Tuesday, January 22, 2013

Kenangan 2012



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaan Allah subhanawata’ala yang telah menghidupkan kita semua sehingga saat ini. Alhamdulillah jgak saya ucapkan kepada Allah subahnawata’ala kerana mempermudahkan segala urusan imtihan fatrah 1 ini yang telah berakhir semalam. Semoga segala usaha saya mendapat redho Allah dan diberkati. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun Baru Masihi” kepada semua pembaca dan pelawat blog saya ini. Kepadatan waktu disebabkan imtihan yang bermula tahun lepas (akhir Disember 2012) menyebabkan saya ketiadaan waktu untuk mencoret sedikit qalam sempena penutup bagi tahun 2102.

Coretan saya kali ini adalah sebagai kodo’ coretan yang sepatutnya saya taip ketika diambang tahun baru 2013 sebagai penutup  tahun 2012.  Kebiasaannya apabila menjelma tahun baru pasti semua akan menceritakan mengenai azam takkira la dimana-mana pun sama ada di blog-blog, ruang social dan sebgainya. Tapi kali ini sya ingin mencoret sedikit kenangan suka dan duka sepanjang 2012 yang amat bermakna kepada saya sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan orang.

Pengembaraan Ke Selatan Mesir
Tarikh: 4-9 Februari 2012
Tempat: Selatan Mesir