Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur
kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat
dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta
ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Tanggal 23 Mei 2012,
rakyat mesir telah keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggung jawab mereka
sebagai rakyat Mesir. Pada hari ini mereka akan menetapkan sapa yang bakal
dilantik sebagai presiden Mesir yang baru dan yang paling bersejarah. Ini
adalah kerana, proses pembentukan Republik BARU setelah jatuhnya Republik Lama
yang berumur 60 tahun pada bulan februari 2011 bermula dengan kejayaan
pilihanraya presiden Mesir.
Pentingnya Presiden
baru Mesir kerana ia bakal mencorakkan suasana baru politik bukan saja di Mesir
bahkan di tanah Arab terutama isu Palestin. Rakyat Palestin cukup kecewa
setelah lebih 30 tahun mereka berjiran dgn sebuah negara umat Islam yg gagal
membantu mereka. Oleh kerana itu, kemarin ribuan rakyat Gaza menunaikan solat
hajat bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan kpd Mesir seorang Presiden yg
dapat menjaga mereka dan Al-Quds. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah
sendiri mengimami solat hajat di salah sebuah masjid di Gaza dan pihak Hamas
menyeru penduduk Gaza melakukan solat hajat serentak selepas Isyak semalam.