum terdahulu sebelum kamu sehingga terpaksa berteduh di dalam sebuah
gua. Mereka pun memasukinya kemudian telah jatuh sebuah batu yang besar dari
gunung lalu menutup gua itu. Mereka pun berkata “sesungguhnya tidak akan
selamat mereka dari batu itu melainkan dengan berdoa kepada Allah dengan
menyebut amalan soleh kamu semua.”
Maka telah berkata
salah seorang pemuda dari mereka, “Ya Allah, aku mempunyai 2 orang tua dan aku
tidak memberi minum kepada sesiapa pun sama ada keluarga atau hamba sebelum
mereka berdua. Pada suatu hari aku telah pergi jauh untuk mencari sesuatu. Sesungguhnya
aku belum pulang kepada kedua orang tua sehingga mereka tidur. Kemudian aku
memerah susu untuk mereka berdua minum tetapi aku dapati mereka masih tidur. Aku
tidak suka memberi minum kepada ahli kluarga atau hamba sebelum kedua orang tua
tersebut. Kemudian aku tetap menunggu mereka bangun sambil cawan di dalam
genggaman tanganku sehingga terbit fajar. Kemudian mereka bangun dan minum
minuman tersebut. Ya Allah sekiranya aku melakukan itu semata-mata mengharap
redho Mu maka lapangkan lah dari kami batu besar ini. Batu besar tersebut
terbuka sedikit tetapi masih tidak boleh keluar melaluinya.
Kemudian Nabi
Muhammad Salallahhu Alaihi Wasalam menyamabung. Dan telah berkata salah seorang
yang lain pula, “Ya Allah aku mempunyai seorang anak perempuan kepunyaan pak
cik aku dan dia adalah manusia yang paling aku suka buat diriku. Sesungguhnya
aku ingin memilikinya untuk diriku (kahwin)
tetapi dia menolak sehingga pada suatu tahun dia mengalami kesusahan dan
telah datang kepada aku. Aku telah berikan kepadanya 120 dinar dan aku
syaratkan dia bersendirian dengan aku (berzina). Maka dia melakukannya sehingga
aku berjaya menguasainya. Kemudian dia berkata: “tidak halal bagi kamu membuka
cincin (meghilangkan dara) melainkan yang berhak”. Maka aku pun bangun dan
keluar dari pembaringanku ke atas nya. Sesungguhnya dia adalah manusia yang
paling aku cintai buat diri ku dan aku tinggalkan emas yang aku telah berikan
kepadanya. Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah untuk mencari
redho Mu maka lapangkan kesusahan yang sedang kami hadapi. Maka terbuka la batu
besar tetapi masih tidak boleh keluar melaluinya.
Kemudian Nabi Muhammad
Salallahhu Aalaihi Wassalam menyambung. Dan telah berkata orang yang ke-3: “Ya
Allah aku telah mengupah beberapa buruh dan telah aku bayar upah mereka semua
kecuali seorang lelaki yang telah pergi dan meninggalkan upah tersebut. Maka
aku kembangkan upahnya sehingga menjadi harta yang banyak. Kemudian dia telah
datang kepada ku setelah beberapa ketika dan berkata: “wahai Hamba Allah,
bayarlah upahku”. Aku berkata kepada nya: “setiap apa yang engkau lihat dari
unta, lembu, kambing dan hamba adalah hasil dari upahmu”. Maka berkata dia:
“wahai Hamba Allah jangan permaikan aku!”. Aku berkata: “sesungguhnya aku tidak
mempermainkan kamu”. Kemudian itu dia mengambil semuanya sehingga tidak
ditinggalkan sesuatu pun. Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan itu adalah
untuk mencari redho Mu maka lapangkan kesusahan yang sedang kami hadapi. Maka
terbuka lagi ruang dari batu besar tersebut lalu mereka pun jalan keluar dari
situ”.
Hadis di atas telah diriwayatkan oleh Imam Bukhori
dalam kitab sohihnya “Sohih Bukhori”. Dalam hadis ini terdapat banyak
pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dan diteladani.
Lelaki pertama yang
bertawasul dengan amalannya yang terlalu taat kepada kedu-dua ibu bapanya. Segala
urusan dia dahulukan ibu bapa melebihi isteri dan anak-anaknya. Itu la
sepatutnya yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki kerana ibu bapa adalah
tanggungjawab mereka walupun mereka telah berkeluarga. Berbeza dengan wanita
yang ketaatannya hanya kepada suami setelah berkahwin bukan kepada ibu bapa. Dewasa
ini, kebanyakan anak-anak terutama lelaki lebih senang hati menghantar ibu bapa
mereka ke rumah tua dek lantaran sibuk dengan urusan harian sehingga tidak ada
masa untuk menjaga ibu bapa mereka. Pasti perbuatan tersebut melukakan hati ibu
bapa mereka. Ketahuilah bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Mereka bukan
mahu harta kita tetapi hanya inginkan sedikit perhatian dan kasih saying. Maka berbakti
lah kepada ibu bapa selagi mereka ada.
Lelaki ke-2 pula
mengenai lelaki yang takut kepad Allah. Dalam hadis di atas, lelaki tersebut
sudah bersiap sedia untuk melakukan sesuatu yang layak untuk dilakukan oleh
seorang suami. Namun begitu apabila prempuan tersebut mengingatkan nya ia satu
Allah maka dengan segera lelaki tersbut meninggalkan perempuan yang dia sayangi
beserta duit dinar yang diberikan kepada perempuan tersebut. Rasa takutnya
kepada Allah membuatkan lelaki tersebut dapat mengelak dirinya jatuh dalam
pernagkap syaitan dan hawa nafsu. Maka atas sebab ketakutannya kepada Allah
maka Allah perkanankan permintaan lelaki tersebut.
Manakala lelaki yang
ke-3 pula mengenai lelaki yang amanah dengan tidak memakan hak orang lain. من اقتطع مال امرئ
مسلم بغير حق لقي الله عزوجل وهو عليه غضبان. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud “siapa
yang mengambil harta orang muslim yang lain tanpa hak maka dia akan berjumpa
dengan Allah dalam keadaan Allah marah kepadanya”. Ini bukti bahawa Allah tidak
menyukai orang yang memakan hak orang lain tampa sebab yang munasabah. Itu perbuatan
orang yang zallim. Maka jaga la hak orang muslim yang lain. Memakan hak orang
lain itu haram dan setiap cebisan daging yang haram tersebut lebih layak untuk
dibakar dalam api neraka. Na’uzubillah min zalik.
Kesimpulannya taati dan utamakan ibu bapa, takuti lah Allah dan pelihara
lah hak-hak orang lain. Semoga perkongsian yang sedikit dapat memberi manfaat
kepada anda semua. Maaf atas kesilpan yg saya lakukan. Semoga berjumpa lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment