Friday, August 12, 2011

Fatrah Ramadhan: Tafaquh Fiddin


            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca serta pelawat blog ini. RAMADHAN KAREEM. Semoga semunya dalam keadaan sihat di samping mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramdhan yang mulia ini. Semenjak kehadiran Ramdhan, diri ini tidak mempunyai masa untuk “meng-up date” blog ini (sempat up date kat status FB jer) di sebabkan sibuk mengikuti kelas Tafaquh Fiddin yang di ajar Shiek Nuruddin Marbawi al-Banjari al-Makki. Antara kitab-kitab yang di ajar ketika Tafaquh Fiddin ialah Manaqib Imam Syafie, Irsyaddul ‘Ibad, Tahzib Masyakat al-Masobih, al-I’tibar dan beberapa kitab kecil lain. Waktu kelas beliau dilakukan selepas solat asar dan selepas solat trawikh dan dilakukan di asrama pelajar-pelajar Kedah, Hayyu sabi’ Kaherah.





            Buat pengetahuan semua, kelas Tafaquh Fiddin di adakan untuk para pelajar Nusantara. Kebanyakkan pelajar yang mengikuti halaqah ilmu ini ialah dari kalangan pelajar Malaysia. Pengajian halaqah ilmu ini telah berjalan  hampir 20 tahun lamanya sehingga Seikh Nuruddin di gelar “al-Azhar al-Thani”. Sehingga sekarang setiap kali tibanya bulan Ramadhan, Sheik Nuruddin akan ke Mesir untuk mengadakan kelas Tafaquh Fiddin di bumi Mesir ini. 

            Siapa Sheik Nuruddin? Mesti ada di antara pembaca yang masih tidak mengenali Sheik Nuruddin. Jadi di sini saya sertakan sedikit biodata mengenai Sheik Nuruddin. 



            Nama lengkap beliau ialah Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah bin Thayyib. Dilahirkan di perkampungan  “Harus”, Amuntai, Banjarmasin pada 1 September 1960 Masihi dari keluarga yang mulia dan kuat beragama. Datuk sebelah ibunya,  Hj Muhammad Sobri merupakan salah seorang Ulama’ besar Amuntai.


            Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di Kampung Harus. Kemudian menyambung pengajian di sekolah agama Rasyyid Khalidiah di Amuntai pada tahun 1974 Masihi. Pada tahun 1974 Masihi beliau telah berhijrah ke Mekah bersama keluarga dan menetap di sana sehingga tahun 1982.


            Di Mekkah, beliau memasuki “Madrasah Saulattiah al-Hindiah” dan berguru dengan beberapa orang ulama’ besar seperti al-Allamah Sayyid Attas, Sheik Abdullah Said al-Lahji dan lain-lain lagi. Di samping itu, beliau juga sentisa mengikuti halaqah-halaqah ilmu di Masjidil Haram dan rumah-rumah sheik di sekitar kota Mekkah. Pada tahun 1983, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir dengan berjaya memprolehi ijazah BA dalam kuliah syariah. Kemudian pada tahun 1990 beliau berjaya memprolehi Diploma Am “Dirasat Li al-Dirasaat al-Islamiah, Zamalik, Mesir.


            Pada tahun 2004, beliau telah menubuhkan pondok sendiri yang diberi nama Ma’ahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaquh Fiddien, Bogor Jawat Barat, Indonesia. Sekarang beliau dalam rangkaan menbuhkan pondok ke-2 di Bukit Pinang, Alor Star, Kedah, yang diberi nama Ma’ahad Nuruddin Li Tarbiah Wa I’dad al-Ulama’ wa Du’ah.

            Inilah serba sedikit latar belakang mengenai Sheik Nuruddin. Sesiapa yang tidak mengenali beliau harap-harap dapat kenal la yer. Nampak nyer waktu seperti tidak membenarkan saya untuk menaip lebih lama lagi. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Jangan ponteng puasa tau. Berdosa Besar kepda sesiapa yang melakukan demikian. Di samping itu berebutlah mengutip ganjaran yang berlipat kali ganda dengan melakukan ibadah tambahan. Semoga Allah menerima ibadah yang kita lakukan ini. Ilal liqa’. Salam Ramdhan. Assalammulaikum warahmatullahi wabarokatuh.
           

No comments:

Post a Comment