Sunday, November 28, 2010

SEERAT GENGGAMAN

SEERAT GENGGAMAN

“Sampai hati?” Dua patah hanya terungkap.

Renunganku tidak berbalasnya. Kutahu, dia telah membuat keputusan bernoktah. Tiada pujukan dan rayu mampuku sulami perasaan terbitan hati ini. Kini, karangan diariku akan tertulis tarikh tanpa amaran ini. Dia yang kumaksudkan adalah sahabat karibku, Saiful. Ef kebiasaannya.

Malam itu, pertemuan kami berakhir dengan ucapan salamnya tanpa berbalas. Terkilan rasanya jiwa, diri ini kubiarkan melakukan apa hendaknya. Menangis, menjerit, mencaci. Namun tidaklah terduga, sunyi benar perlakuanku. Ibarat pokok yang meraung tatkala dikhianati peribumi, raungan beralaskan sepi.

“Janji eh? Kita sama-sama masuk V.''

Kata yang terkata semasa kita berazam. Hendak belajar bersama agar keputusan PMR mendatang mampu mengulit harapan.

“Tapi kau kenalah tolong aku.. Ye lar.. Aku ni budak kelas keempat. Kau tu top-10 je selalu..” pinta Ef kepadaku.


Dengan senang hati aku setuju dan memberi galakan kepadanya. Bersyukur pada Rabb, ada juga sahabat yang percayakanku. Mungkin hal ini tidaklah sebesar manapun, tetapi Ef menaruh harapan kepadaku. Aku harus menjaga pandangan sahabatku ini. Kerana dialah orang yang pertama mempercayai setiap kebolehanku. Dan juga punca motivasi diri ini untuk terus mendaki gunung-ganang kehidupan merentasi duri fatamorgana dunia.

Perkenalan kita pada tahun lepas telah mengajarku erti persahabtan yang sebenar. Dialah juga yang mengajarku erti kasih palsu yang tidak setaraf meski bayangan cintaNYA. Kubersyukur sungguh pada masa itu. Cebisan paras peribadiku kau mampu ubah. Melarangku memakai gelang dan rantai. Menegahku berseluar pendek dan berT-shirtkan ketat ala indie.

Tidak pernahku jumpa remaja sepelikmu Ef! Hampir setiap pergantian siang kita bersama, mempelajari ilmu bahasa. Memahami ilmu peradaban. Menghayati erti perjuangan terdahulu. Menyokong bahu bersama sepanjang pelayaran selama sebentar itu.

Dipendekkan memori, kau lebih beruntung daripadaku. Kejayaan maksimummu, 8A dan berlatarkan kecemerlangan kokurikulum telah menempa nama di sekolah V. Namun, yang terjadi ke atasku lain seperti apa yang kita impikan. 7A yang kukecapi mengundang sedih berkacakan kesal dan kecewa.

Hari tetap berlalu tanpa membawa tawaran yang dinantikan. Engkau yang bingung hendak berpujangga berusaha menemui diriku selepas pasti aku tidak ditawari apa yang ternanti sedangkan engkau sudah melengkapkan keperluan di asrama nanti. Kuelakkan daripada bersua denganmu. Sedih dan pilu yang menemaniku menghasut diri agar melahirkan perasaan benci padamu kerana telah mungkiri janji kita,''Kita sama-sama masuk V”. Walhal, ianya menekan perasaan jiwaku, kuterus melayani rasa cemburu yang terbit menawan fikiran ini. Panggilan sahutanmu kuendahkan. Deringan di telefon tidak kujawab.

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?





Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.