Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad serta para sahabat kesemuanya. Menjelangnyer awal muharam, maka telah bermulanya satu lembaran baru bagi semua umat Islam seluruh dunia. Tahun 1432 hijrah telah menjadi sejarah manakala tahun 1433 hijrah menjadi satu muqadimah baru bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran (maklumla umat akhir zaman, mcm2 dugaan ade).
Tahun baru hijrah kali ini, mesti terdapat pelbagai cara umat Islam menyambutnya. Ada yang membaca doa akhir dan awal tahun, ada yang membaca yasin 3 kali, ada yang membuat ceramah dan sebagainyer. Memang meriah tahun baru hijrah di Malaysia. Berbeza pula di Mesir, rakyat Mesir kelihatan biase sahaja dan hanya tempat tertentu sahaja yang mempunyai majlis2 menyambut awal tahun baru Hijrah. Mungkin diorg sibuk muzoharot kot, maklum la hari Juma’at.