Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalammualaikum kepada semua pembaca  yang dihormati sekalian. Syukur Alhmdulillah tahun baru telah menjelama, selamat menyambut tahun 2011. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas. “Tahun 2010 dalam kenangan” itu yang terlintas dalam diri saya  setelah menjelamanya tahun 2011. Tahun 2010 meninggalkan 1001 kenangan pahit manis sebagai seorang pelajar di perantauan.

Wednesday, December 29, 2010

Ziarah Ulama dan Maqam Sekitar Kaherah

Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Coretan kali ini ingin melaporkan sedikit aktiviti yang telah dibuat oleh  Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) dibawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan Lawatan Ziarah Ulama dan Maqam sekitar Kaherah Siri 1 dengan jayanya. Program yang julung kali diadakan diperingkat DPMT yang berobjektifkan untuk mendekatkan lagi para Mahasiswa Islam dengan mengenali para Masyaikh di bumi anbiya’ ini serta mendapatkan terus Tarbiyyah Ruhiyah sempena Imtihan yang tidak lama lagi.

   Lawatan ini diadakan pada 25 Disember 2010 yang lalu, disertai 53 orang peserta dikalangan mahasiswa Tanta dan juga tetamu dari Malaysia yang merupakan ibubapa kepada seorang Mahasiswa Tanta, ustaz Adnan Bin Yusuf. Turut serta semasa lawatan, Saudara Md. Amin Bin Zainal Abidin selaku Timbalan Pengerusi DPMT dan beberapa orang EXCO DPM Tanta.

Wednesday, December 15, 2010

BAIK BURUK DIET SESUKA HATI


Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

  1. Diet epal dan detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

Tuesday, December 14, 2010

Halwa Telinga: Sebelum Mata Terlena

     Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagu nasyid. lagu ini bukan lagu baru. Cume saya mahu mengajak anda sekalian menghayati maksud lagu ini yang mengajak kita bermuhasabah sebelum kita mati sebentar iaitu tidur, ditakuti hari esoknya bukan milik kita. Selalukah anda bermuhasabah diri sebelum tidur? yang selalu melakukannya bagus la, bagi yang jarang buat atau tak pernah buat mari kita amalkan supaya hari esok kita lebih baik dari hari ini. Mari kita hayati lagu ni......

 Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Sunday, December 12, 2010

Musim Sejuk Kembali

            Assalammualaikum kepada semua pembaca. Disini saya  ingin berkongsi sedikit suasana musim sejuk yang tidak berlaku di Malaysia. Walaupun tidak bersalji seperti di Jordan dan Morocco namun suasana musim sejuk di sini tetap seronok.  Yang kat Malaysia tu jangan cemburu pula, kalau nak rasa sendiri mari lah datang….

Dugaan ke kuliah

Musim sejuk memang sejuk, dah nama pun musim sejuk. Musim sejuk disini bermula sekitar bulan Oktober hingga lah bulan Febuari  tahun depannya tu.  Kemuncaknya musim sejuk pada bulan 12. Fuh mase ni memang menggigil la. bila nak ke kuliah tu, mesti pakai 3-4 lapis baju dengan baju sejuk sekali. Itu pun masih terasa sejuk lagi, dan suhu pada masa ni sekitar 16-13 darjah(sejuk tu..). Bukan itu saja, dengan tiupan angin kencang yang boleh menyebabkan pasir-pasir berterbangan seperti ribut pasir. Mase tu mata ni kecik je buka, dan memang mencabar iman utuk ke kuliah. Kalau hendak ikut kan hati duduk rumah lagi best, tapi tanggungjawab sebagai pelajar mesti la ke kuliah. Yang seronoknya, waktu hendak ke kuliah pada awal pagi tebal dengan kabus. Bila bercakap keluar asap(orang Malaysia jangan jeles) macam dekat Eropah pula. Kadang-kadang sampai tengah hari masih berkabus.

Friday, December 10, 2010

Di Sebalik Bulan Muharam


                  Apabila merenung kembali singkapan sejarah peristiwa yang berlaku di sebalik bulan yang penuh mulia ini, terasa jauhnya diri dengan kegemilangan Islam yang terbakar pada suatu ketika dahulu di dalam lembaran sejarah, semestinya menjadi pembakar semangat kepada kita selaku umat Islam yang memegang title “Khalifatullah” di bumi yang fana ini.

                  Tanya kepada diri, sejauh manakah kita terhadap peristiwa ini? Adakah sekadar penghayatan tanpa tindakan? Suka saya mengaitkan sejarah yang terdapat dalam bulan Muharam ini dengan mengambil contoh peribadi yang di tunjukkan oleh seorang  pemuda dan pemudi pada ketika itu, yang dikenali sebagai Abdullah bin Abu Bakar dan Asama’ bin Abu Bakar.  

Al-Fatihah

Assalammualikum warahmatullah hiwabarakatuh. Pertama sekali marilah kita menyedekahka al-fatihah kepada arwah adik Sofiyatul Ulya yang selamat di kebumikan pada 10 Disember 2010 diperkuburan Malaysia,Hayyu Asyir, Kaherah.
Pada awal pagi Jumaat yang bertarikh 10 Disember 2010 saya dan beberapa sahabat yang lain menunggu ketibaan  jenazah adik Sofiyatul Ulya dari Tanta. Tepat jam 8.30 pagi waktu Mesir, jenazah pun sampai  dengan menaiki sebuah kereta. Saya pun pergi mendekati kereta tersebut kerana ingin melihat jenazah tersebut dari dekat. Saya melihat sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak diangkat oleh ayahnya Ustaz Mohd Faizol Bin Endut ke dataran untuk disolatkan. Saya dan beberapa sahabat yang lain pun turut mengiringi Ustaz Faizol ke dataran.

Setelah Ustaz Faizol meletakkan jenazah anaknya ke lantai dataran, die meminta hadirin yang mejoritinya pelajar-pelajar perlembahan Nil terdiri dari pelajar pengajian Islam dan Perubatan untuk membacakan sedikit tahlil untuk jenazah anaknya. Tidak ketinggalan juga pelajar-palajar akhawat juga turut menyertai solat jenazah. Bacaan tahlil telah dibacakan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Saudara Mohd Shahrizan Bin Mohd Hazimie.

                                              solat jenazah di dataran asyir

Tuesday, December 7, 2010

Jenis Darah Anda


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A 

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

Friday, December 3, 2010

Selamatkan Maruah Anda

 A
ssalammulaikum kepada pembaca sekalian, semoga anda semua sentaisa diberkati Allah. Kita lihat kemajuan zaman sekarang ini  semakin hari semakin hebat. Bak kata orang “dunia tanpa sempadan”. Namun berapa ramaikah menggunakannya untuk tujuan kebaikan? Atau mungkin ada yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi dengan menjatuhkan orang lain? Cuba lihat gambar di bawah ini.

10 tabiat rosakkan otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.